The best follower!

Wednesday, May 25, 2011

Bayi Susah Tidur?


Salam dan hai readers,

~pic atas: suke tgk si cilik Aijaz menguap nk tido~

Untuk mendapatkan tidur bayi yang selesa amatlah susah terutamanya bayi baru lahir. Kekadang Azu terfikir kenapa agaknya bayi Azu atau si Aijaz ni susah sangat nk tido newborn dulu. Yelah kita kan tengah pantang, siang-siang manalah tido sangat..nk tungku lagi, pe bagai lagi.maklumla nk jaga pantang orang tua-tua ni bukan senang kan..setuju x??Jom baca info2 ni.

Kitaran tidur yang belum teratur
Kalau newborn, selalunya baby memang tak boleh bezakan lagi siang atau malam, tu nampak macam dia tidur ikut suka je, kenyang je tido kan..kalo kena time malam nak berjaga je.. kalau berjaga saje takpela..ni siap nangis sekuat-kuatnya. Nasib babah aijaz ade.. Ummie penat ..tidola..ade ke patut?:)

Basah dengan kencing dan berak
Ini adalah faktor penting kenapa si clik kita menangis, selak2 cd (cloth diaper) , dd (disposal diaper) atau lampin dia. Bayi-bayi memang tak rasa selesa nak tido kalau keadaan dia yang basah dan bucuk. Tukar kan lampin yang baru dan selesa untuk si cilik ye.


Lapar
Pastikan si cilik kita kenyang di saat nak tidurkan dia. Macam kita jugak, kalo lapar mesti tak boleh tido kan..cume kita xnangis la, pepandaila cari makan kat dapur..heh. BF si clik kita dengan penuh kasih sayang, bancuh susu dan berikan padanya agar tidurnya lebih lena. Bila Aijaz dh 6 bulan, Azu suap nestum kenyang-kenyang, bagi main sampai letih..dan akan tidur dengan lena.


Tempat tidur anak-anak
Baik mak Azu atau mak hubby Azu iaitu opah dan nenek aijaz cadangkan pakai buaian atau bahasa perak nya ‘endoi’. Kami dengan baik menolak dengan alasan Aijaz boleh tido walo xde buaian. Macam-macam dengar keburukan buaian ni, maklumlah 1st time jadi parents ni..semua citer masuk telinga bulat2. Nak buai si Aijaz tengah mlm2 buta…huh idakle teman!


Kami pun try tidurkan Aijaz dalam baby cot yang kami dah beli sebulan sebelum deliver Aijaz. Cari kerusi letak sebelah dan tepuk2 si Aijaz, dia tido pejam mata pastu celik..camtulah keadaannya sampaila Azu ngantuk tak tahan bwk turun si Aijaz letak atas katil, peluk dan tepuk2 sambil disusukan..terus lena. Start dari tu, Azu dh start pakai baby cot sebagai play pan Aijaz je. Pepon tak rugi pakai playpan ni pasal Aijaz boleh layan mainan dia sampai leka bila Azu bz mandi ka, make up ka..hehe

Menangis Tak Berhenti
Azu terbaca gak, kalau baby nangis tak berhenti, peluk dia, cium dia dengan lembut agar terubat tangis dia dan rasa dilindungi. Ikut keperluan umur, bila baby semakin membesar dan menangis tak berhenti, biarkan dia menangis lama sikit dan tenangkan dia dan biarkan sesekali dia jatuh dari tempat tidurnya ~jatuh pada tilam yang lembut ok,stanby siap2. janganla simen..sakit tau!juga bergantung pada umur dan bulan tertentu ye~. Itu akan mengajar dia menjadi budak yang cepat belajar. So, lepas ni anak kita akan ingat, kalau jatuh dari katil, mesti sakit!

Sekian info untuk Azu kongsi bersama. Pengalaman Azu taklah banyak sangat..baru anak sorang kan..tapi Azu memang suka belajar dari pengalaman selain info dari yang pakar.

Share n Luv from Azu!

Sumber:

Tuesday, May 24, 2011

Bahaya Beg Plastik pada Anak-anak!

Apakah Plastik?

Plastik adalah keajaiban. Seperti kaca, plastik tahan air, lutsinar dan kedap udara, tetapi plastik adalah fleksibel dan lebih ringan dari kaca.


