The best follower!

Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya Tumbang pada Si Singa!

Salam dan hai readers,

Bila pagi tadi takde mood, petang mood datang juga menjengah. Kecewa dan sedih. Itu je mampu Azu ceritakan disini. Malam semalam di separuh masa pertama memang sudah mengecewakan bila Aidil Zafuan terpaksa berudur diri dari perlawanan akibat sakit lutut yang dialaminya. Semangat Azu berkobar-kobar bila Malaysia menjaringkan gol pertama di Stadium Bukit Jalil dalam separuh masa kedua. Namun tersentak bila Si Singa pun menjejak langkah menyumbat satu gol.


Azu hanya nampak 3 pemain ini yang sangat bertungkus lumus menjaga benteng pasukan negara iaitu Khairul Fahmi a.k.a apek, Safee Sali dan Gurusamy Govandar~indian player berlari punyelah laju nak kejar bola sorang2, yang lain tak nampak pulak . Tapi yang lain hanya memandang sepi, mana taknya nak lari kejar bola pun macam tak bersemangat terutamanya selepas Si singa menjaringkan gol, terlepas bola entah la berapa kali. Benteng pertahanan Malaysia terus-terusan hampir dibolosi oleh si Singa. Mujur ada si Apek yang tangkas membenamkan hasrat si Singa tapi siapalah dia tanpa semangat dari satu pasukan yang bekerjasama. Tanpa si Apek rasanya Si singa dah berpesta gol kot malam tadi.


Tetapi di sebalik kekalahan, masih ada kelebihan Harimau Malaya. Kejayaan mereka sampai ke tahap ini memang patut dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia. Kehadiran mereka dan perlawanan ini telah menarik seramai-ramainya penonton 1 Malaysia untuk berpusu-pusu ke Stadium Bukit Jalil yang telah mencatat sejarah penonton seramai 80 ribu~tapi kalau korang perasan memang penuh lain macam kan, tapi tak kisah la. Inilah semangat yang kita harapkan dari peminat bola sepak negara. 

Walaupun kita kalah, Azu tahu pasukan Harimau Malaya masih mampu bangkit dan berjuang untuk mempersiapkan diri ke World Cup satu hari nanti. Pemain Malaysia tak kuat lari pasal kaki pendek dan bertubuh kecil bukan alasan bila Maradonna yang sekecil dan sependek itu pun mampu menjadi bintang bola sepak dunia~Gelarannya Hand of God cukup terkenal dikalangan peminat bola sepak seluruh dunia. Azu tahu dan semua peminat bola sepak negara tahu dan yakin Pemain Malaysia juga juga berpeluang mengalaminya satu hari nanti. Buktikannya Malaysia Boleh! Masih menunggu sinar baru~

Share n Luv from Azu!

Thursday, July 28, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

Salam dan hai readers,

Soalannya, Malaysia menang ke tak malam ni? hee sajert je tu..Join race bersama blogger2 lain..Peluang nak menang tu tak sape yang tahu kan..jom join klik SINI

Mengaumlah Harimau Malaya!


Salam dan hai readers,

Amacam kawan-kawan? Tiket menonton di stadium 80 ribu habis dijual, maka kita tengok tv ramai-ramai lah ye! Perlawanan bola sepak Malaysia menentang Singapura malam ini di Stadium Bukit Jalil atau tengok saja di tv macam Azu! Tanya aje sebelum kawin dulu, Azu dan hubby sanggup lepak kedai mamak semata-mata nak tengok bola World Cup 3-4 pagi tau..dulu Azu peminat MU, En hubby Chelsea pulak..memang musuh ketat la time tengok bola. 

Terjadi  satu insiden berlaku dimana Chelsea VS Liverpool rasanya, oh mestilah Liverpool jadi pilihan Azu, baru best layan bola dengan dia. Insiden tu terjadi bila ada sorang mamat tu terjoget-joget suka bila pasukan feberet dia berjaya jaringkan gol..sape lagi kalau bukan Chelsea, kami berdua ni telinga sudah panas, mata dah kelam, tangan rasa nak bagi penampo ja kat mamat tadi. Mana taknya, dia joget betul-betul depan kami. En hubby yang layan Chelsea pon memang geli betul dengan mamat tu.

Kesimpulannya, bagi Azu tak salah nak jadi fanatik kat bola ni, tapi tengok-tengoklah orang belakang seat sendiri sebelum nak joget cam nak gegar meja kami dibuatnya. Tetambah pulak cam Azu yang tak suka kt Chelsea~kene bertentangan minat dengan hubby, baru best kan!

Pagi ni pulak Azu terbahak-bahak gelak sengsorang dalam kereta sambil dengar radio kegemaran. Mana taknya, dari rumah sampailah ke ofis, semua suara lelaki yang gagah perkasa telah memperdengarkan sajak dan pantun buat pasukan Harimau Malaya.~dalam hati ada taman~sungguh tidak terduga kan tapi cukup seronok dan bersemangat menyokong Harimau Malaya kita untuk menang dan menang di tempat sendiri!

~Malaysia takkan lupa kan pengalaman indah ni~

Siapa tak bangga bila pasukan Malaysia menang, menang dengan gagah dan berani.Wish you Luck Harimau Malaya! Jangan hampakan Azu yang bersemangat berkobar-kobar~macam vince nyanyi berkobar-kobar pulak~ ni ye..bila sesekali bersemangat macam ni memang best kan..:) Mampu ke kami train Aijaz untuk mengharumkan Malaysia satu hari nanti?~ Aijaz lahir bln Julai thn 2010 pun masa World Cup..hari tu Spain menang rasanya..nak bagi nama Torres tapi mak tak bagi, cam toreh getah pulak..hehe

~Aijaz pesan kat Harimau Malaya, main elok2 tau. Aijaz mau Malaysia menang!~

Tuesday, July 26, 2011

Pancuran Meteor Berganda yang Menakjubkan!

~Meteor dijumpai di puncak gunung Rainier, Washington pada 2010~


Salam dan hai readers,


Jom baca-baca, menarik untuk tatapan semua!


Kesesakan lalu lintas angkasa akan terjadi pada minggu ini iaitu melibatkan dua pancuran meteor yang menggabungkan tenaga untuk menyaksikan acara angkasa paling menarik tahun ini!

Salah satu acara pancuran bintang terbaik akan berlaku pada bulan Ogos tahun ini iaitu Pancuran Meteor Perseid iaitu sebagai acara tahunan. (Lihat gambar Perseids di atas.) Walau bagaimanapun, kemuncak tahun ini, pada 12 Ogos, pancuran tersebut akan berlaku serentak dengan bulan iaitu secara drastik semasa bulan penuh dan akan mengurangkan bilangan meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Namun pada masa yang sama acara utama mungkin akan disekat oleh pembutaan cahaya bulan, dimana menjanjikan acara pembukaan yang terbaik!

