The best follower!

Friday, August 26, 2011

Seronok ke Raya Berdua?

Salam dan hai readers,

Menghitung hari setiap detik waktu menjelangnya hari raya beberapa hari lagi, terkenang pulak Azu saat-saat Azu beraya berdua dengan en hubby. Sudah dua tahun Azu beraya dengan en Hubby dan akan menjadi tahun kedua tahun ini beraya bersama si kecil Azu, Aijaz Nazeef.

~tahun pertama raya di Perak~

~pastu di melaka kat Pantai Tanjung Bidara, bersama adik ira dan anak-anak buah yang lain~

Memang seronok bila beraya berdua ni, haha bukannya apa..seronok macam honeymoon ja kan. Kemana-mana pun berkepit macam belangkas. Kalau bab-bab persiapan raya ni memang selalunya mewah. Shopping 3-4 helai baju raya, tudung raya, kasut raya berpasang-pasang untuk pastikan 'matching' di hari raya nanti bersama en hubby. Bila di pagi hari raya pulak, persiapan diri dan en hubby mestilah tip top kan. Bersalam-salaman bersama en hubby sambil mintak duit raya..hehe.

Tapi kenikmatan itu cuma di tahun pertama sejak kami beraya berdua. Kenikmatan berganda untuk kami berdua bila dikurniakan cahayamata terindah 2 bulan sebelum Hari Raya tahun lepas. Biarpun masa senggang kami berdua semakin sempit kerana melayan si kecil namun kegembiraan bersamanya bisa menolak semua itu. Kali pertama kami sebagai ibu bapa buat si kecil bukannya perkara mudah tapi kerana pertolongan ahli keluarga yang lain membuatkan kami lebih tabah menghadapinya.


Alhamdulillah. KurniaanNya iaitu Aijaz Nazeef telah kami mengajar kami banyak perkara dan memperbaiki kelemahan dan kekurangan kami sebelum ini. Kalau dulu, belanja memang tak hengat~itu Azu kecuali en hubby.hehe. Persiapan hari raya juga dibuat sesimple yang boleh kerana perbelajaan si kecil turut menjadi keutamaan kami sekarang. Kalau boleh biar si kecil dapat baju raya, kasut dan segala-galanya terlebih dahulu sebelum kami. Kegembiraan si kecil adalah kegembiraan kami. Sukar digambarkan dengan kata-kata kan..? Bila dah jadi ibu bapa...itulah perasaan yang kami alami~

Hari Raya akan tiba tak lama lagi, semua baju raya si Aijaz. Tak lupa sampin dan songkok raya turut lengkap buat Aijaz Nazeef beraya buat kali kedua dalam hidupnya. Persiapan kami tidaklah terlalu mewah tapi masih tetap bergaya seperti raya sebelumnya. Pentingnya mestilah sedondon kan~Paling menyeronokkan bila tahun ni kami akan beraya dulu di kampung Azu di Perak selepas tu baru di Melaka. Tahun depan kita beraya di Melaka dulu ye en hubby!~hehe..Biar ape pon hari Raya beramai-ramai lagi seronok kan!

Semoga perjalanan kami selamat dan Azu doakan buat semua kawan-kawan yang lain supaya berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung dan semoga selamat sampai ke tempat yang dituju. Amin~

Salam Hari Raya dan Lebaran buat semua. Ampun dan maaf kiranya ada salah dan silap kata sepanjang kita berblogging ye. Salam Blogger untuk semua!

Kalau ada masa dan kesempatan sila singgah2 Syawal~eh tak sabar nak raya dah ni..heh. Jemput singgah di blog baru Azu~segalanya tentang ibubapa, bayi dan kanak-kanak.. 


atau LIKE PAGE FB BB2U di 


Terlalu banyak ingin dikongsi bersama kawan-kawan semua! Semoga masa dan kesihatan mengizinkan~Insyaallah

TERKINI Samsung Galaxy Tab 10.1 KLIK SINI

Jom kunyah MAMEE MONSTER di hari raya! KLIK SINI

Share n Luv from Azu..

6 comments:

AzatLazat said...

semoga berbahagia hendaknya bersama keluarga.insyaallah dimurahkan rezeki ye :)

oshin said...

selamat hari raya....

semoga selamat perjalanan pergi dan pulang....

AsyieqiN Rkey said...

wah wah..beraye betige pulak..>.<

~~Ap Hasnida~~ said...

tahun pertama kawen besh raya be2 tp kalu da tahun ke2 kawen nk kena ade rakyat baru besh

Unknown said...

sweetnye.. xsbo nk kawen ni.. hehe
selamat hari raya ye azu.. :D

azu said...

azatlazat: terima kasih ye.moga dimurahkan rezeki kita semua.insyaallah~
oshin: selamat hari raya. harap semua selamat.insyaallah~
Asyiekin:alhamdulillah. dh bertiga!
Ap hasnida: rakyat baru??oh itu mesti..hehe
sara:ade rezeki, ada jodoh kawin cepat2 tau..selamat hari raya jugak sara!

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je