The best follower!

Monday, August 29, 2011

Saat Terindah Berbuka Puasa di Kampung..

Salam dan hai readers,

Alhamdulillah diberi kesempatan pada Azu, En hubby dan Aijaz untuk berbuka puasa bersama-sama keluarga di kampung. Setelah menyusuri perjalanan balik ke kampung dari Shah Alam-Perak taklah terlalu jauh. Semangat yang hadir dalam diri membuatkan perjalanan balik ke kampung rasa macam sekejap je~tertidur di samping aijaz tu tak kira kot. Hehe

Aijaz macam biasalah tak kira perjalanan jauh atau dekat bila tiba masa di tidur, memang tak amik masa lama untuk tidurkan dia dalam 'baby car seat'. Susu siap sedia, bantal peluk satu~bukan bantal busuk tau..he.itu dah cukup untuk tidurkan aijaz walaupun tanpa buaian atau peralatan khas dalam kereta. Ha, zikir-zikir Lailahaillah merupakan nyanyian utama Azu untuk menidurkan Aijaz. Mudah kan~


Bila sampai je rumah opah dan tokwan Aijaz, kami disambu girang oleh opah Aijaz atau mak Azu serta kakak dan keluarga yang kebetulan singgah di rumah. Apa lagi Aijaz pun dapat flying kiss dari cikno nye..hehe, kesian gak tapi siapa herankan..ummie aijaz lagi suka!


Bila dah tiba di kampung, memang tak menang tangan membantu mak Azu di dapur. Sehinggalah tiba saat-saat berbuka puasa dimana cucur pedas kegemaran menjadi haruman di hidung kami..haha


~cucur pedas, udang sambal masak petai, siput lala rebus dan mcm-mcm lagi!~

Inilah rupanya juadah berbuka di akhir-akhir ramadhan. Semoga dengan kehadiran syawal nanti tidak membataskan waktu kita untuk bertemu semula dengan Ramadhan akan datang! Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari Azu sekeluarga!

Share n Luv from Azu!

6 comments:

zie_ira said...

selamat hari raya,,^^

Cha Ril said...

TaqabbaluLlahu Minna Wa Minkum, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin... dan Salam Kemerdekaan :)

miezaniera said...

SElamat hari raya zura.. sedapnye sambal petai udang tu..feberet hehehe

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Wah..sedapnye makanan..hehe

SoLy SoLicious said...

hamboi... siap dpt kiss terpampang kat pipi... lunyai dah pipi tu.. hahhaa

selamat hari raya :)

azu said...

ira: selamat hari raya gak!
charil: tq.selamat hari raya dan salam merdeka!
bai: sambai petai mmg mantop!
jamal: sume mknn sedapp!
SolyS: lunyai dahh.asik kene kiss ja..he

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je