~Bulan Penuh di Vancouer Island, British Columbia~

Tahun ini akan terjadi acara dimana Pancuran Cahaya Delta Aquarid dijangka sampai ke kemuncaknya pada malam Jumaat, apabila sepupunya~macam orang pulak,he~ iaitu Pancuran Cahaya Perseid yang lebih produktif akan bersama-sama memulakan tanjakan. Bersama-sama pancuran akan menghasilkan mana-mana antara 15 dan 30 tahi bintang per jam di bawah langit, sangat jelas tetapi gelap.

"Walaupun bulan ditetapkan untuk menjadi tetamu yang tidak menyenangkan bagi puncak Perseid, skywatchers tidak senasib seperti Aquarids Delta yang boleh melakukan pancuran meteor yang terbaik pada tahun ini," kata Raminder Singh Samra, ahli astronomi di HR MacMillan Space Pusat di Vancouver, Kanada.  "Bulan baru pada waktu puncak Aquarids Delta sebenarnya boleh membenarkan untuk paparan yang lebih menakjubkan."

Meteor Nyata Dengan Pandangan Mata

Seperti kebanyakan pancuran meteor, Aquarids Delta dan Perseids kedua-duanya disebabkan oleh atmosfera yang menghempas ke awan pasir bersaiz butiran zarah yang menyusut oleh komet yang mengorbit Bumi. Setiap zarah memasuki atmosfera pada kelajuan melebihi 93.200 batu (150,000 km) sejam, hanya untuk membakar dalam kilat selaju cahaya.

Rata-rata, Perseids mula jatuh pada kadar kira-kira lima meteor sejam. Mereka akan kelihatan untuk beberapa minggu sebelum pertengahan bulan Ogos, apabila mereka puncak pada kadar setiap jam 60 hingga 120 meteor.

~shooting star semasa pancuran meteor Perseid~

Walaupun Aquarids Delta jauh lebih sederhana, aktiviti serentak semasa hari-hari terakhir pada bulan Julai dan awal bulan Ogos akan menghasilkan peluang terbaik untuk pemerhati meteor untuk melihat banyak tahi bintang semasa pancuran berlangsung.

Kebanyakan orang di seluruh dunia boleh melihat pancuran, yang terbaik dilihat dengan mata kasar dalam kawasan luar bandar yang gelap, jauh dari lampu bandar. Sejak meteor akan dilihat di seluruh langit, kita boleh berbaring di atas selimut atau berbaring di rumput dan membolehkan mata anda melihat dengan jelas disesuaikan dengan kegelapan, Samra mengesyorkan.

"Aktiviti Pancuran Meteor sentiasa bertambah apabila malam bergerak ke arah subuh. Jika anda adalah burung hantu malam, maka berjagalah untuk menangkap gambar acara yang lebih menakjubkan dan itu sangatlah berbaloi!."

Perseids Peak Masih Boleh Dilihat dengan Pandangan Mata Kasar

Tetapi semua tidak boleh hilang dengan Perseids dimana pemerhatian di langit menunjukkan beberapa hari sebelum 12 Ogos iaitu waktu puncak masih perlu bekerja dengan gigih, kata ahli astronomi Géza Gyuk Plaentarium Adler di Chicago."Sebagai contoh, pada malam itu pagi kesembilan, kesepuluh, masih berbaki 2 jam selepas bulan telah ditetapkan [kira-kira 2 pagi waktu tempatan] dan sebelum awal  pagi bermula apabila ia yang cukup dekat ke puncak bahawa seseorang mungkin menjangkakan 15 satu jam. "

Begitu juga, puncak 2011 Perseids masih sesuai untuk pandangan mata beberapa astronomi. "Mereka juga dikenali kerana kadang-kadang bola api bagus dengan tahan lama serta 'jejak asap'," kata Gyuk. "Jika kita dapat lebih daripada biasa, pasti cahaya bulan pun tidak akan merosakkan keseronokan acara tersebut."

Share n Luv from Azu!

Sumber:

Andrew Fazekas
untuk National Geographic News

Monday, July 25, 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?


Salam dan hai readers,

Hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun~opps blog ni tak sampai setahun pun..follower pun baru 100..hee. Namun begitu, Azu sentiasa cuba untuk memaparkan entri terbaik untuk tatapan semua pembaca blog 'Azu Lady's Finger'. Terlalu banyak kekurangan blog yang Azu nak jelaskan disini tapi pembaca semua mesti lebih maklum kan..Ha, apa lagi kawan-kawan semua..!

Bermula hari ini, esok dan selamanya Azu sedia menerima kritikan bernas dari semua. Bagi Azu kritik tu tandanya ~sayang~. Terima kasih atas keperihatinan semua! Jom2 kritik untuk masa depan dunia blogger!   tq Ben Ashaari!

Nak join Klik SINI

Luv from Azu

Apa Lagi Pencapaian Bayi Umur Setahun?

~aijaz di samping hadiah toys sempena 1 tahun~

Salam dan hai readers,

Selamat hari lahir kepada bayi anda dan si kecik Aijaz! Bolehkah kawan-kawan percaya sepanjang tahun telah pergi meninggalkan kita oleh kerana kita melahirkan si anak? Banyak yang telah berlaku dalam kehidupan kita. Kalaulah kita mempunyai satu ringgit bagi setiap lampin kotor, tiap-tiap baju bayi itu berlumuran bekas makanan, dan disertai dengan senyuman manis bayi yang berharga, kita akan mampu untuk membeli sejambak bunga besar untuk diri sendiri dan menyakinkan bahawa setiap ibu bapa berhak menerimanya! Si manja anda mungkin sudah bertatih sekitar sekarang, atau di ambang peristiwa fizikal yang penting. 



Langkah seterusnya ialah berjalan bebas, bercakap dan menjadi kanak-kanak yang sering bertanya ingin tahu. Anda akan suka melihat bayi anda suka bergaul beliau berkembang dan perbendaharaan kata - tetapi mempersiapkan diri, orang-orang di sekitar perlu sabar dan jangan menyakiti mereka sekiranya bayi kita gagal menurut arahan!

Pencapaian budak setahun ni memang mengkagumkan! jom baca2!

Langkah-langkah pertama bayi

Kebanyakan bayi setahun sudah memulakan langkah-langkah awal mereka. Sekiranya bayi belum menunjukkan tanda-tanda ingin berjalan, tunggulah beberapa minggu atau 2-3 bulan lagi kerana kita mesti ingat perkembangan anak-anak adalah berbeza-beza!



