The best follower!

Thursday, July 14, 2011

Sesuai ke Bayi Setahun Sambut Hari Jadi?

Salam dan hai readers,

Alhamdulillah, minggu-minggu sibuk sudah berakhir minggu lepas. Fikiran negatif Azu tentang sambutan hari lahir Aijaz pun dah berakhir. Legaa, mak..hehe. Pada mulanya risau, takut, bimbang melanda diri bila terfikirkan patut atau tidak Azu dan hubby sambut befday dak kecik, Aijaz ni. Yelah, budak setahun manalah tahu apa sangat, tapi bagi Azu dan hubby..Aijaz memang sporting sepanjang majlis berlangsung. Sempat fikir lagi macamana agaknya persediaan majlis, jemputan hadirin, keluasan rumah dan yang paling penting mestilah makanan serta bajet yang diperuntukkan. Kalau tak ada salah satu, nganga ja lah jawabnya~hee.


Azu ingin berkongsi pengalaman Azu dan hubby menguruskan Majlis Hari Lahir Aijaz. 'Benda-benda' penting ni wajarlah bersama-sama kita adakan untuk menjayakannya.

i) Tarikh - Tarikh amatlah penting dalam memilih hari yang sesuai untuk semua. Azu n hubby siap-siap call mak abah kami dan keluarga supaya tidak clash dengan tarikh diorang. Mereka jemputan tetap kerana mereka orang paling bermakna dalam hidup kami.ngee~

ii) Jemputan - Jiran sebelah, depan, kiri kanan dan belakang xde ye..pasal rumah Azu apartment lah..Pengsan Azu kalau nak jemput blok lain join sekali..hee. Pengasuh Aijaz pun wajib~terima kasih menjaga Aijaz dengan baik sepanjang ketiadaan Azu. Kawan-kawan ofis Azu dan hubby serta kawan-kawan rapat yang mengenali Aijaz secara dekat..`cewahh. Sedara mara terdekat juga tidak dilupakan. Azu buat perkiraan jemputan dalam 60 orang x jumlah bilangan anak secara purata cthnya 2..Jumlah jemputan Azu adalah seramai 120 orang. Mak Azu cakap macam nak buat kenduri cukur jambul pulak~hee. 

iii) Makanan - Sudah pasti kek untuk Aijaz, mula-mula order dari member opis tapi last minute tak jadi. Akhirnya beli kek indulgance secret receipe~busu aijaz yang suggest dan memang sedap! beli kt belakang rumah ja. Main course untuk menu ialah mee dan bihun sup. Siap mintak resepi kakngah Azu tu. Last minute jugak mee tak jadi dan diganti pulak dengan soto..emm kuahnya tetapla sup tadi kan kan. Soto tu special resepi dari mak mentua Azu dari Melaka..oww memang sedap, 2x Azu makan tau..kali ke 2 dengan bihun sup la. 
~tetamu pertama kami iaitu jiran sebelah rumah..hee~

Keduanya, kueh jala sudah order dari makcik bawah rumah, konon orderlah sekali kuah karinya..Nak tahu dia jawab apa..."Buat sendiri jelah kari tu dik, senang je potong ayam dan kentang kecil-kecil pastu masuk je dalam kuali"..Azu nganga la jap..pastu terus angguk konon nak tunjuk rasa setuju lah. Tak nengok lagi dalam hati Azu punyelah geram, kalau boleh nampak..bukan berasap ja, hangit terus!! Akhirnya, dengan muka tebal Azu pujuk mak tolong buatkan. Azu bolehla nak buat sekadar kari daging tu, tapi tak biasa pulak bila nak buat dengan kuantiti yang banyakk..~hee alasan comel dari Azu tuu.

Ketiga, mak Azu dari Perak buat kuah durian Perak spesel punya..Kuah tu memang feberet Azu, orang lain tak boleh lawan punye...haa..xdelah kan lain orang lain rasanya..~sukee. Kuah tu sedap bila dicicah dengan kueh jala tadi. memang maveles!

