The best follower!

Monday, July 4, 2011

Telefon Bimbit Punca Bahasa Rojak?

Salam dan hai readers,



Teruja dengar topik warna Pagi, Radio IKIM pagi ni. Telefon bimbit atau handphone (HP) menjadi punca rosaknya bahasa kita? Cer citer kat sini siapa yang tak pakai HP. Nenek yang tua kat kampung pun pakai bila nak sembang dengan cucu nya yang jauh di bandar. Inikan yang bekerja, surirumah di rumah pun pakai HP bila nak bersembang dengan jiran sebelah rumah.

Tu belum tengok ayat bila ber'tweet2' lagi...huh. Kalau baca sekali imbas, memang tak paham. haha..layanzzz

Tak kurang juga ber 'SMS' iaitu Mesej Pesanan Ringkas. Semua ayat yang ringkas  tu kita boleh faham ke? Bagi  Azu lebih memilih untuk telefon atau bercakap dengan orang itu sendiri berbanding SMS. Mana tidaknya, kadangkala boleh cetuskan pergaduhan bila SMS yang ditaip disalaherti oleh penerima. Mesej tu agak macam dah betul tapi bila dibaca dengan nada yang berbeza, lain pulak maksudnya. Kalau makan rojak memangla sedap, kalau bahasa rojak..harap fahamlah.



Belum lagi bila dilihat bahasa SMS yang ditaip..ada orang kata bahasa tu ringkas, padat, berkesan kononnya tapi bila dibaca memang kekadang tak faham la. Azu ni memang tak advance sangat kalau nak meringkas-ringkaskan SMS ni. Tambahan pulak bila nak membaca SMS kawan-kawan yang serba serbi nya ringkas dan pendek SMS nya. Nak tau apa yang Azu buat bila tak faham? Azu call terus kawan Azu tu biar jelas  maksudnya dari mulut dia. Nanti dia suruh Azu pegi KLCC, Azu pegi KL Sentral pulak..tak ke naya nanti?


Azu faham bila orang kata mereka lebih gemar ber SMS berbanding telefon. Sebab utamanya mestilah jimat masa, jimat duit.. belum lagi guna Hot Ticket cam Azu..hah berbaloi-baloi. Tak kisahlah atas sebab apa kita ber SMS, kenapa SMS pilihan kita...apa yang penting, KERJASAMA! Kerjasama untuk membuat orang lain faham setiap inci SMS kita, oh..boleh ke macam tu? Mesti boleh punya..ringkas tetap ringkas tapi ringkas yang mudah difahami. Ce cuba, cer cuba dulu kat kawan sebelah kita ke..dh anta SMS tu tanya lah dia, ko faham ke SMS aku tu, kalau dia faham...anda sudah BERJAYA!

Semoga telefon bimbit yang amat berjasa kini dan selamanya tidak disalahertikan untuk dirojakkan dengan bahasa SMS yang tidak berapa difahami..

Share n Luv from Azu!

8 comments:

zie_ira said...

btul tu,,kdg2 smpai xfaham,,ira lepas2 pandai bloging ni,,da belaja menaip dalam ejaan yg penuh,,kdg2,je trsasul pendek2,,tp still leyh di fahami,,hehe

azu said...

sama lah..learn as a beginner sms'tor balik..hehe

Rohaizam Rosli said...

btol2... iejam pon kdg2 xpaham gk bila ada yg sms bgitu ringkas kat iejam... mmg 'hang' la pala otak bacanya... huhu... ada tu sampai ke status fb pon nak ringkas jugak.. erm tak paham2... huhu...

azu said...

RR: jgn tak paham sampai gado2 suda ye

Unknown said...

saya lagi suka sms.
tapi sms semua panjang2.
cuma perkataan tertentu je yg saya ringkaskan.
hehe

azu said...

Ahmad H: suke sms pjg2?itu kene pakai LMS~Long msg system..hehe

Unknown said...

datng follow sini

azu said...

AHA: tq2..dh follow punye

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je