The best follower!

Wednesday, June 29, 2011

Bila Hujan Lebat Turun..


Salam dan hai readers,


Alhamdulillah. Bila awan hitam memenuhi ruang langit, Azu bangun dengan sepantas kilat pagi ni, mandi dan bersiap-siap sementara si kecil Azu, Aijaz dah bangun dan menunggu dengan sabar. Kalau lah dia boleh bercakap, kenapalah ummie ni siap lambat sangat. Yelah, Azu pun jawablah, “ummie ni kan lain dengan babah aijaz”. Ummie kene la touch up sikit kat muka tu, sembur perfume wangi-wangi sikit~dengan izin suami tau..hehe


Bila dah ready turun keluar je dari pintu lif, sempat lagi sembang-sembang mesra dengan jiran. Ha, bila nak naik kereta ja, hujan turun dengan amat lebatnya. Syukur atas kurnianya bila tiupan angin mendung yang berarak tadi telah menurunkan titasan hujan ke bumi. Aku tak la kesian kat diri sendiri sangat, tapi kesian kat budak Aijaz. Muka dan badannya menggigil menahan kesejukan.


Tak apalah Aijaz, tu hujan rahmat namanya. Tatkala, ramai manusia masih tidur dan menikmati mimpi indah diulit kesejukan dek hujan..Azu sangat bersyukur dengan nikmat hujan darinya dan teringat lagu yang selalu dimainkan di sekolah menengah Azu dulu…

Masihkah kau ingat kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi, lalu hujan turun kita basah bersama. Masihkah kau ingat..masihkah kau ingat ~ yang dinyanyikan oleh Kopratasa.

Masih terngiang-ngiang di telinga Azu lagu tu masih terpahat di ingatan..kadangkala tengah mimpi pun terdengar lagu tu. Memang sekolah Azu tu setiap kali akhir tahun, kami akan berkumpul ramai-ramai di kantin dan menyanyikan lagu itu dengan penuh semangat walaupun lagu tu amat menyentuh hati. Azu tak pasti tradisi lagu itu masih dinyanyikan lagi atau tidak.

Masihkah kau ingat sekuntum bunga mekar ku selit ke rambutmu….lalala~sapalah tak suka kalau ada sesapa selit bunga kat rambut kita kan.eh rasa time tu dh pakai tudung ler.hehe

Masihkah kau ingat, sekuntum bunga itu di tapak tangan ini, ia menjadi layu, lalu ku gengam ia menjadi debu..masihkah kau ingat..masihkah kau ingat…..

Pabila hujan-hujan ni selalu teringat sesuatu yang indah..memang yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Forever remains ever..

Share n Luv from Azu!

4 comments:

zie_ira said...

ape yg indah2 di kala hujan2 tu ?ekekeke,,:D

tadi ujan2 je ira trus terbangun., x tido2 da,,haha

azu said...

melayan perasaan yg indah2 la ira..hehe..tp syok kan tido hujan2 ni..

Fadzmie Mohamad said...

Hujan bagi sesetengah orang memberi aura ketenangan dalam diri. Duduk tepi tingkap, pandang luar, hujan lebat. Uhh, tenang betul.

"Lalu hujan turun, kita basah bersama. Masihkah kau ingat, masihkah kau ingat."

:)

azu said...

Fadzmie: mmg sgt tenang bila tgk hujan turun membasahi bumi. Nikmat yang sangat menyenangkan. Aku Masih ingat!:)

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je