Salam dan hai readers,
Bila dengar berita ni, membuatkan azu lebih berhati-hati untuk berikan botol susu bayi kepada si kecil azu, Aijaz Nazeef. Pemilihan dan penjagaan botol susu yang lebih teliti penting bagi mengelakkan sebarang kesan jangka masa pendek atau jangka masa panjang pada si cilik kita. Jom baca fakta selanjutnya. (pic: aijaz pakai botol MAM dgn 'BPA free')
TIGA tahun lalu, Program Toksikologi Nasional Amerika mengeluarkan laporan bahawa bahan kimia dikenali sebagai bisphenol A (BPA) mungkin menyebabkan masalah hormon, termasuk baligh lebih awal di kalangan kanak-kanak dan ketumbuhan barah. Kandungan bahan kimia BPA lazimnya ditemui pada botol susu bayi. Bertambah buruk lagi apabila botol air yang digunakan untuk minum ketika hamil juga mengandungi kimia ini. Terdapat kebimbangan pendedahan terhadap BPA boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan sama ada dari segi neorologi atau tingkah-laku. Bayi turut mengalami risiko yang sama jika kajian ini didapati benar.
Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil keputusan mengharamkan penggunaan botol bayi mulai 1 Mac 2012. Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang membuktikan penggunaan botol polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh golongan yang berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
Dalam tempoh (1) tahun ini, sekiranya pengguna masih menggunakan botol susu polikarbonat, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada BPA.
Apa itu Bisphenol A (BPA)?
Menurut Pegawai Perubatan Hospital Pantai Ampang, Dr. Hanafiah Bashirun, BPA adalah bahan kimia industri yang digunakan untuk mmbuat botol susu bayi polikarbonat agar botol tersebut keras dan lutsinar. Baru-baru ini kajian Universiti Malaya mendapati percampuran bahan BPA dengan kandungan botol susu berkenaan pada suhu tertentu memberi kesan kepada kesihatan bayi dan kanak-kanak.
Panduan Penggunaan:
a) Kenalpasti Botol Bayi Polikarbonat
Botol Susu Bayi Polikarbonat bersifat Keras dan Lutsinar dimana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
i. Nombor 7
ii. Nombor 7 dan PC
iii. Nombor 7 dan ‘Other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA Free’ atau ‘Bebas BPA’.
(pic: anak panah tnjk kod BPA free - sorry xclear, yg ptg di bwh botol MAM)
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
Bagi ibu bapa yang sedang menggunakan botol susu mengandungi BPA, adalah dinasihatkan agar menukar botol tersebut kepada botol ‘bebas BPA’. Jika masih ingin menggunakan botol lama, Dr. Hanafiah menasihatkan agar mereka melakukan langkah berikut :-
- Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
- Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
- Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
- Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelak permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
- Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
- Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.
Kesimpulannya, sebagai ummie kepada si Aijaz serta kepada semua ibu-ibu mahupun bapa serta keluarga perlu dan jika mampu WAJIB pastikan bayi serta anak-anak anda menggunakan botol bayi tanpa BPA untuk mengelakkan kemudaratan kepada si manja kita. Share n luv from azu!
Sumber:
Artikel dimasukkan pada 15 April 2011
No comments:
Post a Comment