The best follower!

Wednesday, May 4, 2011

Keldai Dadah?


Apa itu Keldai Dadah?

Keldai dadah merujuk kepada seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk menjadi kurier, membawa dadah atau barang seludup ke negara lain. Taktik ini mengurangkan risiko pengedar/penyeludup dadah itu ditangkap. Kaedah penyeludupan temasuklah menyembunyikan barang dalam kenderaan, bagasi atau pakaian, mengikat pada badan, ataupun dengan menelannya.

Mengapa Wanita Malaysia terus jadi Keldai Dadah antarabangsa?


Dasar langit terbuka Malaysia, globalisasi dan teknologi terkini di dunia membantu memudahkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa mengaktifkan rangkaian mereka.

Oleh itu, orang ramai jangan terlalu mempercayai rakan yang baru dikenali, terutama menerusi Facebook, sehingga ada yang terpengaruh menjadi keldai dadah atau melakukan jenayah lain, walaupun pihak berkuasa berkali-kali memberi amaran mengenai sindiket yang mendalanginya.


Termakan pujukan rakan lama untuk memulakan perniagaan spa, seorang ibu beranak lima kini merengkuk dalam penjara Southport Watchhouse, Gold Coast, Australia, selepas ditahan atas kesalahan menyeludup 75 bungkusan dadah.

Roslaila Abd Aziz (pic disebelah) , 35, berasal dari Kampung Sungai Tambahan, Gugusan Manjoi dekat sini, dipercayai dipaksa menelan dadah itu oleh sindiket pengedaran dadah yang didalangi dua lelaki warga Afrika di Kuala Lumpur.
 
Turut melibatkan gadis dari Sabah, Cristina Luke Niju yang kini ditahan di China selepas ditangkap membawa dadah di lapangan terbang negara itu, beliau menasihatkan wanita khususnya agar tidak terpedaya dengan janji manis orang yang baru mereka kenali.(pic disebelah: Nur Dhiya & pic kecil: Cristina)

Cristina, 22, seorang pelajar politeknik di sini yang dikatakan berkawan dengan seorang lelaki warga Afrika menerusi laman sosial juga dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang.

Siapakah Geng Penyeludup Dadah?

Hasil pemantauan Jabatan Narkotik Polis Diraja Malaysia mendapati ramai daripada mereka yang terlibat ialah rakyat Negara Afrika Selatan, Nigeria, Pakistan, Peru, India dan Iran yang memperdagang pelbagai jenis dadah.

Bergerak dalam kumpulan kecil atau individu, warga Afrika Barat antara yang paling dominan dikesan menggunakan wanita untuk dijadikan teman wanita yang kemudian digunakan untuk menyeludup dan mengedar dadah.

Taktik Geng Penyeludup Dadah?

Daripada tangkapan yang dilakukan polis mengenal pasti beberapa kaedah popular -- 'Body Packed" atau melekatkan dadah pada badan dan menelan dadah.

Antara taktik lain ialah menggunakan sabun mandi yang ditebuk untuk dimasukkan dadah, bingkai gambar, komputer riba dan yang terbaru kaedah menggunakan baju yang direndamkan ke dalam cairan dadah.

Memang menakutkan. Berhati-hatilah semua wanita terutamanya dengan Mat Black (Africa man) yang menjanjikan pelbagai kemewahan!

Share n Luv from Azu!

Sumber:







No comments:

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je