Apa keburukan Plastik?

Malangnya, plastik berpotensi mendatangkan bahaya buat bayi dan kanak-kanak terutamanya asfiksia (mati lemas). Anak-anak harus ditegah agar tidak bermain-main dengan memasukkan plastik ke dalam kepala mereka. Terdapat kes di Amerika Syarikat dimana setiap tahun sekitar 25 orang anak (sebahagian besarnya bawah 1 tahun) meninggal dunia akibat mati lemas yang disebabkan plastik.


11 Fakta Penting Tentang Beg Plastik
  • Kira-kira 380 bilion beg plastik digunakan di Amerika Syarikat setiap tahun. Itu lebih dari 1,200 beg pada penduduk AS, pada tahun.
  • Kira-kira100 bilion dari 380 bilion adalah beg plastik utk shopping.
  • Dijangka 12 juta barel minyak diperlukan untuk membuat beg plastik yang banyak.
  • Hanya 1 hingga 2% daripada beg plastik di Amerika Syarikat akhirnya dapat dikitar semula.
  • Ribuan haiwan laut dan lebih dari 1 juta burung mati setiap tahun akibat pencemaran plastik.
  • United Nations Environment Programme menganggarkan bahawa ada 46,000 keping sampah plastik terapung di setiap batu persegi laut.
  • Karung plastik sering keliru tertelan oleh haiwan, penyumbatan usus mereka yang menyebabkan kematian oleh kelaparan. Manakala binatang lain atau burung terjerat dalam beg plastik dan tenggelam atau tidak boleh terbang sebagai akibatnya.
  • Bahkan ketika mereka foto-mendegradasi di TPA, plastik beg sekali pakai tidak pernah hilang, dan zarah beracun boleh masuk ke rantai makanan ketika mereka dicerna oleh haiwan yang tidak curiga.
  • Pencinta Alam Sekitar (Greenpeace) mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 267 spesis laut yang diketahui telah menderita akibat terjerat atau menelan sampah laut. Hampir 90% dari sampah laut adalah plastik.
  • Amerika menggunakan beg kertas lebih dari 10 bilion pada tahun. Sekitar 14 juta pokok ditebang setiap tahun untuk pengeluaran beg kertas.
Langkah-langkah Mengatasi Bahaya plastik pada anak-anak
  • Karung plastik cucian kering harus diambil dari pakaian dan terus dibuang. Ia tidak harus dibiarkan di tempat tidur, di lantai atau di kerusi di mana seorang anak dapat menjangkaunya. Ia juga tidak harus dibiarkan pada baju yang digantung di almari.
  • Beg sampah plastik sepatutnya disimpan di dalam peti tertutup. Pastikan plastik tersebut tidak dibiarkan merata-rata sekiranya tidak digunakan.
  • Beg sampah plastik diisi dengan pakaian akan membunuh anak-anak yang jatuh dari satu tempat atau berguling ke tempat lain semasa tidur.
  • Simpan plastik shopping anda dan beg plastik yang lain dari capaian kanak-kanak setiap masa. Jangan sesekali meninggalkan sebarang beg plastik di tempat tidur anak.
  • Jangan sarungkan bantal anak-anak dengan beg plastik.
Buat semua parents dan readers yang Azu sayang selalu..lindungilah dan sayangi si cilik kita. Harap info ni memberi peringatan pada Azu sendiri dan kawan-kawan lain.

Share n Luv from Azu~

Sumber:

Monday, May 23, 2011

Pameran Dinor’s Alive di Pusat Sains Negara sampai 31 Mei 2011 sahaja!


Salam dan hai readers,

Baru-baru ni Azu n family hubby Azu pegi Pusat Sains Negara (PSN). Memang xplan pun, kebetulan mak abah mentua datang, nk jalan2 ngan cucu, jadi singgahla PSN. Azu teringat dulu masa Azu darjah 6 kot pernah datang sini sekali ikut rombongan sekolah. Memang best, time tu berharap satu hari nanti, Azu akan sampai lagi..kali ke2 Azu datang ngn boyfren Azu (hubby la sekarang!) Ha, harapan Azu termakbul bila Azu sampai lagi kat sini utk kali ke 3.

