The best follower!

Sunday, July 3, 2011

Birthday party untuk budak umur setahun

Salam dan hai readers,

Azu dalam dilema bila pertama kali nak buat besday party tuk si kecil Aijaz~kecik ka dia? Minggu depan sudah setahun. Jemputan belum keluar, tapi family dah jemput siap-siap. Azu memang tak pernah buat befday party untuk sesiapa sebelum ni sebab kitaorang selalu sambut secara kecik-kecik je. Bila Aijaz nak setahun ni, seronok rasanya nak sambut ramai-ramai.

Semalam en hubby dan adik temankan Azu pegi shopping barang-barang persiapan untuk befday Aijaz. Tension bila kebanyakan barang yang dicari tak jumpa pulak. Namun, kerana tension tak jumpa barang, kami decide nak cari tempat lain. Bayangkan lah pasaraya terbesar tak ada pinggan, mangkuk plastik ~habis stok agaknya*ayat nak sedapkan hati.

Malam ni nak minta resepi bihun sup dari kakak tersayang yang sangat pandai memasak, tq angah..lap u!~macam Azu ni bukannya tak pandai masak, tapi bila malas menguasai diri...ha standby la siap-siap ajak hubby pegi makan kat luar. Ingat nak buat bihun tomyam..tapi tak semua kan suka makan tomyam feberet Azu tu..hikhik.

Coklat, sumi or jelly tu memang siap beli dah..khas untuk si kecil yang join befday Aijaz nanti. Ingat nak buat acara ringkas tuk bebudak tu..tapi Aijaz kecik lagi. Kalau dia dah besar, syok la nak ajak dia join sekaki..dapat hadiah sekali..keke. 

Em..harapan Azu semoga persiapan untuk sambut besday Aijaz berjalan lancar. Kalau sesiapa ada tip, kongsi-kongsi ye.

Salam sayang dari Azu!

7 comments:

Dosh Saleem said...

wah2. bihun tomyam best jugak tu.hahah. :) oklah tu kan. :)

Edy Zaidi said...

semoga semuanya berjalan lancar

azu said...

DS: hehe..dlm pertimbangan tu.bihun tomyam pedasss kow2 punye!
EZ: time kacih2

~ana~ said...

kalau boleh buat jugak menu utk budak2...pastu timing kena betul. jgn buat time yg dia biasa tido. nnti dia buat perangai plak..erm.apa lg erk..tu je yg terlintas skrg ni...:)

good luck erk..semoga semua nya berjalan dgn lancar...

azu said...

ana:tqvm! zura pn xterpk gak psl menu tuk guest budak2..timing wat by noon, so si kecik leh tdo pg tu.~wahh nerbes pulak!

Isteri Encek Bard said...

suker lah buat bufday tu budak-budak

azu said...

IEB: mmg suke, dh terbayang kemeriahannya..he

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je