The best follower!

Showing posts with label harimau malaya. Show all posts
Showing posts with label harimau malaya. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya Tumbang pada Si Singa!

Salam dan hai readers,

Bila pagi tadi takde mood, petang mood datang juga menjengah. Kecewa dan sedih. Itu je mampu Azu ceritakan disini. Malam semalam di separuh masa pertama memang sudah mengecewakan bila Aidil Zafuan terpaksa berudur diri dari perlawanan akibat sakit lutut yang dialaminya. Semangat Azu berkobar-kobar bila Malaysia menjaringkan gol pertama di Stadium Bukit Jalil dalam separuh masa kedua. Namun tersentak bila Si Singa pun menjejak langkah menyumbat satu gol.


Azu hanya nampak 3 pemain ini yang sangat bertungkus lumus menjaga benteng pasukan negara iaitu Khairul Fahmi a.k.a apek, Safee Sali dan Gurusamy Govandar~indian player berlari punyelah laju nak kejar bola sorang2, yang lain tak nampak pulak . Tapi yang lain hanya memandang sepi, mana taknya nak lari kejar bola pun macam tak bersemangat terutamanya selepas Si singa menjaringkan gol, terlepas bola entah la berapa kali. Benteng pertahanan Malaysia terus-terusan hampir dibolosi oleh si Singa. Mujur ada si Apek yang tangkas membenamkan hasrat si Singa tapi siapalah dia tanpa semangat dari satu pasukan yang bekerjasama. Tanpa si Apek rasanya Si singa dah berpesta gol kot malam tadi.


Tetapi di sebalik kekalahan, masih ada kelebihan Harimau Malaya. Kejayaan mereka sampai ke tahap ini memang patut dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia. Kehadiran mereka dan perlawanan ini telah menarik seramai-ramainya penonton 1 Malaysia untuk berpusu-pusu ke Stadium Bukit Jalil yang telah mencatat sejarah penonton seramai 80 ribu~tapi kalau korang perasan memang penuh lain macam kan, tapi tak kisah la. Inilah semangat yang kita harapkan dari peminat bola sepak negara. 

Walaupun kita kalah, Azu tahu pasukan Harimau Malaya masih mampu bangkit dan berjuang untuk mempersiapkan diri ke World Cup satu hari nanti. Pemain Malaysia tak kuat lari pasal kaki pendek dan bertubuh kecil bukan alasan bila Maradonna yang sekecil dan sependek itu pun mampu menjadi bintang bola sepak dunia~Gelarannya Hand of God cukup terkenal dikalangan peminat bola sepak seluruh dunia. Azu tahu dan semua peminat bola sepak negara tahu dan yakin Pemain Malaysia juga juga berpeluang mengalaminya satu hari nanti. Buktikannya Malaysia Boleh! Masih menunggu sinar baru~

Share n Luv from Azu!

Thursday, July 28, 2011

Mengaumlah Harimau Malaya!


Salam dan hai readers,

Amacam kawan-kawan? Tiket menonton di stadium 80 ribu habis dijual, maka kita tengok tv ramai-ramai lah ye! Perlawanan bola sepak Malaysia menentang Singapura malam ini di Stadium Bukit Jalil atau tengok saja di tv macam Azu! Tanya aje sebelum kawin dulu, Azu dan hubby sanggup lepak kedai mamak semata-mata nak tengok bola World Cup 3-4 pagi tau..dulu Azu peminat MU, En hubby Chelsea pulak..memang musuh ketat la time tengok bola. 

Terjadi  satu insiden berlaku dimana Chelsea VS Liverpool rasanya, oh mestilah Liverpool jadi pilihan Azu, baru best layan bola dengan dia. Insiden tu terjadi bila ada sorang mamat tu terjoget-joget suka bila pasukan feberet dia berjaya jaringkan gol..sape lagi kalau bukan Chelsea, kami berdua ni telinga sudah panas, mata dah kelam, tangan rasa nak bagi penampo ja kat mamat tadi. Mana taknya, dia joget betul-betul depan kami. En hubby yang layan Chelsea pon memang geli betul dengan mamat tu.

Kesimpulannya, bagi Azu tak salah nak jadi fanatik kat bola ni, tapi tengok-tengoklah orang belakang seat sendiri sebelum nak joget cam nak gegar meja kami dibuatnya. Tetambah pulak cam Azu yang tak suka kt Chelsea~kene bertentangan minat dengan hubby, baru best kan!

Pagi ni pulak Azu terbahak-bahak gelak sengsorang dalam kereta sambil dengar radio kegemaran. Mana taknya, dari rumah sampailah ke ofis, semua suara lelaki yang gagah perkasa telah memperdengarkan sajak dan pantun buat pasukan Harimau Malaya.~dalam hati ada taman~sungguh tidak terduga kan tapi cukup seronok dan bersemangat menyokong Harimau Malaya kita untuk menang dan menang di tempat sendiri!

~Malaysia takkan lupa kan pengalaman indah ni~

Siapa tak bangga bila pasukan Malaysia menang, menang dengan gagah dan berani.Wish you Luck Harimau Malaya! Jangan hampakan Azu yang bersemangat berkobar-kobar~macam vince nyanyi berkobar-kobar pulak~ ni ye..bila sesekali bersemangat macam ni memang best kan..:) Mampu ke kami train Aijaz untuk mengharumkan Malaysia satu hari nanti?~ Aijaz lahir bln Julai thn 2010 pun masa World Cup..hari tu Spain menang rasanya..nak bagi nama Torres tapi mak tak bagi, cam toreh getah pulak..hehe

~Aijaz pesan kat Harimau Malaya, main elok2 tau. Aijaz mau Malaysia menang!~

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je