Rupa-rupanya PSN ada buat pameran khas iaitu ‘Walk Through Time With Us in DINOR’S ALIVE!’ sejak 1 Dis 2010 lagi. Dulu masa sekolah2, Azu akui memang minat bab sains ni, tp sekarang walaupun bidang Azu dah melangkau jauh, minat pd sains tu tak pernah pudar dlm diri Azu. Ha, tiket masuk dewasa RM6, kanak-kanak (7-12thn) RM3..baby cm Aijaz free aja. Kalo ade abang atau kakak keje sana pun insyaallah boleh masuk free gak!hehe




Masuk je pintu pagar si Aijaz dah jumpa 2 ekor Dinasour. Nampak memang cam real, tapi jangan bimbang dino (tu nama glamor) tetap berdiri di tempatnya, hanya kepala saja yg bergerak sambil mulutnya melepaskan asap kecil cm api le kononnya dan berdengus agak kasar. Aijaz tarik, pegang tudung Azu dengan kuat..agaknya takut ngn dino tu kot! Budak 10 bulan++ kan, memang takut bunyi yang pelik pada dirinya.

Jom tengok gambar2 lain Azu sempat snap sepanjang kami disana!

 pic ats: Aijaz, astronout to be!, insyaallah
 pic ats: the real bear is at the bottom, the upper is only our floating imaginary
 pic ats: boleh setting di belakang cermin tu, nak rendah ke, tinggi ke, gemok ke kurus ke..hehe
 pic ats: tricky mirror..bape kali Azu langgar cermin tu, nk cari jalan kuar ni.
 pic ats: masukkan tangan dlm gelong biru tu, pastu dengar muzik merdu..emm mmg best!
 Pic ats: pijak kepingan piano giant tu, pastu berterabur la bunyi yg keluar kalo salah pijak..Aijaz dance with her ummie!heh
 pic ats: bola terapung ikut angin kuat keluar dari lubang tu
 pic ats: macam sel2 otak kita kan, sentuh dgn jari n it will connect to u!
pic ats: ikan besar dh lari daa

Tahukah anda?
Masa operasi PSN dari pukul 9 pagi – 5 petang, hari Isnin hingga Ahad (cuti sekolah pun dibuka tau kecuali keluar pengumuman cuti am!)

Ada akuarium ikan yang besar dimana terdapat ikan-ikan besar, rasanya tak boleh mengatasi Aquaria KLCC kot!

PSN menyediakan lebih dari 1,000 bahan pameran bercorak interaktif.

Cepat-cepat datang tau, pameran dinasour ni ade sampai 31 Mei 2011 sahaja!

Nak maklumat lanjut, sila jengah ke website PSN dibawah ye!

Share n Luv from Azu!

Sumber:

Wednesday, May 18, 2011

Mengesan Benar atau Bohong melalui BAHASA TUBUH!



Salam dan hai readers..




Baru-baru ni Azu ngan hubby layan Astro History bertajuk “Body Language”. Kenin Hogan, Ahli Bahasa Tubuh menyatakan tahukah anda bahasa tubuh boleh memberi petunjuk adakah seseorang itu yang sebenarnya? Benar atau Salah?

Adakah anda ingin tahu apakah seseorang menyukai anda atau tidak, bahkan sebelum mereka mengucapkan sepatah kata pun?

Adakah anda ingin tahu fikiran dan perasaan seseorang dengan membaca bahasa tubuh mereka?

Jika anda menjawab "ya" untuk salah satu soalan di atas, maka ini boleh menjadi mesej yang paling penting yang pernah anda baca dalam hidup anda. Ini alasannya.

Ini bermakna anda boleh hampir tahu apakah mereka sedang jujur ​​atau berbohong ... jika mereka menyukai anda atau tidak ...
atau apa pun mereka mungkin berfikir atau perasan saat ini - hanya dengan mengamati tindakan mereka dan gerakan tubuh! Menakjubkan, bukan?



Tapi itu belum semua ...


Kerana komunikasi nonverbal adalah antara 60 hingga 75% dari kesan mesej, anda boleh menggunakan kekuatan bahasa tubuh menjadi sangat berjaya ... dalam kerjaya anda,, hubungan perniagaan, kehidupan cinta, dan hal lain yang melibatkan berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang.

Dah mencuba?

Isyarat bahasa tubuh Anda juga boleh mempengaruhi apa yang orang lain mungkin berfikir atau merasa tentang anda. Jika tekniknya betul, anda akan disukai dan dipercayai. Tetapi jika sebaliknya, anda akan dibenci!

