The best follower!

Friday, August 5, 2011

Malas Nak Masak!

Salam dan hai readers,

~ ce tengok, bukan tengok ja, penat nak bawak budak ni turun, pastu dia naik balik~

Menjadi ibu bekerjaya dan surirumah di malam hari bukanlah mudah! hehe..itulah ayat yang keluar bila Azu malas nak masak. Tetambah bulan Ramadhan ni. Awal Ramadhan ni memang memilih untuk 'kunjung hormat' ke pasar Ramadhan atau ayat glamer Azu dengar baru-baru ni iaitu 'PARAM'.~sapelah reka nama Param tu kan, bila dengar Param je, tingat pulak kat sorang pelakon pendek dulu-dulu~tambahan pulak Azu memang suka cari makanan kat Param yang tak ade dalam bulan posa macam kek mary, kueh sampan dan macam-macam lagi..hee~

Kalau sahur Azu rajin jugak. Bila dapat makan nasi panas-panas, goreng ikan ke lauk sardin ke dah cukup buat telinga berasap~opps macam dalam iklan pulak..time best tu bila Azu dan hubby sedap melayan makanan, si Aijaz yang baru bangun tidur keluar dengan jayanya dari bilik kami..~nyebok je kan, tak apelah..layanzz je dak kecik ni!

~budak yang selalu happy bila bagun tidur~

Alasan yang lain kenapa Azu malas nak masak bila ada budak kecik rajin tolong ummie dia kat dapur. Pantang ummie dia pegi dapur, dia pun singgah ke dapur. Bukan singgah je, rajin pulak bukak drawer, kabinet dapur tu. Objek yang paling menarik ialah kuali, besen-besen kecik. Ha ada lagi, budak kecik tu suka sangat nak buka pintu kat pantry dapur tu pasal ada vakum. Itulah sebenarnya alasan best ummie Aijaz malas nak masak. kiki~

~rasanya kecik dulu Azu tak la rajin cam budak ni~

Kalau babah Aijaz letakkan pagar penghalang bayi, letih pulak nak mendengar budak tu menjerit satu rumah sementara menunggu ummie Aijaz masak. So, kalau kawan-kawan ada cadangan lain untuk mengatasi kemalasan Azu, sila lah kongsi ye..

Sebab paling utama yang tidak mahu dinyatakan disini adalah........kan dah cakap..tak mahu cakap kat sini..malulah kat semua..okelah..terima kasih sudi membaca ye! Selamat berbuka...oppss 9 jam lagi..takpe-takpe..in advance ni.

Share and Luv from Azu!

5 comments:

JIJI YU said...

rajinnya budak tu..leh wat calon bini ni

azu said...

jiji: aijaz tu boy..leh wat calon laki la..hehe

zie_ira said...

hahaha ,aijaz pun nak tolong ummie masak tuk berbuka ,,kesian kat ummie nye ,,kekeke,,

azu said...

ira: kalo busu aijaz ade, rajinla ummie nya masak..heh

Luqaz™ said...

comelnye budak tu..rajin sunggh..hehe

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je