Salam dan hai readers,
Jom tengok-tengok perkembangan anak-anak kita. Dah sebelas bulan ke, tak lama lagi nak celebrate befday! Yeay!
Berdikari secara fizikal
Tahap berdikarinya makin meningkat walaupun si kecil masih memerlukan perhatian dan jagaan anda. Hal ini jelas apabila melihat dia berdiri, membongkok dan mencangkung. Macam si Aijaz, dah boleh berjalan bila dipimpin tangannya dan sepatutnya sudi menghulurkan tangan dan kaki untuk dipakaikan baju, tapi bukan pada Aijaz. Entahla kenapa liat sangat si Aijaz bab-bab pakai baju ni. Sangat teruja bila si kecil juga boleh memegang cawan dan minum sendiri serta menyuap makanan dari pinggan sendiri walau ada kalanya sesetengah bayi lagi masih berusaha ke arah itu.
Situasi menariknya, anda perlu mengelak dari terkena cawan dan pinggan yang dibaling oleh si kecil. Si kecil selalunya nampak gembira bila cawan dan pinggan itu jatuh dengan bunyi yang menarik lalu diangkat oleh kita sendiri. Hah, macam Aijaz sampai Azu kena pastikan dia tak mengantuk sangat bila masa makan. Kalau tidak semua ditangan dilemparnya.
Buku untuk si pembaca kecil
Bayi akan seronok melihat buku walaupun dia masih belum pandai membacanya. Si kecil akan mengulangi untuk menyelak buku kegemarannya!
Membentuk peribadinya sendiri
Bayi akan mula asertif dengan adik beradiknya dan mula menyertai permainan secara selari (tapi bukan bersama kanak-kanak lain). Dia juga akan memilih selimut atau anak patung lembut sebagai objek keselamatan untuk mendampinginya. Rasanya Aijaz tak ada objek cam gitu, tapi dia suka sembam mukanya pada bantal dan bergolek-golek di atasnya.
Tiba masanya untuk menetapkan batasan
Bayi akan sudah boleh memahami arahan mudah dan sengaja memilih ‘tidak’ mendengar cakap anda melarang ‘tidak boleh’. Walaupun bayi akan lupa arahan anda pada esok hari, namun itu bukanlah terlalu awal untuk menetapkan batasan dan mula mengajarnya apa yang betul dan apa yang tidak. Macam Aijaz, cakap ‘tidak’ aje, lepas beberapa saat, mula lah dia ulang balik perbuatan itu. Sabar lah wahai ummie Aijaz!
Kita sebagai ibu bapa juga perlu menunjukkan cara yang betul selepas arahan ‘tidak’. Contohnya, ‘Aijaz jangan semakkan mainan’. Lebih baik kiranya kita mengajar dia menyusun kembali barang permainannya ke tempat asal. Kan lebih baik?
Bercakap Tak Terhingga
Terdapat bunyi-bunyi perkataan yang mirip perkataan yang akan diungkapkan oleh bayi anda dan ia digunakan secara berkesan. Keupayaan tumbesaran otak bayi dapat menggalakkan minat terhadap bahasa dan akan mendengar bersungguh-sungguh dan membalas kata-kata celotehnya. Interaksi dua hala ini amat penting. Azu selalu main tepuk tangan dan main cak-cak kejap nampak kejap tak nampak dengan Aijaz. Dia suka sangat. Tahukah anda permainan ini dapat membantu menajamkan daya ingatannya.
Si Aijaz juga dapat mengajuk bunyi perkataan dan tingkah laku tertentu dan pastinya dia juga dapat memahami arahan mudah seperti ‘ bagi ummie puting Aijaz’, ‘ambil bola tu’. Bantu si kecil kita belajar dan memberinya arahan mudah untuk diikuti.
Hargailah masa emas bersama anak kecil kita kerana ia terlalu singkat dan kini komunikasinya berkembang amat pantas.
Share and Luv from Azu!
Sumber:
4 comments:
huu,, memang cepat perkembangan bayi2 nih,, tau2 da boleyh berjalan je aijaz,,xpuas rse tgok aijaz golek2,,,kekekeke,:D
kak zura,,nnti leyh celebrte birthday same2,,^_^,,july2 ,,ehehe,,:D
ira, tau xpe..k.zura pn xsedar cepat betul.hah..mesti celebrate sama2 ye bln 7 nnti.aijaz pn sukee:)
he..he..baby comel sgt..putih n cute
thanks ayanuts.azu pun jenuh gomel budak kecik tu..hehe
Post a Comment