Permainan baru bayi

Pada masa ini, permainan bayi anda mula berubah dari permainan yang membangunkan kemahiran motor halus (dia sudah mahir mencengkam dengan ibu jari dan jari telunjuknya) dan mula beralih kepada permainan yang melatih otot-otot yang lebih besar. 

Memang, bagi bayi anda, perbuatan menolak, membaling dan melanggar semua benda dan membuatnya jatuh merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Kekadang bayi setahun ini memang sengaja menjatuhkan objek ke bawah dan kita akan mengambilnya semula untuknya. Cukuplah 2 kali, Azu tak ambil dah barang tu, sebaliknya bagi objek lain untuknya..! Belum tengok lagi si Aijaz melaga-lagakan kuali kat dapur Azu!Seronok mendengar bunyinya kott! ~hari-hari Azu menanamkan rasa sabar dalam diri untuk anak kecik ni..;)

Memudahkan waktu tidur

Memang bukan perkara mudah untuk menidurkan budak setahun seperti Aijaz terutamanya di waktu siang! Sengaja Azu dan hubby bermain-main dengannya sampai letih, suapkan makanan untuknya, ajak si Aijaz membaca majalah-majalah Azu ~buku ABC kain Aijaz dah hilang, jadi majalah Azu jadi mangsa koyak si Aijaz..huhu.. itu semua dilakukan untuk memudahkan proses tidur siang bersama Aijaz! Atau jadikan rutin masa untuk si kecil tidur dengan mudah..cubalah kawan-kawan!


Sukar berpisah
Kalau dulu, menangis adalah perkara biasa setiap kali Azu tinggalkan Aijaz dengan babysitter, tapi sekarang si Aijaz mungkin lebih baik dan memahami. Terpulang juga sebab ada sesetengah budak-budak setahun pantang ditinggalkan oleh ibu bapanya. Azu cium si Aijaz sekali dan galakkan si Aijaz amin/salam tangan Azu dan tinggalkan dia dengan segera bagi mengelakkan dirinya sedih ditinggalkan!

Lebih memahami bahasa

Bayi setahun sudah mula memahami perkataan-perkataan yang keluar dari mulut kita. Kalau kawan-kawan perasan atau tidak, apa yang kita katakan bagaikan emas yang keluar bagi si kecil kita! Mana tidaknya, sekarang si kecil sudah mampu memberi respon mudah dari pertanyaan kita seperti ' dimana mulut kamu?' atau ' bagi ummie handphone kamu?'. Seronok kan bila dia bagi hp pada kita dan mengambilnya kembali...;)

Pelbagai cara si kecil menyatakan tidak pada pertanyaan kita. Mungkin dia marah dengan perkataan mudah aaaa atau dia cepat-cepat memalingkan muka atau tangannya ke arah lain.~ hiii geram!

Memberi nama kepada benda-benda

Sentiasalah bercakap dengan anak-anak kita kerana setiap butir bicara kita akan diproses dan dimasukkan satu persatu dalam otak anak anda dan si kecil akan belajar mengingati semula apa yang akan selalu didengar dan dilihat berulang kali.~Azu nak bawa buku kecil pertama Aijaz yang ada pic buah, sayur bila ke pasar bersama Aijaz. Banyak yang dia akan belajar nanti!!


Apa perkembangan anak-anak yang lain pulak..Mana yang bujang ke dah kawin ke, info ini diharap boleh memberi serba-sikit tips dan boleh dijadikan panduan untuk bakal-bakal ibu bapa..menerusi pengalaman, Azu berkongsi untuk semua!

Share n Luv from Azu!

Friday, July 22, 2011

Alhamdulillah, Rezeki di Hari Jumaat!


Salam dan hai readers,

Syukur Alhamdulillah di panjat ke hadrat Ilahi atas kurnia dan rahmatnya, Azu masih di sini iaitu bekerja dengan tekun~tekun sangat la. Tapi yang penting kerja mesti siap, kalau bos tanya semua ada, tak ada yang kurang. Itulah tandanya pekerja berdedikasi.~Tu bukan slot puji diri sendiri tapi bangga dengan kawan-kawan lain sebab berpeluang bekerja di sektor kerajaan yang menjanjikan pelbagai peluang elaun dan sara hidup di hari kemudian. opps related ke ayat Azu ni~haha takpelah.

Kalau kerja swasta macam Azu ini tiap-tiap bulan berusaha untuk menyimpan untuk masa depan diri dan keluarga~walaupun kadang-kadang tak cukup~Azu tetap bersyukur. Bak kata en hasben, kita kena belanja yang termampu je..Ayat-ayat tu selalu keluar bila poket kosong lah tapi bila poket penuh ayat-ayat ini akan keluar dari mulut kecik en hasben ' Sikit-sikit dahla, jimat-jimat sikit '. Azu angguk tanda sangat setuju, selalunya En Hasben yang ingatkan Azu yang kuat pelupa!!

Kalau orang tanya~Azu ni jenis macam mana ye? Azu ni low profile orangnya, kalau dulu Azu lah pelajar yang suka bertanya soalan walaupun Azu tahu jawapannya..~itu namanya overacting! Azu paling gemar bersembang-sembang masa study dan bersosial dengan geng-geng yang Azu sayangi~sosial tu macam berjalan-jalan ke bandar, shopping ala-ala pakai duit PTPTN la..haha..sebut pasal PTPTN ni, kadang-kadang terfikir sampai bila lah Azu nak habis bayar..takkan sampai tua kerepot kot. Bulan-bulan bayar, bakinya cam sama je, tak kurang-kurang amountnya!sob2~Tapi sekarang, lebih baik diam dan mendengar kerana SILENT IS GOLDEN!

Harapan Azu dengan duit gaji Azu dapat bayar kereta yang Azu naik ke tempat kerja sekarang, berpeluang untuk membayar PTPTN dengan jayanya, berkesempatan melancong ke luar negara yang menjadi impian Azu setiap hari~sempat pergi Bandong ja, menyimpan untuk masa depan diri dan menampung perbelanjaan keluarga sekiranya diperlukan.~harap impian Azu termakbul. Doakan Azu ye kawan-kawan..tq2

Harapan di hari Jumaat yang sesuci hari ini supaya Azu , en Hasben dan si kecik Aijaz menjadi keluarga bahagia yang menyayangi satu sama lain hingga ke hujung nafas, semoga en Hasben tabah bekerja demi sesuap nasi untuk kami, dan harap si kecik Aijaz menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada Ummie dan babahnya bila besar nanti.~Terima kasih en Hasben dan Aijaz Nazeef! Terima kasih kepada yang mendoakan kejayaan Azu.

~Amin~

Share n Luv from Azu!

Thursday, July 21, 2011

Harry Potter Part 2 VS Mr Popper's Penguin!




