Salam dan hai readers,
Makan, makan dan makan...apakah hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Kadang-kadang rasa macam nak makan untuk esok tapi apakan daya, perut kecil, otot dan mulut pun kecil nak suap banyak-banyak.~hee
Cakap aje makan ape, semua Azu makan. Alhamdulillah bila makanan di pinggan habis dengan licinnya, sedih pulak bila makanan terbiar sepi bila tak berjaya dihabiskan. Azu bersyukur kerana nikmat makanan yang diberikan, sehinggalah Azu dapat membesar dengan jayanya.~walaupun banyak makan tapi tak boleh gemok!
Berbalik pada tajuk kita, rakyat Malaysia kebuluran ke? Susah nak jawab tapi kalau rakyat negara lain memang Azu setuju sangat. Contohnya, kebuluran yang melanda penduduk di Uganda, Afrika pada tahun 1980. Anak-anak menjadi mangsa yang menderita akibat kebuluruan melampau. Kanak-kanak kebuluran di Sudan pada tahun 1993 dimana kanak-kanak merangkak ke Kem PBB untuk mendapatkan makanan. Sangat menyediahkan...
Ce kita tengok apa sebenarnya KEBULURAN?
Kebuluran ialah ketidakcukupan makanan teruk, atau kelaparan yang amat hingga boleh menyebabkan kematian. Ia merupakan bentuk paling teruk bagi pemakanan tak seimbang.
credit to http://ms.wikipedia.org
Belum tengok lagi keadaan rakyat Malaysia yang nampaknya macam cukup makan ataupun terlebih makanan. Itu situasi rambang Azu bila pergi kedai-kedai makan, belum tengok lagi di hotel-hotel dimana makanan yang berlebihan~bukan sisa tau~ dalam sesuatu majlis samada dibenarkan atau tidak untuk dibawa balik oleh tetamu majlis~siapa la nak tapau kan, kalau Azu mesti tapau punye..kuah-kuah lebih tu boleh dipanaskan ape~atau sudah pasti makanan terlebih itu akan dibuang saja ke tong sampah. Emm kesian, sayang kan kat makanan tu, bayar sudah mesti ribu riban punye!
Itu belum tengok lagi akibat terlebih makan lagi. Kalau readers semua perasan ramai kanak-kanak Malaysia ni 'sihat-sihat' belaka kan. Senangnya digelar 'obesiti'. Memang jarang sangat kita nak jumpa kanak-kanak yang kurus kering macam lidi~melainkan latarbelakang keluarga yang kurus-kurus.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia patut bersyukur kerana kita masih lagi cukup makan dan pakai. Rasanya masih banyak lagi info yang dikongsi tentang kebuluran ni, tapi sebelum masa tidak mengizinkan, Azu mohon diri ye. Insyaallah, satu masa nanti Azu akan bercerita lagi dan lagi~hee. Citer pasal tu, teringat satu malam tu susu dak kecik habis dan lupa pulak nak beli, akibatnya minum air masak je lah si Aijaz..kesian sangat! Maafkan ummie ye, takmo buat camtu dah.
Share n Luv from Azu!
5 comments:
terlebih makan ade kot ,,contoh kat rumah ni,tak terlarat nak makan,,banyak rezeki ,,hehe,,^^
jom join GA adiah banyak2 ni,,hehe
http://zieadikchuwetz90.blogspot.com/2011/07/mega-giveaway-by-yana-cik-putih.html
salam..
tak ada yg kebulur..
*folo ur blog
negara kita tak ada...mungkin hanya kes2 yang terpencil...
bersyukur dgn rezeki yg dikurniakan...
ira: byk mknn..alhamdulillah
sekamar rindu:tak ade yg kebulur tp ade yg tak cukup mkn
myboiler: kene tgk bersamamu ni..kesiann
marina: alhamdulillah
Post a Comment