The best follower!

Thursday, August 11, 2011

Bila Mak Tanya "Bila Nak Balik Bukak Puasa di Kampung?"

Salam dan hai readers,


Sayu rasa hati Azu bila mak Azu tanya 'Bila Nak Bukak Puasa di Kampung'. Sedih ada, sebak pun ada~memanglah Selangor dengan Perak tu tak jauh macam KL-London, tapi bila peluang nak balik tu tak ada..Azu hanya mampu menjawab, " tak balik la mak ". Tapi yang paling syoknya bila Azu jawab 2-3 hari sebelum raya insyaallah sempat nak bukak puasa dengan mak abah sekali dan terus sambut hari raya pertama di kampung. Ceria pulak suara mak Azu....

Itulah kegembiraan sebenar ibubapa kita bila dengar kita nak balik dan berbuka di kampung. Bila keadaan tak mengizinkan atau kadang-kadang alasan yang mampu kita beri pada ibubapa yang sentiasa menunggu kepulangan anak-anak tersayang. Tetambahla pulak Azu ni kan anak bongsu dan satu-satu anaknya yang jauh dimata tapi dekat di hati~Kakak-kakak dan abang yang lain semuanya tinggal area taman mak abah Azu ja. 

Bila orang tanya apa bestnya berbuka di kampung? Dengan panjang lebar lah Azu menjawabnya..tapi Azu cuba ringkaskan disini ye~kalau panjang-panjang nanti, ramai yang tak sempat buka puasa petang nanti, hehe. Sebab kenapa Azu sangat suka berbuka puasa di kampung adalah kerana beberapa sebab. Antaranya ialah:

i) Mak masak sangat sedap - Mana taknya, kan orang kata air tangan ibu itu berkat dan sangat nikmat rasanya. Azu masih ingat lagi bila Azu dah Tingkatan 3 tapi masih suka mak suapkan nasi kat mulut Azu. 'Makan sendiri tak sedap'..Itulah alasan terbaik yang mak Azu tak dapat terima. Tak dapat terima pun mak masih suapkan makanan tu terus ke mulut Azu~hehe nampak macam mengada-ngada kan tapi itulah realiti yang Azu tak dapat tolak bila mak masak sedap-sedap.

ii) Suasana di kampung - Entah kenapa, walaupun kampung Azu tu ada taman, suasana nya tetap dirasa macam di kampung sebenar. Memang tak dengarlah bunyi ayam berkokok, tapi pokok nyiur pendek depan rumah tetap penyeri suasana di kampung Azu.

iii) Dapat sembang dengan abah - Azu memang jarang dapat bersembang dengan abah pasal telefon itu memang kerapkali diangkat oleh mak. Lagipun abah Azu ni jarang ada di rumah. Bila telefon siap tanya mak kat mana abah dan jawapan mak tetap sama "abah kau kat kebun la, abah kau tidur atau pegi masjid atau yang paling best 'mak tak tau le mana abah ko'..Sabo jelah tapi itu kan jawapan lali yang Azu selalu dengar. Abah Azu ni takde hp sebab kata abah, dia malas nak pakai hp sebab orang bergaya macam mak je pakai hp. Azu tersengih je la~

iv) Berbuka puasa ramai-ramai - Memang seronok kan bila kita dapat berbuka puasa dengan keluarga besar, masak dan berbuka sama-sama. Semua keluarga kakak-kakak dan abang Azu akan berkumpul di rumah mak abah sekali. Memang harap kami dapat berkumpul sekali semua ahli keluarga di bulan Ramadhan ni. Itulah saat yang paling menggembirakan hati Azu di kampung.

Rasanya itulah yang paling utama kenapa Azu suka berbuka di kampung. Saat-saat terindah bersama keluarga besar hanyalah di kampung. Bayangkanlah kegembiraan ibu bapa kita bila kita pulang ke kampung dengan hati yang girang, mereka apatah lagi kan~


Kerapkali Azu membayangkan perasaan bila Azu meningkat dewasa~opss dah besar rupanya serta meningkat umur menjadi tua, Azu dan suami pasti mengharapkan anak-anak selalu pulang ke kampung bersama-sama bersembang dan ceria menghidupkan suasana muram di rumah bila anak-anak jauh di perantauan~harapan dan doa Azu sampai bila-bila~insyaallah, amin.

Share and Luv from Azu!

3 comments:

SoLy SoLicious said...

puasa dikampung lebih terasa kepuasannye.:)

Yutaka Mushimura said...

hahah..den tak sabar nak balik kampung gak....:)

nnati jumpe okeh..kat kampung

rozeeta rashid said...

betul3.. hehe.. di kampung lg meriah.. mkn pun sedap2.. =D

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je