Salam dan hai readers,

Selepas menikmati tiket wayang free dari TGV Birthday Surprise dari NUFFNANG!, Azu dan hubby layanzz 2 movie dalam satu hari iaitu Harry Potter & The Deathly Hallows Part 2 dan Mr Popper's Penguin lakonan Jim Carrey..Mula-mula Azu dapat complimentary pass tiket ~kawan ambilkan kat pejabat Nuffnang di KL~ha boleh pilih mana-mana movie seluruh TGV Cinemas di Malaysia sampailah 31 Ogos 2011. Mestilah nak tengok movie paling best!!


Bila dah sampai kaunter TGV, kami tunjuk kad tu, terus kaunter boy tu mengangguk faham. Pastu dapatlah 2 tiket untuk 2 movie dalam satu hari!! Seat kami dapat usah cakaplah, terbaekk punye~1st time dapat free tiket masuk wayang tengok movie best, sukee~ Terima kasih NUFFNANG!!


Bila tengok Harry Potter 7 teringat cerita-cerita Harry Potter yang lepas. Bermula menjadi seorang budak yang berlatarbelakang kan ibu bapa yang dikenali sebagai ahli sihir terhebat di era mereka. Pelbagai halangan ditempuhi oleh Harry Potter walaupun dia merupakan kebanggaan hampir semua guru namun ada juga musuh-musuh ketat keluarganya yang cuba untuk menghancurkan dirinya. Part 2 ini adalah klimaks dari movie yang terdahulu. Bak kata en hasben, kalau dari awal dah follow citer ni, Part 2 ni memang tidak mengecewakan! Cuma ending dia cam gitu ja? Itulah yang Azu dengar penonton dalam wayang tu menjerit. Tak puas hati agaknya..korang tak tau ka bukan senang nak buat filem sebijik macam penulis buku HP tu, J.K. Rowling! Kaya lah penulis novel tu, Azu pun tengah intai-intai peluang nak jadi novelis terkenal..haha~cuma tak tahu layak ke tak..kiki

~akan merindui korang muncul bersama di pawagam nanti~

Bandingan HP 7 vs Mr Popper's Penguin sangatlah jelas dan nyata terutamanya bila tengok HP 7 semua muka penonton nampak serius dan sangat menghayati jalan cerita~padahal kekadang tak paham pon sebenarnya bahasa omputih pulak tu..yelah mana sempat nak tengok pertarungan hebat Harry Potter lagi..nak tengok subtitle kat bawah lagi..hehe..tak macam Mr Popper's Penguin lagi, entry Azu sebelumnya klik ye PECAH PERUT KETAWA TENGOK MR POPPER'S PENGUIN!!..part sedih cuma terjadi bila Mr Potter's tunggu telur si Kapten Penguin tak berjaya bertelur dan gagal diselamatkan! Memang sedih sampailah Popper jumpa surat bapa dia! Azu ketawa pun tak hengat orang sebelah pasal orang sebelah pon gaya macam nak lawan sape paling kuat gelak dalam panggung!hehe~bukan selalu kan kawan-kawan?

Kesimpulannya, dua-dua movie yang kami tengok dalam 1 hari tanpa bayaran satu sen pon`maknanya free lah tu merupakan saat indah kami berdua menikmati hadiah befday Azu yang lepas. tq en hasben, belanja KFC ngn pop corn. Macam saat-saat bercinta kan~opss pas tengok wayang tu dengan pantas ajak hubby balik..tetiba terus rindu kat budak kecik Aijaz~dah besar nanti ummie bawak nonton sama-sama ye!

Share n Luv from Azu!

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER ..


Salam dan hai readers,

Jemput-jemput singgah blog Azu yang baru ja 4 bulan aktif, baru 86 follower. Still work out untuk tarik menarik blogger-blogger lain singgah salam dgn Azu! Betul cakap Ben, kalau suka follow..kalau tak suka blog Azu pun tak apa..singgah2, baca2 n komen2 sikit pun Azu okey ja!;)

Terima kasih sudi jengah blog Azu ya..thank u gak kat BA sudi wat segmen tuk blogger-blogger baru naik. Joom join segmen BA SEGMEN BA:MEMANG KHAS UNTUK BLOGGER BARU SAHAJA..sampai 9 malam ni ja..juiiin2!

Ketawa Terbahak-bahak bila menonton Mr Popper's Penguin!

Salam dan hai readers,


5 star untuk Mr Popper's Penguin! Watak Tom Popper telah dibawa oleh Jim Carrey. Kalau tengok muka si Jim Carrey ni Azu mesti teringat movie The Mask. Seronoknya dapat tengok Jim Carrey beraksi semula~cewaah! Movie ini sangat unik pasal ada 'the real penguin', tambahan pula Jim Carrey jadik hero nya! Azu tak ingat movie terakhir Azu gelak terbahak-bahak dalam wayang. Tapi Azu yakin dan pasti korang semua mesti macam Azu gak. Letih woo gelak tak henti 2 dalam wayang tu bila menyaksikan gelagat Tom Popper bersama penguin-penguin yang comel dan bijak!

Part paling best bila 6 GENTOO Penguin yang bijak ni diberi nama oleh Tom P dari gelagat yang pelik dari setiap Penguin ni. P Pertama: Kapten yang memimpin semua Penguin yang lain, P Kedua: Stinky yang suka kentut, P Ketiga: Loudy yang suka menjerit!, P Keempat: Lovey yang sangat manja dan penyayang. P Kelima: Bitey yang suka menggigit dan P keenam dan last NIMROD yang suka melanggar benda keras di hadapannya..so sweety~


 

Sedikit kisah dari movie yang Azu tonton:


Tom Popper membesar dengan peluang berinteraksi yang sangat kecil dengan bapanya yang kerjanya menerokai dunia. Apabila dia membesar, dia menghabiskan kebanyakan masanya pada kerja-kerja yang dilakukan dan mengabaikan anak-anaknya. Satu hari bapa Tom Popper menghantar kepadanya hadiah yang luar biasa: iaitu enam penguin dari Artik. Popper tidak boleh menerimanya tetapi tertanya-tanya mengapa bapanya menghantar padanya penguin. Dia cuba untuk menghilangkan penguin dari hidupnya. Tetapi apabila anak-anak dan bekas isteri muncul untuk meraikan hari lahir anaknya, anak-anaknya sangat sukakan penguin. Dan Popper akhirnya dapat mengeratkan semula hubungan dengan anak-anak dan isterinya.

