The best follower!

Thursday, June 16, 2011

Gerhana bulan 15 Jun 2011 Menakjubkan!


Salam dan hai readers,


Gerhana bulan semalam adalah salah satu keajaiban! Gerhana bulan wujud apabila bulan melalui sebahagian daripada baying-bayang bumi. Kejadian ini Cuma boleh berlaku ketika bulan purnama atau bulan penuh, dan apabila matahari, bumi dan bulan terjajar pada satu barisan yang sama atau sangat-sangat hampir. Jenis dan panjang suatu gerhana bulan bergantung pada kedudukan bulan yang relatif kepada nod orbitnya. Gerhana bulan terkini ialah pada semalam 15 Jun 2011.


Beruntung rasanya Azu bila si budak kecik, Aijaz kejutkan ummienya semalam, pukul 2.40 pagi. Biasalah bila dah basah, dah tukar pampers pun susah nak tidur balik. Sambil tepuk-tepuk si Aijaz, terpandang luar tingkap nun jauh disana bulan jelas terlihat bulan dengan 2 warna iaitu kirinya hitam dan kanannya kelabu. Langit di sekelilingnya cerah bagai ingin menyaksikan bersama keindahan gerhana bulan penuh malam itu. (macam foto diatas, hampir sama!) Sangat cantik dipandang untuk 10minit, lepas tu hilang entah kemana. Agaknya masa tu bulan tu 'transform' kot! Azu tak sempat snap pic tu bila jenuh pujuk si Aijaz tidur. Tak kisahla, asal dapat tengok dah memadai.


Ha, itu di Malaysia. Azu terbaca jugak tentang separa gerhana bulan penuh terjadi malam semalam di Belgrade, Serbia untuk memulakan sejumlah bulan gerhana penuh. Kejadian gerhana bulan tersebut merupakan yang paling lama dan hanya dilihat dalam lebih dari satu dekad.(lihat foto dia atas)

“Laluan bulan sedang melalui bayang-bayang bumi hampir secara langsung melalui pusat bayang-bayang itu, menghasilkan jalan terpanjang supaya tempohnya lebih lama,” kata Ben Burress, kakitangan astronomi dari Chabot Space & Science Centre di Oakland, California.

Gerhana bulan terakhir yang sangat panjang tempohnya adalah pada tahun 2000 dan yang akan datang dijangka pada tahun 2018 dan hal ini menjadikan kejadian gerhana bulan penuh paling panjang tempohnya adalah sangat jarang dilihat.

Nota: Teringat kecil-kecil dulu, Azu lah orang pertama yang sangat teruja untuk melihat gerhana bulan pada malam hari, tapi esoknya orang paling sedih sebab tunggu gerhana bulan dengan mata terpejam..tidur le tu..huhu. insyaallah ada peluang  2018 nanti, MESTI TENGOK tau!

Share n Luv From Azu!

Sumber:
Laporan dari Andrew Fazekas, http://news.nationalgeographic.com
Gambar oleh Marko Drobnjakovic, AP

2 comments:

zie_ira said...

hukhuk, da selamat kroihh2,, tebangun kol 2 lebih,,tp x teringat pon nk tengok,,huu,,sobs2

azu said...

huhu..yaka ira..ngah tension tepuk aijaz la terpandang bulan kt tingkap.kalo x, mmg xhingat!tq aijaz..hikhik

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je