Contohnya, jika anda mempunyai kebiasaan menyentuh hidung anda, orang boleh melihat bahawa sebagai tanda penipuan. (huh..yaka..memang tak disangka!)



Tahukah anda?

Lelaki dan wanita berperilaku dan bertindak balas terhadap gerakan tubuh dengan cara yang berbeza. Jadi, adalah penting bagi anda untuk sesuai dengan bahasa tubuh anda bergantung pada jenis kelamin dari orang yang anda temui, atau anda boleh merosakkan hubungan atau perniagaan tanpa menyedarinya.

Langkah TAHU Bahasa Badan?

  • Beri Perhatian kepada sesiapa yang mendekati Anda 
       Semakin dekat dia pada anda, memang dia benar-benar ingin bercakap dan selesa dengan anda. Sekiranya anda menjauhi dirinya, tandanya anda tidak berminat untuk berbicara dengannya.

  • Perhatikan kedudukan Kepala
       Apabila seseorang merendahkan kepala di hadapan anda, tandanya dia menyembunyikan sesuatu dari anda. Mungkin juga dia menundukkan kepala sekiranya dipuji, dia adalah seorang low profile.

  • Perhatikan Matanya
       Dari pandangan mata, kita dapat lihat penipuan, ketelusan, ketakutan atau terganggu. Sekiranya sedang berbicara, tetapi matanya ke lain. Mungkin itu tandanya dia tidak memberi perhatian.

  • Perhatikan Gerak Tubuhnya
       Jika seseorang itu sering dilihat mengikut gerak tubuh anda, pasti anda merupakan seseorang yang menarik perhatiannya!

  • Perhatikan Tangannya
       Sekiranya tangan seseorang itu disilang, mungkin dia tidak berminat untuk pengaruh sosial atau seorang pendiam. Adakan tangannya diletak di belakang kepala? Mungkin dia adalah seorang yang terbuka untuk membincangkan sebarang isu. Tangannya di pinggang? Aha orang itu memang tengah marah dan menunggu seseorang!

  • Perhatikan Alis Matanya
       Sekiranya kening seseorang itu naik, tandakan dia mungkin tidak setuju dengan apa yang anda katakan. Jika mereka menatap ke ruang angkasa, mungkin mereka tengah memikirkan masa depan.

  • Perhatikan Kaki
       Sekiranya mereka sering menyentuh kaki mereka dengan kaki anda, mereka sedang menggoda anda!

Tips Penting!

  • Sangat mudah untuk mencari orang yang dipercayai, mereka akan melakukan kontek mata yang lama dan mempunyai postur yang stabil.
  • Jika seseorang bercakap dengan cepat dan bergumam atau tidak jelas tentang apa yang diperkatakan, maka mereka adalah berbohong (berusaha untuk melewatkan waktu) atau tidak mengatakan kebenaran.
  • Lihat pada wajah, tanpa sedar dan spontan kadang-kadang cepat berkerut ketika sesuatu menganggu, mengghairahkan atau menghiburkan mereka.
  • Perlu diingat bahawa setiap orang mempunyai bahasa tubuh yang unik yang disebut perilaku awal.
  • Memberi perhatian khusus terhadap perubahan bahasa tubuh daripada bahasa tubuh itu sendiri.
  • Jika seseorang mengadap ke langit, mereka biasanya berfikir mengenai anda..(opps, yaka?)
  • Seseorang yang menyentuh wajah mereka dan bermain dengan rambut mereka adalah seorang penggoda!
  • Apabila seseorang itu, menutup matanya lebih lama dari masa berkelip biasanya dia tengah stress atau berputus asa!.


KESAN TAHU Bahasa Tubuh?
  • Menjimatkan banyak masa dengan hanya berurusan dengan orang yang anda suka atau kepercayaan. Dengan membaca bahasa tubuh, anda akan mengetahui suasana atau keperibadian seseorang ... sebelum mereka bahkan mengatakan apa-apa! 
  • Menjadi pengesan penipuan manusia. Hampir semua orang mengatakan terletak pada satu titik atau lain, jadi penting bagi anda untuk mengesan penipuan.
  • Cari dan tarik seseorang yang mempunyai kualiti yang anda suka. Tahu dahulu punca anda tertarik pada si dia atau menyukai anda, dan kemudian menggunakan bahasa tubuh yang tepat dan teknik daya tarikan untuk mengesankan dan memikat hati mereka! 