Macam-macam halangan yang terpaksa mereka lalui untuk mempertahankan Penguin yang amat disayangi bersama 'Personal Assistant' Tom, iaitu Pippy yang sangat cool! Itulah serba ringkas tentang movie Mr Popper's Penguin. Kalau ingin mengalami suasana hingar bingar dari ketawa penonton yang lain, jemput-jemputlah ke pawagam ye. Kalau anak-anak dah besar-besar sikit boleh join sekali. si kecik Aijaz belum boleh ye sayang!~Seronok dapat tiket wayang free, citer pon best!...HADIAH BIRTHDAY dari NUFFNANG dan TGV Cinemas. Thank you from Azu!

Tuesday, July 19, 2011

Betul ke Rakyat Malaysia Kebuluran?

Salam dan hai readers,

Makan, makan dan makan...apakah hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Kadang-kadang rasa macam nak makan untuk esok tapi apakan daya, perut kecil, otot dan mulut pun kecil nak suap banyak-banyak.~hee

Cakap aje makan ape, semua Azu makan. Alhamdulillah bila makanan di pinggan habis dengan licinnya, sedih pulak bila makanan terbiar sepi bila tak berjaya dihabiskan. Azu bersyukur kerana nikmat makanan yang diberikan, sehinggalah Azu dapat membesar dengan jayanya.~walaupun banyak makan tapi tak boleh gemok!

Berbalik pada tajuk kita, rakyat Malaysia kebuluran ke? Susah nak jawab tapi kalau rakyat negara lain memang Azu setuju sangat. Contohnya, kebuluran yang melanda penduduk di Uganda, Afrika pada tahun 1980. Anak-anak menjadi mangsa yang menderita akibat kebuluruan melampau. Kanak-kanak kebuluran di Sudan pada tahun 1993 dimana kanak-kanak merangkak ke Kem PBB untuk mendapatkan makanan. Sangat menyediahkan...


Ce kita tengok apa sebenarnya KEBULURAN?

Kebuluran ialah ketidakcukupan makanan teruk, atau kelaparan yang amat hingga boleh menyebabkan kematian. Ia merupakan bentuk paling teruk bagi pemakanan tak seimbang

Belum tengok lagi keadaan rakyat Malaysia yang nampaknya macam cukup makan ataupun terlebih makanan. Itu situasi rambang Azu bila pergi kedai-kedai makan, belum tengok lagi di hotel-hotel dimana makanan yang berlebihan~bukan sisa tau~ dalam sesuatu majlis samada dibenarkan atau tidak untuk dibawa balik oleh tetamu majlis~siapa la nak tapau kan, kalau Azu mesti tapau punye..kuah-kuah lebih tu boleh dipanaskan ape~atau sudah pasti makanan terlebih itu akan dibuang saja ke tong sampah. Emm kesian, sayang kan kat makanan tu, bayar sudah mesti ribu riban punye!



Itu belum tengok lagi akibat terlebih makan lagi. Kalau readers semua perasan ramai kanak-kanak Malaysia ni 'sihat-sihat' belaka kan. Senangnya digelar 'obesiti'. Memang jarang sangat kita nak jumpa kanak-kanak yang kurus kering macam lidi~melainkan latarbelakang keluarga yang kurus-kurus.


Kesimpulannya, rakyat Malaysia patut bersyukur kerana kita masih lagi cukup makan dan pakai. Rasanya masih banyak lagi info yang dikongsi tentang kebuluran ni, tapi sebelum masa tidak mengizinkan, Azu mohon diri ye. Insyaallah, satu masa nanti Azu akan bercerita lagi dan lagi~hee. Citer pasal tu, teringat satu malam tu susu dak kecik habis dan lupa pulak nak beli, akibatnya minum air masak je lah si Aijaz..kesian sangat! Maafkan ummie ye, takmo buat camtu dah.

Share n Luv from Azu!

Friday, July 15, 2011

Nuffnang bagi 4 tiket wayang free!

Salam dan hai readers,

Sejak menginjak ke zaman dewasa, jarang sekali orang nak bagi hadiah pada Azu bila tibanya hari lahir kecuali hadiah dari mr hubby Azu la. Macam-macam dia bagi pada Azu termasuklah kasih sayang selain harta benda..hehe. Tapi sekarang Azu ingin berkongsi cerita tentang hadiah dari Komuniti Pengiklanan yang paling popular di kalangan blogger-blogger kita iaitu NUFFNANG.

Walaupun baru 3 bulan aktif berblogging~kekadang tu blog terbiar gak beberapa hari~maklumla ummie Aijaz pantang tiba hari cuti, mesti ajak mr hubby dan aijaz jalan-jalan, window shopping~masa kocek kosong la, tak pun memenuhi jemputan kenduri sepupu lah, sepapat la, 2 atau 3 pupu lah. Maka tergendalalah segala aktiviti seorang blogger yang aktif.~konon ja.

 NUFFNANG dengan berbesar hati telah email berita gembira ini dengan menghadiahkan 4 tiket wayang percuma sempena meraikan hari lahir Azu beberapa hari yang lepas. Seronoknya rasa hati~lala boleh tengok movie Harry Potter & Deathly Hollows Part 2 free punye bersama mr hubby lah~sape lagi kan. Itu jugak hadiah dari Azu untuk si dia yang amat memahami emosi sebagai blogger. Thank you my dear! Movie Transformer: Dark of The Moon sudah tengok, mungkin boleh intai-intai movie baru macam Mr Poppers Penguin ke..jom terjah wayang TGV CINEMAS  beramai-ramai!

~email dan gift dr Nuffnang dan TGV Cinemas buat pembakar semangat Azu~heee

Memang tak disangka baru 3 bulan berblogger dengan status GLITTERATI~apa tu ye? Rakan-rakan boleh  KLIK SINI , Azu kini sangat bertuah terpilih oleh  NUFFNANG bagi mendapatkan 4 tiket wayang free untuk menonton wayang di seluruh TGV seluruh Malaysia. Hadiah yang ditaja sepenuhnya oleh TGV CINEMAS dan Nuffnang la. Terima kasih buat TGV dan Nuffnang.

Untuk keterangan lanjut mengenai syarat-syarat untuk mendapat peluang hadiah yang sama macam Azu, jom kita singgah 4 TIKET FREE TAJAAN TGV

Harapan Azu, dengan 4 tiket wayang ini dapat meningkatkan lagi semangat Azu untuk berbloggging dengan aktif!


Share n Luv from Azu!

BEN ASHAARI dan SEKOLAH


Ha, jom join segmen lain pulak, semputtt mak nk kejor si BA ni..hee
JOin sekaki SEGMEN BARU BEN ASHAARI SEKOLAH

Nak menang tak? iPAD2, CANON EOS 550D DAN HTC DESIRE!

Good Luck!

Thursday, July 14, 2011

BEN ASHAARI , AWAK la pulak !


Jom join kawan-kawan! KLIK SINI

Sesuai ke Bayi Setahun Sambut Hari Jadi?

