The best follower!

Sunday, May 8, 2011

Perkembangan Bayi 9 bulan (3-4 minggu)

Salam dan hai readers,

Aijaz lagi 2 minggu nk masuk 10 bulan. Azu lah orang paling berdebar menunggu setiap detik perkembangan emas si Aijaz. Anda macamana? Are u ready guys? jom....kita ENJOY!!

Bayi 9 bulan 3 minggu

Aijaz suka gigit grill tingkap Azu..budak dah ada 2 batang gigi ni memang tak boleh biar mulut kosong. Semua benda nak dimasuk ke mulut kecik dia.Kekadang kalau si cilik kita 'menghilang', mungkin boleh jumpa dia di ruang belakan sofa ke, kat peti dapur ke? Pada usia 9 bulan 3 minggu, dia adalah seorang 'penjelajah' untuk ketahui betapa besarnya dunia ini. Sifat ingin tahunya berkembang serta timbul rasa bimbang pada orang asing semakin terserlah. Baru-baru ni Azu gi solat tanpa Aijaz perasan, bila dia perasar Azu kuar dari bilik tu, tetiba ja menjerit dan menangis. Padahal tak buat, cubit ape2 pon. Sabar je lah. Ingat, si kecil anda berfikir itulah saat paling menakutkan bila anda berjauhan darinya! Tapi hari demi hari, si cilik akan mula percaya pada dirinya dengan membesar justeru kehadiran anda dapat menyokong dirinya!

9 bulan 4 minggu

 
Pada usia 9 bulan 4 minggu, Aijaz dh mula berceloteh atau mengomel dengan bahasa nya sendiri. (sungguh Azu xpaham.dia sorang ja phm.hehe). Mungkin anda faham satu dua dari perkataan emas nya.(untung korang!he). Biasanya bayi ucapkan kata-kata pertama mereka (sering "mama" atau "dada") beberapa kali antara sembilan dan 15 bulan. (Aijaz selalu pggl abah ja, ummie xpenah dgr lagi..sedey2). Sekiranya si cilik anda belum bicara seperti di atas, mungkin sebab dia geli dan ekspresikan dirinya dengan cara lain. Kekadang berteriak dalam kekecewaan atau jatuhkan mainan untuk mengalih perhatian anda. (kalau kita perasan la, budak2 memang suke tarik perhatian kita, layanzz jelah).

Ha itulah perkembangan yang ringkas dari si cilik Aijaz, anak-anak readers sume macamana pulak? Exited kan nak tunggu the next progress from si cilik kita!


Share n Luv from Azu!

Sumber:

http://www.babycenter.com.my/baby/development/09mth/

No comments:

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je