Hah, sesekali jiwang apa salahnya kan?hehe
Apa ertinya BAHAGIA buat diriku?
Bahagia adalah nikmat yang tidak terkata ucapannya walaupun seringkali disalah erti. Ada yang bahagia bersama si dia, dengan ibu bapanya barangkali, bahagia dengan kawan-kawan atau pun bahagia bersama suami, anak-anak serta keluarga.
Serangkai bahagia hadir bersama cinta, cinta yang datang kekadang tanpa dipaksa, diduga, dipinta atau dimengertikan. Bahagia selalunya tulus, suci, terlalu indah yang kekadang sukar dipotretkan untuk semua.
Seringkali kita impikan bahagia hadir dikala jiwa duka, sedih dan lara mengundang, tapi siapakah kita ingin menentukannya bahagia adalah milik kita? Acapkali kita terlupa untuk bersyukur atas nikmat bahagia kurniaanNya. Bibir kudidik agar mengucap alhamdulillah kerana mengurniakan bahagia buat diriku. Terasa diri ini kerdil tanpa bahagia dariNya.
Tidak dinafikan juga berpura-pura bahagia kerana ingin membahagiakan orang lain. Namun adakah selamanya harus begitu? Adakah bahagia sehingga akhirnya? Tepuk dada, tanyalah hati, gembirakah kita dulu, kini dan selamanya?
Beruntunglah diri seandainya bahagia selalu mengundang di hati kita. Nikmatilah ia di kala ia hadir dalam dirimu kerana bahagia itu kadangkala tidak selamanya.
Share n Luv From Azu!
2 comments:
Entry yang sangat baik..
Chris. thanks!
Post a Comment