Salam dan hai readers,

Alhamdulillah, minggu-minggu sibuk sudah berakhir minggu lepas. Fikiran negatif Azu tentang sambutan hari lahir Aijaz pun dah berakhir. Legaa, mak..hehe. Pada mulanya risau, takut, bimbang melanda diri bila terfikirkan patut atau tidak Azu dan hubby sambut befday dak kecik, Aijaz ni. Yelah, budak setahun manalah tahu apa sangat, tapi bagi Azu dan hubby..Aijaz memang sporting sepanjang majlis berlangsung. Sempat fikir lagi macamana agaknya persediaan majlis, jemputan hadirin, keluasan rumah dan yang paling penting mestilah makanan serta bajet yang diperuntukkan. Kalau tak ada salah satu, nganga ja lah jawabnya~hee.


Azu ingin berkongsi pengalaman Azu dan hubby menguruskan Majlis Hari Lahir Aijaz. 'Benda-benda' penting ni wajarlah bersama-sama kita adakan untuk menjayakannya.

i) Tarikh - Tarikh amatlah penting dalam memilih hari yang sesuai untuk semua. Azu n hubby siap-siap call mak abah kami dan keluarga supaya tidak clash dengan tarikh diorang. Mereka jemputan tetap kerana mereka orang paling bermakna dalam hidup kami.ngee~

ii) Jemputan - Jiran sebelah, depan, kiri kanan dan belakang xde ye..pasal rumah Azu apartment lah..Pengsan Azu kalau nak jemput blok lain join sekali..hee. Pengasuh Aijaz pun wajib~terima kasih menjaga Aijaz dengan baik sepanjang ketiadaan Azu. Kawan-kawan ofis Azu dan hubby serta kawan-kawan rapat yang mengenali Aijaz secara dekat..`cewahh. Sedara mara terdekat juga tidak dilupakan. Azu buat perkiraan jemputan dalam 60 orang x jumlah bilangan anak secara purata cthnya 2..Jumlah jemputan Azu adalah seramai 120 orang. Mak Azu cakap macam nak buat kenduri cukur jambul pulak~hee. 

iii) Makanan - Sudah pasti kek untuk Aijaz, mula-mula order dari member opis tapi last minute tak jadi. Akhirnya beli kek indulgance secret receipe~busu aijaz yang suggest dan memang sedap! beli kt belakang rumah ja. Main course untuk menu ialah mee dan bihun sup. Siap mintak resepi kakngah Azu tu. Last minute jugak mee tak jadi dan diganti pulak dengan soto..emm kuahnya tetapla sup tadi kan kan. Soto tu special resepi dari mak mentua Azu dari Melaka..oww memang sedap, 2x Azu makan tau..kali ke 2 dengan bihun sup la. 
~tetamu pertama kami iaitu jiran sebelah rumah..hee~

Keduanya, kueh jala sudah order dari makcik bawah rumah, konon orderlah sekali kuah karinya..Nak tahu dia jawab apa..."Buat sendiri jelah kari tu dik, senang je potong ayam dan kentang kecil-kecil pastu masuk je dalam kuali"..Azu nganga la jap..pastu terus angguk konon nak tunjuk rasa setuju lah. Tak nengok lagi dalam hati Azu punyelah geram, kalau boleh nampak..bukan berasap ja, hangit terus!! Akhirnya, dengan muka tebal Azu pujuk mak tolong buatkan. Azu bolehla nak buat sekadar kari daging tu, tapi tak biasa pulak bila nak buat dengan kuantiti yang banyakk..~hee alasan comel dari Azu tuu.

Ketiga, mak Azu dari Perak buat kuah durian Perak spesel punya..Kuah tu memang feberet Azu, orang lain tak boleh lawan punye...haa..xdelah kan lain orang lain rasanya..~sukee. Kuah tu sedap bila dicicah dengan kueh jala tadi. memang maveles!

Keempat, mak Azu buat rendang udang rempah spesel dari perak. Tak ada dalam perancangan tapi berkat kerajinannya, ramai kawan-kawan Azu mintak resepi rendang udang perak dari mak..hehe Azu nak cuba jugak satu hari..Buah-buahan, polkadot comey, tempeyek Melaka tidak diilupakan. fuhh..abis dah bab makan, kita tengok bab lain pulak ye~memang bab makan memang tak habis-habis.:)

iv) Masa - Masa yang dirancang perlu teliti terutamanya untuk befday boy, si Aijaz. Start majlis pukul 10 pagi, sebelum tu Azu sempat tidurkan budak kecik ni. Bila dah bangun, Aijaz ditukarkan baju befday boy dan dibawa keluar dengan muka paling ceria. Petang tu jemputan untuk family Azu dan hubby..Aijaz dah tunjuk muka mengantuk, segera Azu tidurkan si Aijaz. Lena jugaklah dalam sejam. Memang lega bila Aijaz sporting je nak duduk dan bergambar dengan auntie dan uncle-uncle yang hadir.

 ~layan befday boy yg sangat happy!~

 ~kejut befday boy bangun tido~

Selain itu, keluasan rumah perlu diambilkira~ terutamanya rumah Apartment macam Azu seharusnya kita menetapkan waktu-waktu jemputan yang berperingkat untuk menjemput tetamu bagi mengelakkan rumah macam Azu sesak, jammm!tapi semua dalam keadaan yang lancar la.

~rumah Azu yang penuh~

v) Bajet atau faktor kewangan - Bajet Azu dan hubby pada awalnya memang tak cukup nak buat majlis ni, tapi alhamdulillah rezeki sentiasa ada, tercapai jugak hasrat ummie dan babah Aijaz meraikan hari lahir Aijaz yang setahun. tq en hubby & babah Aijaz!.Syukur atas kurniaNya. 

vi) Door Gift atau cenderahati - Door gift doraemon ini Azu dah plan awal-awal. Hasil pertolongan en hubby dan busu Aijaz iaitu ira, door gift untuk kawan-kawan Aijaz dapat disiapkan dan diberi sebagai tanda terima kasih kepada yang hadir. Yang spesel nya door gift Doraemon ini dibuat sendiri oleh ira. Macam-macam kartun dia boleh buat menggunakan kain felt yang cantik. Siapa yang berminat boleh order di blog comel ira KLIK SINI ye..Topi pun kami buat sendiri tau..kreatif tak kami?~hee

credit pic from ira!

~tq ira tolong merealisasikan impian k.zura nak buat topi party tuk Aijaz~

Makanan kebanyakannya habis pada waktunya. Cuma kueh jala yang Azu order dalam 1 setengah kilo habis awal dalam lewat petang jugaklah, cepat-cepat hubby beli roti Gardener~eh betui ka eja ni? Selamatlah untuk dicicah dengan kuah durian dan kari daging! Semoga tips-tips diatas boleh memberi panduan sedikit sebanyak kepada ibu bapa yang pertama kali berhasrat menganjurkan majlis si budak setahun ni.~macam kami!:)

Share n Luv from Azu!