  • Tingkatkan kerjaya anda dan hubungan. Sekarang anda boleh membuatkan bos anda, co-pekerja, dan bahkan orang asing seperti anda melalui gerakan tubuh halus. Anda akan terkejut melihat betapa mudahnya untuk mendapatkan menaikkan atau promosi jika anda tahu seni membaca dan menggunakan bahasa tubuh. (azu memang tak pandai, tp kita boleh try kan?)

  • Gandakan jualan anda dan menjual kepada prospek yang memiliki peluang yang tertinggi membeli dari anda. Mengesan terlebih dahulu jika anda boleh berunding harga yang lebih baik pada sebuah kesepakatan, dan meningkatkan peluang anda untuk memenangi perundingan. 

  • Meningkatkan rasa percaya diri anda dan mengendalikan situasi apa pun setiap kali anda berinteraksi dengan orang. Sambung dengan orang asing dan membuat orang untuk bekerja sama dengan anda ... dalam masa datar! 

  • Membuat kesan pertama yang mempesona, dan langsung mendapatkan suka atau dipercayai pada pertemuan pertama anda. 
  • Jadi seorang ‘komunikator master’. Sebahagian besar masa, kata-kata tidak cukup. komunikasi anda akan jauh lebih berkesan dan difahami jika anda menyertainya dengan bahasa tubuh yang tepat.


Alangkah hebatlah kita sekiranya dapat mengesan maksud sebenar atau sebarang penipuan dari bahasa tubuh orang yang kita kenali, lagi hebat kalau kita dapat mengesan maksud tersirat gaya pemimpin kita berucap, berjalan dan tersenyum! Hah, apa lagi..jom kita cuba!

Share n Luv from Azu!

Sumber:


Tuesday, May 17, 2011

Terjaminkah Keselamatan Anak-anak Anda?

 Salam dan hai readers,
 
Tahukah anda?


Di Malaysia, kecederaan adalah penyebab utama kematian di kalangan kanak-kanak bawah umur 14. Data dari UK menunjukkan mereka yang paling menghadapi risiko kemalangan di rumah adalah kanak-kanak bawah empat tahun. 

Kini dan sekarang juga, semua parents perlu bersedia menghadapi si cilik kita meneroka persekitarannya tanpa cedera. Bagaimana ye? Jom Azu share2 artikel yg Azu baca baru2 ni.

Langkah Berjaga-Jaga


Bilik Tidur
  • Jangan letak bantal dalam katil bayi sehingga si cilik berusia 2 tahun. (azu letak bantal kat kaki buat capuk si Aijaz ja:)
  • Jangan biar si cilik tidur dalam keadaan meniarap.
  • Jangan ikat alat mainan ke buaian dengan tali kerana boleh melilit lehernya.
  • Simpan alat mainan yang besar di luar katil kerana si cilik boleh memanjatnya.
  • Pilih alat mainan diperbuat daripada bahan tanpa toksik, tak mudah terbakar, tidak berbucu tajam atau kepingan kecil yang ditelan.(walker tu dh bape kali buat aijaz jatuh, aijaz angkat kaki sebelah nk capai brg kt bwh spt pic sblh)



Dapur
  • Letakkan makanan dan minuman panas di bahagian tengah meja supaya tak dapat dicapai oleh anak kita. (Aijaz dah pandai jengket nak amik pinggan atas meja, pening2)
  • Jangan gunakan kain alas meja kerana anak boleh menariknya dan menumpahkan makanan ke atas dirinya.
  • Simpan perkakas tajam di dalam laci yang dipasang penyangkut.
  • Pastikan lantai tidak licin dan lap sebarang tumpahan.

    Bilik Mandi

  • Jangan tinggalkan anak mandi sendirian sehingga si anak berusia sekurang2nya dua setengah tahun.
  • Simpan cecair pencuci dan berus tandas dalam almari yang mempunyai selak. (ketahuilah parents semua, Aijaz 10 bln dah pandai buka penutup sabun dan dia masuk dalam mulutnya!nak pok ja tangan tp xsampai hati.huh)

    Kuasa Elektrik

  • Tutup suis peralatan elektrik apabila anda tidak menggunakan.
  • Jangan biarkan soket terpasang.

