The best follower!

Thursday, July 28, 2011

Mengaumlah Harimau Malaya!


Salam dan hai readers,

Amacam kawan-kawan? Tiket menonton di stadium 80 ribu habis dijual, maka kita tengok tv ramai-ramai lah ye! Perlawanan bola sepak Malaysia menentang Singapura malam ini di Stadium Bukit Jalil atau tengok saja di tv macam Azu! Tanya aje sebelum kawin dulu, Azu dan hubby sanggup lepak kedai mamak semata-mata nak tengok bola World Cup 3-4 pagi tau..dulu Azu peminat MU, En hubby Chelsea pulak..memang musuh ketat la time tengok bola. 

Terjadi  satu insiden berlaku dimana Chelsea VS Liverpool rasanya, oh mestilah Liverpool jadi pilihan Azu, baru best layan bola dengan dia. Insiden tu terjadi bila ada sorang mamat tu terjoget-joget suka bila pasukan feberet dia berjaya jaringkan gol..sape lagi kalau bukan Chelsea, kami berdua ni telinga sudah panas, mata dah kelam, tangan rasa nak bagi penampo ja kat mamat tadi. Mana taknya, dia joget betul-betul depan kami. En hubby yang layan Chelsea pon memang geli betul dengan mamat tu.

Kesimpulannya, bagi Azu tak salah nak jadi fanatik kat bola ni, tapi tengok-tengoklah orang belakang seat sendiri sebelum nak joget cam nak gegar meja kami dibuatnya. Tetambah pulak cam Azu yang tak suka kt Chelsea~kene bertentangan minat dengan hubby, baru best kan!

Pagi ni pulak Azu terbahak-bahak gelak sengsorang dalam kereta sambil dengar radio kegemaran. Mana taknya, dari rumah sampailah ke ofis, semua suara lelaki yang gagah perkasa telah memperdengarkan sajak dan pantun buat pasukan Harimau Malaya.~dalam hati ada taman~sungguh tidak terduga kan tapi cukup seronok dan bersemangat menyokong Harimau Malaya kita untuk menang dan menang di tempat sendiri!

~Malaysia takkan lupa kan pengalaman indah ni~

Siapa tak bangga bila pasukan Malaysia menang, menang dengan gagah dan berani.Wish you Luck Harimau Malaya! Jangan hampakan Azu yang bersemangat berkobar-kobar~macam vince nyanyi berkobar-kobar pulak~ ni ye..bila sesekali bersemangat macam ni memang best kan..:) Mampu ke kami train Aijaz untuk mengharumkan Malaysia satu hari nanti?~ Aijaz lahir bln Julai thn 2010 pun masa World Cup..hari tu Spain menang rasanya..nak bagi nama Torres tapi mak tak bagi, cam toreh getah pulak..hehe

~Aijaz pesan kat Harimau Malaya, main elok2 tau. Aijaz mau Malaysia menang!~

5 comments:

SS said...

mlm ni semua tutup kedai pegi stadium XD

Muiz Ilusinasi said...

ajiz bkal star player team malaysia..insyaAllah..tgk mcm da ad bakat terpndam da..XD

azu said...

SS: tutup kedai..kang kedai mkn bankrup!
muiz: sejak baby lg dh beli ball tuk aijaz..insyaallah!

Abdul Farique said...

semoga harimau malaya tak menjadi sayur :)

azu said...

abdul farique: setuju!jadi harimau, jgn jadi sayur yg lembik.he

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je