The best follower!

Thursday, May 5, 2011

Sudahkah Anda mendaftar sebagai PENGUNDI?

Hai readers,

Terkejut gak Azu dengar berita pagi tadi kira-kira empat juta pengundi baru Malaysia berumur 21 tahun ke atas yang layak mengundi tetapi masih belum berbuat demikian. Alhamdulillah Azu dh jadi pengundi pertama 5 thn yg lepas. (bangga jadi rakyat Msia.:)) Camana dengan anda? Anda dah mendaftar? Nak semak Daftar Pemilih? Check it out di web SPR ni..

http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/  

atau terus menjengah ke webpage SPR di:
          
http://www.spr.gov.my/


Kalau belum mendaftar, cepat2 mendaftar ye. Rugi kalau kita tidak mendaftar, kita kan berhak menentukan siapa pemimpin yang wajar mentadbir negara kita sendiri. 
DIRI KITA WAJAH KITA! KITA LAH MASA DEPAN NEGARA!
 Share n Luv from Azu! 

BAGAIMANA HENDAK MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH ?
Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.
KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?

Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.



SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ?
- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
- Tidak hilang kelayakan.
BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ?
- Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda

PUSAT-PUSAT PENDAFTARAN

(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686
(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara
http://www.pos.com.my/WebsiteBM/MAIN2.ASP?c=/V1/Ournetworks/map.htm
(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
Tiada aktiviti ketika ini
(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
Sila klik pada http://www.kln.gov.my/bm/?page=mission
(f) Senarai Penolong Pendaftar

2 comments:

zie_ira said...

yeah ! ira belom mndaftar lagi,,ehehe

azu said...

cepat2 daftar ira..k.zura tgk 3.9 juta blm dftar..termasuk ira la tu..hihi

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je