    Ruang Tamu

  • Elakkan meja berpermukaan gelas.
  • Pasang pagar keselamatan di atas dan bawah tangga. (rumah Azu xde tangga..lega jap)
  • Pasangkan pelindung berkusyen kepada semua sudut meja kopi dan meja tulis yang tajam. (Aijaz penah terhantuk kt bucu tajam..Azu sedih tgk dia nangis kuat2)
  • Awasi barang-barang yang boleh mengepit jari, seperti engsel pintu, bangku seterika dan kerusi anduh. Fikirkan jika perlu membeli pelindung engsel. 

    Taman Permainan

  • Jangan biarkan anak bermain seorang diri tanpa pengawasan dari orang dewasa.
  • Jangan biar anak anda bermain di kawasan yang baru disembur racun serangga atau semburan nyamuk (ala yg selalu Majlis Perbandaran buat lepas hujan tu utk elak nyamuk aedes)

    Kereta

  • Gunakan 'baby car seat' yang telah diluluskan untuk usia dan berat anak anda. (Aijaz dh try2 nk buka lock kt car seat dia, mulut Azu ni cm burung murai dah melarang si Aijaz tu.sabo jela)
  • Pasangkan kunci penahan kanak-kanak pada pintu kereta. (bukak pintu, lock tu di tengah antara pintu dalam dan luar, mulanya Azu xtau..hubby yg bagitau..Azu tau bawak kete ja..huh)
  • Jangan biarkan anak bersandar keluar dari tingkap kereta.
  • Jangan biarkan anak bersendirian dalam kereta lebih daripada beberapa ketika.
  • Periksa kedudukan anak anda sebelum mengundurkan kereta.

    FIKIRKAN JUGA...

  • Kebakaran domestik merupakan satu daripada risiko terbesar bagi kanak-kanak. Kanak-kanak yang bermain dengan mancis dan pemetik api kerap mencetuskan kebakaran rumah.
  • Pasang penggera asap dan periksanya secara kerap. Pengesan asap yang berfungsi boleh mengurangkan kebarangkalian mati akibat kebakaran sebanyak 50 peratus.
  • Setiap tahun, beratus kanak-kanak dirawat berhubung kecederaan akibat kejatuhan. Sebaik saja bayi anda mula merangkak, anda mungkin memerlukan get keselamatan untuk mencegah dia daripada memasuki bilik-bilik yang dilarang.
  • Insiden lecur air dan api bagi bayi (2thn kebawah) adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak dan orang dewasa. Kebanyakan kelecuran disebabkan minuman panas tertumpah. Ingatlah bahawa minuman panas masih boleh melecurkan kanak-kanak walaupun 15 minit selepas disediakan.

  • Jika anda duduk di apartmen bertingkat tinggi, fikirkan tentang pemasangan gril keselamatan pada tingkap dan balkoni anda. 


Bila memikirkan sesuatu eksiden terjadi pada anak-anak kita, Azu jadi takut dan kekadang over 'control' si Aijaz ni (ummie Aijaz mmg nervous bab2 eksiden ni, sape xsayang anak wehh). Azu harap Azu dan hubby mampu melindungi Aijaz dan selamat sepanjang berada di rumah dan di luar. Insyaallah. Kepada semua parents, lindungi dan sayangi si cilik anda ye!:)..(pic bwh:safety 1st cm abah aijaz)


Share and luv from Azu!

Sumber:

Babycenter Malaysia
Majalah PaMa Jun 2010

Monday, May 16, 2011

Sejarah Hari Guru!


Salam dan hai readers!


16 Mei.. Tarikh keramat di mana semua penduduk di Malaysia meraikan Hari Guru. Di beberapa negara, Hari Guru bertujuan sebagai hari khusus untuk menghargai para guru. Hari Guru di rayakan di seluruh dunia pada tanggal 5 Oktober. Menyedari status kepentingan guru, guru telah diiktiraf oleh UNESCO, dengan mengadopsi "Rekomendasi mengenai status guru", maka Hari Guru telah dirayakan setiap tahun. Ini termasuk perayaan untuk menghormati para guru untuk sumbangan khusus mereka dalam bidang tertentu atau masyarakat pada umumnya.