Wednesday, July 13, 2011

Wanita Dipotong Kaki, Diceraikan Anggota Badan

Salam dan hai readers,

Info PENTING untuk Azu berkongsi dengan semua!



Peringatan kepada semua !!!!!!!!!!!

Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong.


 Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti dipam stesen minyak untuk mengisi minyak. Apabila dia memenuhkan tangki minyak selepas membayar di pam dan berkira-kira untuk meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker.  Beliau memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan bahawa dia diperlukan masuk ke dalam untuk membayar.

Wanita itu keliru kerana urus niaga tersebut telah siap dan diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut  masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar kononnya.

Dengan rasa tidak puas hati, beliau terus masuk ke dalam dan mula mempertikaikan petugas tersebut sebagai satu penipuan. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita tersebut bertenang dan mendengar dengan teliti:


Atendan tersebut memberitahu bahawa ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah bersembunyi ke dalam kerusi belakang kereta itu dan bersembunyi di sisi lain di dalam keretanya. Dengan segera beliau telah memanggil pihak polis datang. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru
dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita ..

Salah satu cara yang mereka lakukan ini merangkak menjadi kanak-kanak perempuan  menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamnaya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa untuk mematikan mereka untuk menculik mereka, dan kemudian membunuh dan mencerai-beraikan mereka.

Kaedah lain adalah menerkam wanita itu ke dalam kereta jika tanpa pengawasan dan menculik wanita-wanita bagi maksud yang sama.

Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

Pertama, Puan-puan seharusnya lebih berhati-hati apabila pergi ke dalam kereta yang diletakkan pada waktu malam.

Kedua, Jangan meletak kereta di tempat sunyi atau terpencil pada bila-bila masa hari demi mendapatkan tempat letak kereta percuma!

Ketiga, Jika boleh, tidak memandu seorang diri pada waktu malam!

Ini adalah yang sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan bercerai-cerai! Ini semua berlaku di Malaysia!

Mesej:


1. SENTIASA mengunci pintu kereta anda, walaupun anda pergi untuk seketika.
2. Periksa dibawah kereta anda sebelum masuk semula, dan periksa di belakang sebelum mula memandu.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam
sekitar umum, terutama pada waktu malam!

Sampaikan ini kepada semua kanak-kanak perempuan dan wanita terutamanya supaya rakan anda tidak akan menjadi salah seorang dari mangsa mereka!

Share n Luv from Azu!

BLOG DIPERLUKAN ..SEGERA !


Salam dan hai readers,

Segmen Gila Bola? Aku ni minat bola kekadang ja, minat time FIFA world cup ja..time tu mesti langgan astro Sport punye..hihi gila gila..bola sepak Msia pun Azu tengok, terutamanya bila Perak yang lawan..tapi dah lama Perak tak keluar Final..terer lagi ke tak..huhu

Jom lah ramai-ramai join segmen baru BA ni.. SEGMEN GILA BOLA BEN ASHAARI

WORDLESS WEDNESDAY~Sweet 130711

Tuesday, July 12, 2011

Jerebu Melanda Seluruh Lembah Klang

Salam dan hai readers,

Patutlah kelam je awan. Nampaknya macam mendung, tapi tak ada pulak tanda nak hujan. Kalau Azu yang bermata dua ni pun rasa pandangan yang kabur apatah lagi orang yang bermata empat~yang bercermin mata atau contact lense la..he..Jelebu telah melanda hampir seluruh Lembah Klang, tidak terkecuali negeri-negeri lain.



Kebanyakan berita terkini melaporkan aras pandangan di sepanjang lebuh raya di Lembah Klang dan Lebuhraya Utara Selatan ke arah utara telah berkurangan disebabkan jerebu. Seorang jurucakap dari Pusat Pemantauan Trafik PLUS berkata pemilik kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila memandu di sepanjang Lebuhraya Persekutuan kerana keadaan berjerebu.

Di sepanjang Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), keadaan jelebu tersebut telah mengurangkan jarak penglihatan yang direkodkan di antara Damansara dan Subang. Jurucakap itu berkata penglihatan di laluan utara NSE, terutama menuju ke arah Gurun, Kedah telah berkurang dan kelihatan kabur.

"Jika ia menjadi lebih teruk, kita akan memberi amaran kepada pengguna jalan raya melalui Twitter atau papan mesej elektronik sepanjang lebuh raya," kata jurucakap itu. Udara menjadi lebih teruk pada pagi Selasa dengan lebih 82% daripada kawasan-kawasan yang dikategorikan sebagai mempunyai kualiti udara sederhana pada jam 7 pagi.

Salah satu kawasan yang terlibat ialah Bukit Rambai di Melaka yang mempunyai Indeks Pencemaran Udara (API) bacaan 93 (83 pada hari Isnin).

(Bacaan API 51-100 dianggap sederhana dan 101 hingga 200 yang tidak sihat.)

Kebanyakan kawasan-kawasan yang berjerebu pada hari Isnin API nya lebih tinggi pada hari Selasa.
Sebahagian daripada kawasan-kawasan yang mempunyai bacaan API antara 51 dan 100 (kualiti udara sederhana) adalah seperti berikut:

Melaka bandar 77, Penilaian 77, Port Dickson 82, Seremban 66, Balok Baru (Kuantan), 63, Jerantut 67, Seri Manjung 75, Tanjung Malim 83, Banting, 81, Kuala Selangor 82, Pelabuhan Klang 79, Petaling Jaya 76, Shah Alam 78 , Cheras 69, Putrajaya 65 dan Batu Muda 78.

~Lor kampung Azu pun ada dalam list?? Pesanan khas buat mak, abah, kakak dan abang tersayang, hati-hati ye. Ambil langkah berjaga-jaga sekiranya terdapat simptom-simptom batuk yang teruk dan berterusan ya, tapi kat kampung tak jam, harap jangan ekori kereta terlalu rapat dan terlalu laju, takut eksiden pulak.~

Menurut Jabatan Alam Sekitar, 42 kawasan dalam pelbagai kualiti udara sederhana (82%) manakala sembilan dalam lingkungan penglihatan yang baik (17%). 

Share n Luv from Azu!

Friday, July 8, 2011

SAYA NAK JADI PROTEGE JAMALUDDIN.NET


Salam dan hai readers,

Azu sangat berminat nak jadi protege Jamal. Jadi, inilah cerita seba-sebab kenapa Azu nak jadi protege Jamal dan diharap Azu dapat peluang keemasan itu!! Jom kawan-kawan blogger, kita join sekali! Klik jangan tak klik! SIAPA NAK JADI PROTEGE JAMALUDDIN.NET?

