The best follower!

Friday, August 12, 2011

Berbaloikah 111 entry dengan 142 follower??

Salam dan hai readers,

Sudah lama agaknya Azu berfikir dan berfikir bila entry yang Azu post hampir setiap hari tak sama dengan jumlah follower Azu. Pernah terdetik di fikiran Azu yang Azu akan pastikan jumlah entry Azu mesti sama banyak dengan follower. Tapi macamana dengan follower ribu riban tu kan? Jenuh jugak lah nak cukupkan kouta.~bukan kuota isteri tau!huhu


Bukannya apa, follower blog Azu adalah pembakar semangat Azu untuk terus berblog dengan jayanya. Mungkin itu pendapat Azu buat masa sekarang ataupun mungkin esok lusa Azu akan post entry sebanyak-banyaknya tidak kira berapa ramai follower Azu kan. Itu jalan yang terbaik kerana kalau kita bagi info bermanfaat buat semua, kita pasti dapat lebih dari itu. Tak kiralah apa rezeki tu yang penting halal kan? Bila tak ada entry dari Azu, itu tandanya Azu tengah melayan 2 insan yang tetap berbunga dihati~


Kekadang bila post sesuatu entry, terdetik jugak ada ke orang baca entry Azu ni? Jalan terbaik Azu mengenal pembaca Azu ialah dia suka komen setiap entry Azu tak kiralah entry itu tentang apa kan. Bila si dia sudi membaca, kritik atau bagi pandangan itulah sebenarnya pembaca blog kita. Bukan hanya membaca, menghayatinya dan terus keluar tanpa beri salam kat tuan punya blog tu kan kan? Shout-shout kuat2 dalam blog Azu, komen banyak-banyak, follow kalau berminat! Senang je kan nak say hello? Azu mesti dengar punye..


Haha..bukannya nak emo pagi-pagi ni, cuma menikmati keindahan alam buat seketika~pagi ni agak mendung, jalan tak jam..memang semangat nak bekerja hari ni.. bila bercerita tentang siapa Azu, Azu bukanlah blogger tegar yang setiap waktu mengadap blog ini, tapi Azu hanya seseorang yang suka berkongsi apa saja cerita, pengalaman mahupun info berguna buat semua yang berminat! Azu akan terus bersyukur dan berusaha menjadi lebih baik. Insyaallah~

Berbaloi atau tidak, itu bukan persoalannya kan..Terima kasih buat semua follower Azu. Kamu pembakar semangat Azu untuk terus berjuang~berjuang untuk apa??...untuk menjadi sebahagian dari kamu..iaitu memberi sebanyak-banyaknya dan berjuang demi orang lain yang dahagakan semangat dari kamu! chaiyok!~

Share n Luv from Azu!

20 comments:

Unknown said...

memang macam tu.....jgn lupa komen kembali.....nescaya mereka sentiasa mengikuti kita

Fairuz Zainal said...

hidup azu! go go go. hehe :P

dAk EyTy NaFieSHaz said...

terus kan bercerita ...pasti nye ade pengikut tersendiri...

CXopportunities said...

wow. terbaik ! :)

nurulain1011 said...

teruskan dengan entri2 yang menarik. yang penting ade orang bace dan hargai.

^__^

yaya | mohd said...

yerp..keep cntct sntse dpt rptkn prhbgn diantra follwer2 lain. :)
btw,,bby yg kt dlm pic tu comel lah!
geram nyer :)

muhamadsufian89 said...

setiap kali buat entri kita jangan lupa BW sekali kot. kalau BW lebih baik komen sekali la. insyaallah nanti org komen entri kita. :)

Yutaka Mushimura said...

berusaha..go go fighting..azu!!!

Marina said...

usaha tangga kejayaan kan? blogging have to be patient...

Marina said...

*patience

Sunah Sakura said...

teruskan menulis! :)

azu said...

alhamdulillah. terima kasih atas komen-komen korang yg sgt2 Azu hargai.hari2 mmg berusaha memajukan diri.will try my best, insyaallah~

deqlis said...

gud luck.....yg penting jadikan hobi dan jgn give up...:-)

http://ellismelia.blogspot.com

muhamadsufian89 said...

komen lagi. berbaloi sebenarnya kalau kita rasa kita puas dengan penulisan kita. kalau orang nak follow kita terpulang pada mereka. :)

Colourful Life said...

saya ada 28 follower jer kak oooi !!

Unknown said...

hehe.. dunia blog mmg cmtu..
well, silent reader tetap ade.. dun wori k. :)) jgn give up !!

Admin said...

banyak da tu..hehe

bluedianthus said...

Sebenarnya, samada blogger lain nak follow atau tidak itu terpulang.. TEruskan saja berblogging seperti biasa ya. :)

azu said...

Msufian & bluediantus: betul,xsmtinya folower je bc entry kita.blog never end.tq!
deqlis, deeyaudin:silent reader pun tqsm! still work hard to achieve my dream!
carl & amirul: byk tp masih blm cukup kan..hehe

Zul fattah said...

Azu..aja-aja fighting... gambatte yup..be ur self..

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je