The best follower!

Tuesday, June 21, 2011

Video bila Anak Mula Berjalan..

Salam dan hai readers,



Berjalan merupakan detik paling penting dalam kehidupan si anak. Kebanyakan bayi memulakan langkah pertama sejak 9 dan 12 bulan dan pandai berjalan dalam 14 atau 15 bulan.

Semuanya bermula bila si kecil Azu, si Aijaz sudah mula belajar duduk, meniarap dan merangkak. Kini, Aijaz sudah mula pandai menarik tubuhnya untuk berdiri sejak 9 bulan. Jangan bimbang sekiranya anak anda belum mula berjalan kerana terdapat bayi yang berjalan pada usia 16 atau 17 bulan.  Percaya atau tidak, ada budak yang betul-betul berjalan ketika umurnya 2 tahun setengah atau 25 bulan! (Malas nak cakap siapa, korang teka sendirilah ye?!)

Pada usia 5 bulan kaki Aijaz akan terenjut-enjut naik turun apabila kakinya menyentuh paha Azu. Seronok agaknya bermain dengan aktiviti barunya untuk beberapa bulan akan datang. Ha, tunggu bila si kecil sudah berusia 8 bulan, si kecil akan mula menarik dirinya untuk berdiri memegang sofa! Bila si kecil sudah mahir dengan kemahiran ini, si kecil akan mula berdiri tanpa sokongan buat seketika. Masa inilah yang buat Azu teruja bila si Aijaz tersengih gembira bila dia berdiri sambil menggoyang-goyangkan tangannya.

Si kecil akan mula belajar membongkokkan kakinya dan duduk selepas berdiri pada usia 9 atau 10 bulan bulan. Sebenarnya, itu bukanlah mudah buat anak-anak kita. Ibu bapa semua, sokong si kecil kita dan bantu mereka sekiranya diperlukan!

Berdiri berseorangan, membongkok dan mencangkung merupakan posisi mahir si kecil pada usia 11 bulan. Inilah saat Azu dan hubby paling hepy tengok Aijaz sudah mula berjalan laju~~


Si Aijaz dah mula menggerakkan bangku di rumah Azu, habislah perabot ummie. Takpelah  demi perkembangan si kecil, Azu berkorban apa saja..cewahhh!!


Pertama kali Aijaz memanjat tangga di rumah opahnya, mula-mula sangatlah gembira dan naik dengan laju, buat seketika dia berhenti dan termenung sejenak, macamana aku nak turun nanti? Agaknya itulah fikiran si Aijaz. Pada usia 11 bulan, si kecil hanya mampu naik tangga tapi belum mahir untuk turun tangga kerana si kecil selalu akan mahir pada usia 16 bulan dan bulan-bulan seterusnya.



Bagi 11 bulan pertama si Aijaz, banyak kemahiran baru yang Aijaz bersedia dan berani tunjukkan pada babah dan ummie nya..diantaranya turun dari katil 'Queen size' kami..kalau tidak kepala la tersembam dulu kat lantai. Kesian anak ummie..:(

Share n Luv from Azu!

Sumber: 


No comments:

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je