The best follower!

Wednesday, June 1, 2011

Rakyat Malaysia 28 Juta Tak Suka Baca Buku!

Salam dan Hai readers!


Azu tahu tajuk ni bukan perkara pelik atau pertama kali anda dengar kan. Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ni sekitar Lembah Klang terutamanya Tren LRT, Perhentian Bas, Perpustakaan Negara (PNM), Universiti, Pusat Beli Belah jelas menunjukkan rakyat Malaysia memang tak sukakan buku!


 (Pic atas: Tinjauan Utusan Malaysia di tren LRT, xde seorang pun membaca buku, majalah atausuratkhabar!)

Statistik tahun 1997 menunjukkan rakyat Malaysia membaca satu muka surat dalam setahun dan ‘meningkat’ dua muka surat tahun 2002! Peningkatan yang tidak mengujakan..ye ke?

Pelbagai inisiatif dijalankan seperti ‘Kempen Membaca Kebangsaan’ dan Membaca 1Malaysia, ‘Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan’ anjuran PNM dan Keretapi Tanah Melayu (KTMB). Terbaru, kempen Baca@LRT dilancarkan menghubungkan lebih 100 peminat buku dan pembaca tegar menerusi laman social Facebook. Namun, kempen tersebut gagal menarik minat hati rakyat Malaysia!

Kenapa dan mengapa semua ni terjadi?

Terus-terang Azu memang tak sempat nak membaca di rumah, tapi bila Azu keluar jalan-jalan dengan family, Azu memang suka singgah kedai buku seperti  Borders, MPH, Popular untuk membaca. Memang teruja tengok ramai pembaca buku disana, tambah exited lagi bila tengok kanak-kanak bersila di samping buku disisi. Tapi amat menyedihkan, dalam purata  10 orang pembaca, Melayu cuma 2 orang!


(pic ats: harap si kecil Aijaz minat membaca macam babah nya!)

Bagi Azu, biar secanggih mana pun teknologi, buku tetap no 1, buku boleh dibeli, dibaca, disimpan sebagai koleksi kegemaran dan boleh dibaca semula! Maklumlah, impian Azu nak memiliki sebuah bilik bacaan di rumah pasti akan tiba jua, insyaallah!

Share n Luv from Azu!

No comments:

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je