Isi : Cerita kenapa korang nak jadi protege Jamal dan kenapa Jamal patut pilih korang

Azu seorang blogger yang sangat baru~baru 3 bln aktif. Walaupun dah mendaftar sejak 2008, tapi  tak pernah buat apa-apa kat blog ni. Bukannya malas, tapi sangat buta dengan dunia blog-blog ni. Tambahan pula dulu tak ada broadband dirumah. Ha, sekarang sudah ada. Apa lagi?? Azu masih tetap sibuk dalam dunia rumahtangga seperti mengemas rumah, memasak, menjaga si kecil namun tetap berusaha mencuri sedikit masa untuk berkongsi info dengan yang lain.

Sejak-semenjak rajin update blog ni, Azu boleh post 2 entry dalam masa 1 hari. Insyaallah, ada masa dan peluang, Azu akan lebih rajin meng'update' kan blog yang Azu sangat sayang seperti diary Azu dulu.

Kalau dulu Azu suka menulis diary, simpan sendiri-sendiri tapi sekarang Azu berminat ingin berkongsi cerita, bacaan dan pengalaman bersama penulis-penulis mahupun pembaca yang sudi singgah di blog Azu. Seronok kan rasanya berkongsi cerita dengan orang yang dapat memberi komen mahupun kritikan kepada setiap entry yang Azu post. Azu dapat memperbaiki salah silap Azu dan membina keyakinan untuk terus menghasilkan blog yang terbaik untuk semua. Terima kasih kepada Blogger-blogger lama dan pro kerana memberi peluang kepada blogger macam Azu~huh ini macam part serios ja. Thank you very much!

Untuk makluman Jamal, Azu suka blog yang boleh memberi tips berguna untuk menaiktarafkan blog Azu, yelah berdikit-dikit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu..bersenang-senang le kemudian. Tapi, sekiranya Azu berjaya satu hari nanti, bukan senag-senang yang Azu pilih tapi Azu ingin berkongsi dengan blogger lain pula.

Azu sangat berharap setiap entry yang Azu post sentiasa mendapat tempat di hati search engine macam goggle, yahoo dan lain-lain. Walaupun Azu tak ada produk tersendiri untuk dijual kepada semua, tapi Azu akan berkongsi info serta pengalaman terbaik yang Azu ada untuk rujukan semua. Kadangkala pendapat kita berbeza, namun itulah rempah ratus untuk kita bertukar-tukar pandangan serta memberi tip berguna kepada blogger baru yang lain untuk maju ke hadapan..~cewaah. Impian pasti dilaksanakan! Insyaallah..


Semoga kalian dapat menaikkan taraf blogger-blogger Melayu terutamanya ke tahap yang lebih membanggakan setanding dengan yang lain.

Sekian, itulah sebab kenapa Azu ingin menjadi protege Jamal. Opps, layak ke Azu? Tak cuba tak tahu kan, jom kawan-kawan, kita join ramai-ramai! SIAPA NAK JADI PROTEGE JAMALUDDIN.NET

Share n Luv from Azu!

Thursday, July 7, 2011

Keputusan Ujian Pap Smear~Negatif

Salam dan hai readers,

Alhamdulillah, lega rasanya bila tahu keputusan ujian Azu negative Pap Smear!~bukannya tak lulus peksa, tapi itu maksudnya tiada sebarang ketidaknormalan pada pangkal rahim Azu. Kata doktor dia akan call sekiranya terdapat ujian tersebut positif. Walaupun doktor tak telefon~tu tandanya negatif atau ok lah, Azu tetap berdebar-debar nak amik result.

Semuanya bermula sebulan yang lepas Azu tekad nak buat ujian pap smear. Doktor dah pesan suruh Azu buat ujian pap smear 6 bulan selepas Azu deliver baby ~oh itu 6 bulan yang lepas…terlepas sudah. Ummie Aijaz sibuk sangat sampai lupa pesan doktor.  Azu memang tak tahu apa-apa tentang pap smear, yang Azu tahu ujian pap smear ini akan dibuat pada kaum wanita sahaja~Azu ni kekadang cetek ilmu, sampailah tiba masanya Azu akan baca sehinggalah Azu faham.


Apakah Pap smear?

Pap smear (juga dikenali sebagai ujian Pap) adalah satu prosedur perubatan di mana sampel sel dari pangkal rahim (akhir rahim yang meluas ke dalam faraj) wanita yang diambil dan diletakkan (berlumur) pada slaid mikroskop. Sel-sel yang diperiksa di bawah mikroskop untuk melihat pra-malignan (sebelum-kanser) atau malignan (kanser) sebarang perubahan berlaku.

Bagi Azu, Pap smear adalah ujian saringan yang mudah, cepat, dan agak tidak menyakitkan~rasanya ibu yang pernah melahirkan anak tahu perasaan yang tidak sakit ini. Kepekaan Pap smear - yang bermaksud keupayaan untuk mengesan setiap ketidaknormal (luar biasa) - manakala yang baik, juga tidak sempurna, dan beberapa "negatif palsu" (yang tidak normal hadir tetapi tidak dapat dikesan oleh ujian) akan berlaku. Oleh itu, beberapa wanita mendapat kanser pangkal rahim, walaupun melalui saringan Pap biasa.

Pap smear tidak bertujuan untuk mengesan kanser seperti ovari, vagina, atau rahim yang lain. Kanser organ-organ ini boleh ditemui semasa peperiksaan gynecologic (pelvis), yang biasanya dilakukan pada masa yang sama sebagai Pap smear.

Siapa yang patut melakukan Pap smear?

Kehamilan tidak menghalang wanita daripada mempunyai Pap smear. Pap smear boleh diambil dengan selamat dilakukan semasa mengandung.

Ujian Pap smear tidak diperlukan untuk wanita yang mempunyai histerektomi (dengan penyingkiran serviks) untuk keadaan benign. ~tulisan senget tu boleh search detail kat google.Wanita yang mempunyai histerektomi di mana pangkal rahim tidak dibuang, yang dipanggil histerektomi subtotal, harus terus membuat pemeriksaan mengikuti garis panduan yang sama seperti wanita yang tidak mempunyai histerektomi.

Negatif Pap Smear atau normal servix adalah selamat namun harus terus berhati-hati kerana doktor berpesan pada Azu uyang Azu harus mengambil  ujian tersebut sekali setahun. Biasanya akan dilakukan oleh perempuan yang sudah berkahwin kerana lebih berisiko. Walaupun takut masih ada, tapi Azu harus lakukannya demi orang tersayang!

Share n Luv from Azu!

Sumber: medicinenet.com

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je