Perkembangan bayi anda semasa usia 10 bulan
- Melakukan pergerakan yang lebih banyak
- Memegang dengan jari-jemarinya
- Personaliti yang berkembang
- Menangani ketakutan bayi anda
- Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’
- Adakah bayi saya membesar dengan normal?
Salam dan hai readers, ikuti perkembangan si cilik kita pada usia 10 bulan..Semakin mencabar dan menyeronokkan bagi ibu bapa seperti kita kan bila tengok si clik membesar sihat dan aktif. okeh..pe lagi?jom baca2.
Melakukan pergerakan yang lebih banyak
Ketika bayi berusia 10 bulan, dia selalunya boleh merangkak dengan baik menggunakan tangan dan lututnya, dengan anggota-anggotanya lurus dan tubuhnya selari dengan lantai. Banyak juga bayi yang cuba merangkak sebelum usia 10 bulan tetapi hanya dapat melakukannya dengan baik pada usia ini. Pada usia ini juga, bayi anda boleh duduk dengan yakin dan mungkin boleh berjalan sambil memegang perabot, (pic sebelah: tempat panjat & tmpt jatuh fav si aijaz, huh) dan mungkin juga dapat melepaskan pegangannya seketika dan berdiri tanpa sokongan.
Apabila bayi sudah dapat berdiri dengan mengimbangkan badannya, sambil menggunakan objek lain untuk mengekalkan posisi, dia juga akan mencari cara-cara untuk naik ke atas perabot dan juga merangkak naik tangga (lega umh Azu xde tangga, kalo x jenuh Azu kejar aijaz turun naik tangga, pheww). Semasa berada dalam posisi berjalan dia akan mengambil langkah dan akan cuba mencapai alat mainan dari posisi berdiri. Langkah-langkah pertama yang menakjubkan ini sebelum dia mencapai perkembangan penuh – yang akan memberi anda senaman yang cukup! – akan tiba tidak lama lagi. Tunggu yee!
Memegang dengan jari-jemarinya
Jari-jemari bayi anda menjadi semakin lincah. Dia boleh mengangkat objek kecil menggunakan ibu jari dan jarinya dengan tidak perlu mengampukan pergelangan tangannya di atas permukaan yang keras. Dia berminat dengan barang-barang kecil dan akan menjilat-merasanya; ini adalah okey selagi barang itu boleh dimakan dan tidak terlalu kecil sehingga menyebabkan bayi anda tercekik. (pic bawah: Aijaz pegang buku 1 2 3 dah belajar selak2 buku tu pastu mkn..sabo jelah)
Personaliti yang berkembang
Personaliti bayi anda sedang berkembang dengan cepat sekarang. Dia akan mula menjadi sangat sosial, memberikan senyuman besar kepada semua orang atau sebaliknya menjadi lebih penyegan dan menyembunyikan mukanya apabila berjumpa dengan orang yang tidak dikenali. (haha, part ni mmg azu suka, Aijaz peluk azu sekuat2nya bila dia xmau kt org tu, hah anak omak!) Dia akan mengulangi bunyi, memberikan tanda isyarat tertentu untuk mendapatkan perhatian anda dan mungkin akan melambai-lambai selamat jalan apabila melihat anda menuju ke pintu. Dia juga boleh berfikir dengan sendiri, dan anda akan menyedari ini apabila dia membantah jika diletakkannya dalam kerusi bayi dalam kereta atau dalam kereta tolaknya.
Menangani ketakutan bayi anda
Ada masa-masanya bayi anda akan takut dengan perkara-perkara yang dia tidak faham atau perkara biasa yang sebelum ini tidak menganggunya, seperti bunyi loceng atau telefon. (Aijaz mmg cukup takut bunyi vakum, tetiba nangis kuat2 bila abahnya pasang vakum, layanzz) .Apabila ini berlaku, perkara yang paling penting yang dilakukan oleh seorang ibu atau bapa ialah bagi menenangkan bayi anda serta meyakinkan dia yang anda ada di situ dan tiada apa-apa yang akan berlaku kepadanya. (pic bwh: nampak ke ade budak kecik memanjat ngn jayanya, huh)
Bercakap dengan bayi anda yang ‘bermulut murai’
Bayi anda sudah mula memahami banyak perkataan dan frasa yang mudah, jadi adalah amat penting untuk anda terus bercakap dengannya. Berikan bayi anda asas kukuh dalam menggunakan struktur ayat yang baik dengan mengulangi sebutannya dahulu, kemudian menyatakan perkara yang sama tetapi menggunakan bahasa yang betul. Sebagai contoh, jika dia meminta "baubau," ulangilah, dengan cara lembut, sebutan yang betul dengan menanyakan, "Adakah kamu mahu minuman?" Pada peringkat ini, perkara paling baik ialah untuk mengelakkan penggunaan percakapan bayi – yang sememangnya menarik, tetapi ingatlah bahawa adalah lebih baik untuk perkembangan bayi anda jika dia mendengar sebutan yang betul. (suke dengar Aijaz membebel, mmg xpaham sepatah pun..tp sweet kan)
Walaupun kadang-kala anda akan berasa pelik untuk berbual dengan bayi anda, ini sebenarnya adalah cara terbaik untuk menggalakkan kemahiran bahasanya. Apabila dia mengeluarkan ayat secara meraban, jawablah "Oh, ya ke? Pandainya." (eh, mmg sama la ayat Azu sembang ngn Aijaz..nilah anak ummie suke sembang n celoteh). Sudah tentu dia akan respon dengan gembira dan meneruskan percakapannya. Lambat laun, anda akan dapat mengenali beberapa perkataan atau tanda isyarat yang boleh difahami, di samping lain bentuk komunikasi seperti menunjuk atau berdengus dengan cara tertentu.
Memberikan bayi anda deskripsi terperinci mengenai apa yang sedang anda lakukan juga merupakan satu amalan yang baik, seperti menceritakan aksi anda sedang menghiris bawang untuk masakan atau melipat kain. Sambil anda meletakkan bayi anda ke dalam kereta tolaknya, katalah, "Sekarang, mak nak letakkan kamu ke dalam kereta tolak biru. (hah, kejap je jadi kalo buat kt aijaz, dia leka jap pastu waaaaaa, sabo2) Sekarang, ibu akan mengancingkan kamu dan membuatkan kamu selesa. Okey dah, jom kita ke taman." Anda juga boleh menyanyikan lagu kanak-kanak dengan melakonkan aksi sesuai (sebagai contoh, melambai untuk "selamat tinggal") supaya dia belajar mengenali kata-kata dan frasa-frasa asas.
Bayi akan mula memahami konsep hubung kait. Apabila ini berlaku, dia akan turut menepuk tangannya (aijaz masih in progress agaknya, xpenah nmpk dia tepuk tangan lagi, hope soon!) apabila anda menepuk tangan atau dia mula mengatakan "mama" apabila memandang anda dan "dada" apabila ayahnya masuk ke bilik (walaupun pada mulanya, dia akan menggunakan nama-nama ini secara sembarangan).
Share n Luv from Azu!
Sumber:
2 comments:
Hi. Salam perkenalan. Sronok bc bab2 parenting ni
hai salam perkenalan jugak.tq sudi baca entry ni n sudi folow:)insyallah Azu akan share byk2 tajuk parenting ni.Azu pn suka!
Post a Comment