Sejarah Hari Guru di Malaysia

Tarikh ini dipilih kerana pada hari yang sama pada tahun 1956, Majlis Perundangan Persekutuan Persekutuan Malaya mengesahkan Laporan Razak, salah satu daripada empat laporan Jawatankuasa Pendidikan mengenai pendidikan di Malaysia. Dokumen, yang dikenali sebagai Laporan Razak selepas Tun Abdul Razak yang merupakan Menteri Pendidikan pada waktu itu, menjadi dasar pendidikan di Malaysia sejak itu. Meskipun bukan merupakan hari cuti rasmi sekolah, perayaan biasanya diadakan pada 16 Mei atau sebelumnya, jika jatuh pada hari Sabtu atau hari minggu.

Azu masih ingat lagi, setiap hari guru diraikan di sekolah, Azu mesti dah standby hadiah buat guru2 yg Azu sayang (yg lain tu xbagi pasal xcukup bajet, opps!) Tapi, kenyataannya semua guru2 Azu sayang. Thah kenapa, kebanyakan guru2 yang pernah mengajar Azu merupakan cikgu yang penyayang, kasih dan sangat mengambil berat tentang anak-anak muridnya. Salah satu buktinya..hari tu hari sukan, abis event, cm biasa Azu tunggu abah amik kt pagar sekolah. Sampai rasa cm xde sape kt sekolah tu, kelibat abah mmg xnampak. (dulu xde hp, xleh calling2, phonebooth jauh plak..alasan budak darjah 2 cm AzuJ). Tetiba Nampak cikgu BM ngn ketenya stop depan2 Azu duduk.(cikgu pompuan tau) Dgn penuh simpati, cikgu tanya Azu, abah xamik lagi ke, kalo belum, jom cikgu hantarkan. Azu terus setuju! Xfikir ape dh, yg penting sampai umh..maklumla jauhnya cm PWTC nk pegi SOGO gak sambil layan JAM..hehe.

Itulah pengalaman manis Azu. Ape pon Azu sayang cikgu2 Azu dan semua cikgu2 di seluruh dunia! Azu pun harap dapat jadi cikgu pertama tuk si cilik Aijaz!

A great word to all beloved teachers…Wish you a great, prosperous, blissful, healthy, bright, mind blowing, energetic, terrific and extremely happy Teacher’s Day!!~laxman_gnawali


Sumber:



Image: google

Wednesday, May 11, 2011

Perkembangan bayi 10 bulan


Perkembangan bayi anda semasa usia 10 bulan

Salam dan hai readers, ikuti perkembangan si cilik kita pada usia 10 bulan..Semakin mencabar dan menyeronokkan bagi ibu bapa seperti kita kan bila tengok si clik membesar sihat dan aktif. okeh..pe lagi?jom baca2.


Melakukan pergerakan yang lebih banyak 



Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, (pic sebelah: tempat panjat & tmpt jatuh fav si aijaz, huh) dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan. 


Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga (lega umh Azu xde tangga, kalo x jenuh Azu kejar aijaz turun naik tangga, pheww). Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi. Tunggu yee!



Memegang dengan jari-jemarinya 

Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik. (pic bawah: Aijaz pegang buku 1 2 3 dah belajar selak2 buku tu pastu mkn..sabo jelah)


Personaliti yang berkembang 

Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. (haha, part ni mmg azu suka, Aijaz peluk azu sekuat2nya bila dia xmau kt org tu, hah anak omak!) Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya. 


Menangani ketakutan bayi anda 

Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. (Aijaz mmg cukup takut bunyi vakum, tetiba nangis kuat2 bila abahnya pasang vakum, layanzz) .Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya. (pic bwh: nampak ke ade budak kecik memanjat ngn jayanya, huh)


Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’ 

Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul. (suke dengar Aijaz membebel, mmg xpaham sepatah pun..tp sweet kan)


Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." (eh, mmg sama la ayat Azu sembang ngn Aijaz..nilah anak ummie suke sembang n celoteh). Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu. 



Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. (hah, kejap je jadi kalo buat kt aijaz, dia leka jap pastu waaaaaa, sabo2) Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas. 



Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya (aijaz masih in progress agaknya, xpenah nmpk dia tepuk tangan lagi, hope soon!) apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan). 

Share n Luv from Azu!

Sumber:

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je