Salam dan hai readers,
Lagi 2 minggu si kecil Azu, Aijaz akan menginjak setahun umurnya. Setahun jugaklah Aijaz sudah menggunakan Cloth Diaper (CD). Walaupun pelbagai dugaan dihadapi pada awalnya bila Aijaz mula pakai CD, tapi lama kelamaan Azu dan hubby selesa menyarungkan CD pada si Aijaz berbanding pampers pakai buang seperti Disposal Diapers (DD).
Maklumlah menjadi ummie muda ~muda ke Azu nie?? kepada si Aijaz, Azu sentiasa ingin berikan yang terbaik buat pada si anak. Azu rasa itulah harapan semua ibu bapa. Mula-mula dulu memang kurang pengetahuan. Macam-macam masalah timbul tapi berjaya mengatasinya dengan kesabaran dan kerajinan yang tinggi. Azu mula membaca blog Lunatots..sangat menarik dan penuh dengan info.
Azu lebih awal dikenalkan dengan CD dari Lunatots. Ramai kata mahal tapi bagi Azu sangat berbaloi dan menjimatkan kerana hasil perkiraan Azu, Azu boleh jimat 12 keping DD dengan 10 CD dalam masa 2 hari. CD boleh dibasuh dan digunakan semula! Kiralah kalau sebulan, setahun? Tapi, syaratnya Azu kena lah rajin membasuh setiap kali balik dari babysitter Aijaz, malam tu jugak Azu basuh. Untuk pengetahuan semua, CD ini memang sangat cepat kering kerana materiel nya yang berkualiti di samping kipas di sepanjang malam ye.
Warna CD pun tak mudah luntur, butang tahan lama, CD dan insertnya mudah dibersihkan. Ha, sebut pasal insert, Azu memang dicadangkan beli insertnya lebih dari jumlah CD kerana faktor insertnya perlu masa yang sedikit lama untuk kering berbanding CD nya. Ha, tips kalau taknak CD bocor dengan 'pee pee' bayi, Azu letakkan 2 insert dalam 1 CD! Maklumla bayi lelaki biasa memang kerap kencing.
Azu seronok berkomunikasi bersama Lunatots yang banyak memberi info tentang tip berCD disamping tip keibubapaan untuk Azu dan hubby yang masih baru ~walaupun Aijaz baru setahun. Servis selepas pembelian CD, Lunatots memang the best! Thank you Pn Suraya.
Share n Luv from Azu!
No comments:
Post a Comment