Keempat, mak Azu buat rendang udang rempah spesel dari perak. Tak ada dalam perancangan tapi berkat kerajinannya, ramai kawan-kawan Azu mintak resepi rendang udang perak dari mak..hehe Azu nak cuba jugak satu hari..Buah-buahan, polkadot comey, tempeyek Melaka tidak diilupakan. fuhh..abis dah bab makan, kita tengok bab lain pulak ye~memang bab makan memang tak habis-habis.:)

iv) Masa - Masa yang dirancang perlu teliti terutamanya untuk befday boy, si Aijaz. Start majlis pukul 10 pagi, sebelum tu Azu sempat tidurkan budak kecik ni. Bila dah bangun, Aijaz ditukarkan baju befday boy dan dibawa keluar dengan muka paling ceria. Petang tu jemputan untuk family Azu dan hubby..Aijaz dah tunjuk muka mengantuk, segera Azu tidurkan si Aijaz. Lena jugaklah dalam sejam. Memang lega bila Aijaz sporting je nak duduk dan bergambar dengan auntie dan uncle-uncle yang hadir.

 ~layan befday boy yg sangat happy!~

 ~kejut befday boy bangun tido~

Selain itu, keluasan rumah perlu diambilkira~ terutamanya rumah Apartment macam Azu seharusnya kita menetapkan waktu-waktu jemputan yang berperingkat untuk menjemput tetamu bagi mengelakkan rumah macam Azu sesak, jammm!tapi semua dalam keadaan yang lancar la.

~rumah Azu yang penuh~

v) Bajet atau faktor kewangan - Bajet Azu dan hubby pada awalnya memang tak cukup nak buat majlis ni, tapi alhamdulillah rezeki sentiasa ada, tercapai jugak hasrat ummie dan babah Aijaz meraikan hari lahir Aijaz yang setahun. tq en hubby & babah Aijaz!.Syukur atas kurniaNya. 

vi) Door Gift atau cenderahati - Door gift doraemon ini Azu dah plan awal-awal. Hasil pertolongan en hubby dan busu Aijaz iaitu ira, door gift untuk kawan-kawan Aijaz dapat disiapkan dan diberi sebagai tanda terima kasih kepada yang hadir. Yang spesel nya door gift Doraemon ini dibuat sendiri oleh ira. Macam-macam kartun dia boleh buat menggunakan kain felt yang cantik. Siapa yang berminat boleh order di blog comel ira KLIK SINI ye..Topi pun kami buat sendiri tau..kreatif tak kami?~hee

credit pic from ira!

~tq ira tolong merealisasikan impian k.zura nak buat topi party tuk Aijaz~

Makanan kebanyakannya habis pada waktunya. Cuma kueh jala yang Azu order dalam 1 setengah kilo habis awal dalam lewat petang jugaklah, cepat-cepat hubby beli roti Gardener~eh betui ka eja ni? Selamatlah untuk dicicah dengan kuah durian dan kari daging! Semoga tips-tips diatas boleh memberi panduan sedikit sebanyak kepada ibu bapa yang pertama kali berhasrat menganjurkan majlis si budak setahun ni.~macam kami!:)

Share n Luv from Azu!

2 comments:

zie_ira said...

yeah2,, alhamdulillah semua berjalan lancar ! aijaz pon sporting abis,,hehehe,,

Yutaka Mushimura said...

aloh....awatja....takder sape melarang...asalkan happy kan..kan..

bukan salah ape2 pun..lagipun leh gather geng2 kan...boleh chat bagai...hehehe

tips terbaru


Rumah Tangga Bekecai Nak Salahkan Sapa??

Si Anu Yang Baru

Ketahuilah Apa Punca Anak Derhaka

Petua Untuk Mengandung - Petua Untuk Masa Kini Dan Masa Depan

Penyakit Jantung Bolehkah Dicegah???

Tips 10 Petanda Dia Jodoh Kita

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je