The best follower!

Saturday, July 2, 2011

Imam Muda Hassan Juara Imam Muda Musim ke 2


Salam dan hai readers,

Berakhirlah perjalanan 10 Imam Muda anjuran Astro Oasis. Semalam acara kemuncaknya telah menjadikan Imam Muda Hassan sebagai juara Imam Muda Musim ke 2. Alhamdulillah, kejayaan Imam Muda Hassan merangkul juara Imam Muda amatlah Azu harap-harapkan.~bukan semata-mata dia orang Perak tau..hee. Hujahnya bukan sahaja menyakinkan malah lebih hebat bila disertai dengan hadith2 dan cerita Rasulallah SAW cukup menambat hati penonton. Muda je orangnya..~suke selit kome dalam hujahnya~ teman suke bebenor..~



NAMA: MOHD HASSAN ADLI BIN YAHAYA @ YAHUZA
UMUR: 26 TAHUN
TARIKH LAHIR: 17 FEBRUARI 1985
ASAL: PERAK
PENDIDIKAN: IJAZAH SARJANA MUDA ILMU WAHYU (AL-QURAN & HADITH), UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA
PEKERJAAN: PENSYARAH (SEPENUH MASA)
STATUS: BUJANG

Naib Juara Imam Muda iaitu Imam Muda Nazrul. Tubuhnya kecil, rendah tapi jangan dipandang rendah tau. Azu memang tak sangka beliau sudah bekeluarga dan mempunyai 2 anak tapi punya keistimewaan tersendiri iaitu seorang guru besar di salah sebuah sekolah. Hujahnya cukup menyakinkan tapi masih kurang hadith-hadith yang dapat dikongsi bersama. Harapan Azu dan semua rakyat Msia...Diharap 2 imam muda ini akan menyumbangkan peranan yang besar kepada golongan muda untuk menjadi pemimpin yang berakhlak mulia di masa akan datang.

Syabas kepada semua Imam Muda!~sejuk perut mak bila anak-anak berpeluang join Imam Muda..amin. Tak sabar nak tunggu program USTAZAH PILIHAN pulak.~azu jadi ustazah kat dak Aijaz jelah ye..hehe

Share n Luv From Azu!



NAMA: NAZRUL IZWAN BIN ZOLKIFLEE
UMUR: 26 TAHUN
TARIKH LAHIR: 20 JUN 1985
ASAL: JOHOR
PENDIDIKAN: DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM DARI KOLEJ PENGAJIAN ISLAM & DAKWAH
PEKERJAAN: GURU BESAR
STATUS: BERKAHWIN

No comments:

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je