The best follower!

Tuesday, May 17, 2011

Terjaminkah Keselamatan Anak-anak Anda?

 Salam dan hai readers,
 
Tahukah anda?


Di Malaysia, kecederaan adalah penyebab utama kematian di kalangan kanak-kanak bawah umur 14. Data dari UK menunjukkan mereka yang paling menghadapi risiko kemalangan di rumah adalah kanak-kanak bawah empat tahun. 

Kini dan sekarang juga, semua parents perlu bersedia menghadapi si cilik kita meneroka persekitarannya tanpa cedera. Bagaimana ye? Jom Azu share2 artikel yg Azu baca baru2 ni.

Langkah Berjaga-Jaga


Bilik Tidur
  • Jangan letak bantal dalam katil bayi sehingga si cilik berusia 2 tahun. (azu letak bantal kat kaki buat capuk si Aijaz ja:)
  • Jangan biar si cilik tidur dalam keadaan meniarap.
  • Jangan ikat alat mainan ke buaian dengan tali kerana boleh melilit lehernya.
  • Simpan alat mainan yang besar di luar katil kerana si cilik boleh memanjatnya.
  • Pilih alat mainan diperbuat daripada bahan tanpa toksik, tak mudah terbakar, tidak berbucu tajam atau kepingan kecil yang ditelan.(walker tu dh bape kali buat aijaz jatuh, aijaz angkat kaki sebelah nk capai brg kt bwh spt pic sblh)



Dapur
  • Letakkan makanan dan minuman panas di bahagian tengah meja supaya tak dapat dicapai oleh anak kita. (Aijaz dah pandai jengket nak amik pinggan atas meja, pening2)
  • Jangan gunakan kain alas meja kerana anak boleh menariknya dan menumpahkan makanan ke atas dirinya.
  • Simpan perkakas tajam di dalam laci yang dipasang penyangkut.
  • Pastikan lantai tidak licin dan lap sebarang tumpahan.

    Bilik Mandi

  • Jangan tinggalkan anak mandi sendirian sehingga si anak berusia sekurang2nya dua setengah tahun.
  • Simpan cecair pencuci dan berus tandas dalam almari yang mempunyai selak. (ketahuilah parents semua, Aijaz 10 bln dah pandai buka penutup sabun dan dia masuk dalam mulutnya!nak pok ja tangan tp xsampai hati.huh)

    Kuasa Elektrik

  • Tutup suis peralatan elektrik apabila anda tidak menggunakan.
  • Jangan biarkan soket terpasang.

    Ruang Tamu

  • Elakkan meja berpermukaan gelas.
  • Pasang pagar keselamatan di atas dan bawah tangga. (rumah Azu xde tangga..lega jap)
  • Pasangkan pelindung berkusyen kepada semua sudut meja kopi dan meja tulis yang tajam. (Aijaz penah terhantuk kt bucu tajam..Azu sedih tgk dia nangis kuat2)
  • Awasi barang-barang yang boleh mengepit jari, seperti engsel pintu, bangku seterika dan kerusi anduh. Fikirkan jika perlu membeli pelindung engsel. 

    Taman Permainan

  • Jangan biarkan anak bermain seorang diri tanpa pengawasan dari orang dewasa.
  • Jangan biar anak anda bermain di kawasan yang baru disembur racun serangga atau semburan nyamuk (ala yg selalu Majlis Perbandaran buat lepas hujan tu utk elak nyamuk aedes)

    Kereta

  • Gunakan 'baby car seat' yang telah diluluskan untuk usia dan berat anak anda. (Aijaz dh try2 nk buka lock kt car seat dia, mulut Azu ni cm burung murai dah melarang si Aijaz tu.sabo jela)
  • Pasangkan kunci penahan kanak-kanak pada pintu kereta. (bukak pintu, lock tu di tengah antara pintu dalam dan luar, mulanya Azu xtau..hubby yg bagitau..Azu tau bawak kete ja..huh)
  • Jangan biarkan anak bersandar keluar dari tingkap kereta.
  • Jangan biarkan anak bersendirian dalam kereta lebih daripada beberapa ketika.
  • Periksa kedudukan anak anda sebelum mengundurkan kereta.

    FIKIRKAN JUGA...

  • Kebakaran domestik merupakan satu daripada risiko terbesar bagi kanak-kanak. Kanak-kanak yang bermain dengan mancis dan pemetik api kerap mencetuskan kebakaran rumah.
  • Pasang penggera asap dan periksanya secara kerap. Pengesan asap yang berfungsi boleh mengurangkan kebarangkalian mati akibat kebakaran sebanyak 50 peratus.
  • Setiap tahun, beratus kanak-kanak dirawat berhubung kecederaan akibat kejatuhan. Sebaik saja bayi anda mula merangkak, anda mungkin memerlukan get keselamatan untuk mencegah dia daripada memasuki bilik-bilik yang dilarang.
  • Insiden lecur air dan api bagi bayi (2thn kebawah) adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak dan orang dewasa. Kebanyakan kelecuran disebabkan minuman panas tertumpah. Ingatlah bahawa minuman panas masih boleh melecurkan kanak-kanak walaupun 15 minit selepas disediakan.

  • Jika anda duduk di apartmen bertingkat tinggi, fikirkan tentang pemasangan gril keselamatan pada tingkap dan balkoni anda. 


Bila memikirkan sesuatu eksiden terjadi pada anak-anak kita, Azu jadi takut dan kekadang over 'control' si Aijaz ni (ummie Aijaz mmg nervous bab2 eksiden ni, sape xsayang anak wehh). Azu harap Azu dan hubby mampu melindungi Aijaz dan selamat sepanjang berada di rumah dan di luar. Insyaallah. Kepada semua parents, lindungi dan sayangi si cilik anda ye!:)..(pic bwh:safety 1st cm abah aijaz)


Share and luv from Azu!

Sumber:

Babycenter Malaysia
Majalah PaMa Jun 2010

3 comments:

nanonano said...

sapen plak bile bc ni,
rase tergugat je keselamatan ank kt rumah tu,
sbb slama ni mc xambik endah sgt semua hal, huhu
insaff..
lepas ni kene lebih alert lg, :)

azu said...

hai nanonano,

mmg saspen bila dgr bunyi jatuh kt umh tu..budak2 kecik ni mmg kene jeling2 sllu. Hah, pasni kita jadi alert parents ya!thanks 4 reading!

zie~azharizalira'z said...

waah ,memang selamat laa abah aijaz tu haa, nek tgga pon pkai helmet,,kekeke

aijaz da terrer capai mencapai atas meja eak,, comel je,,:D

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je