The best follower!

Monday, March 21, 2011

Perhubungan dan kasih sayang

Salam dan hai buat semua,

Saya suka berkongsi dengan semua tentang perhubungan. Perhubungan sudah pastinya dikaitkan dengan suka, duka, kasih, benci dan pelbagai rasa hadir dalam diri kita kan?

Perhubungan kita dengan Pencipta.

Perhubungan mutlak yang tidak akan terputus sampai bila-bila. Kita berhubung dengannya melalui bersujud dan mensyukuri nikmatnya. Kita memperoleh kesihatan yang baik, dapat makan, minum, tempat berteduh. Semuanya merupakan nikmat yang tidak terhingga nilainya berkat hubungan yang baik dengan pencipta Nya.

Perhubungan kita dengan Ibu Bapa.

Tanpa ibu bapa, siapalah kita. Perumpamaan yang membuat kita terfikir sejenak siapalah kita tanpa ibu dan bapa. Tanpa kasih sayang dan didikan yang sempurna, sudah pasti kita merempat di tepi jalan atau masih tinggal di peleseran atau di pusat-pusat kebajikan, menjadi seorang yang tidak berperikemanusiaan, tidak bermoral dan sebagainya. Bersyukurlah kepada siapa yang punya ibu bapa serta keluarga yang sentiasa dilimpahi kasih sayang.

Perhubungan kita dengan Pemimpin

Malaysia tiada gempa bumi seperti di Jepun, tiada gunung berapi seperti di Indonesia, tiada rusuhan seperti di Urumqi, Xinjiang, tiada kekejaman tentera seperti di Burma, tiada pergolakan seperti di Selatan Thailand,yang ada mungkin demonstrasi kecil-kecilan di Malaysia. Kita patut berbangga warganegara lain gigih datang mencari rezeki tanpa mengira susah payah demi sesuap nasi buat keluarga di kampung. Kita sepatutnya lebih berusaha di negara sendiri kan?

Perhubungan kita dengan orang paling rapat dengan kita.

Orang paling rapat dengan kita mungkin adik-beradik, kawan-kawan, kekasih, suami/isteri atau anak-anak. Sejauhmana perhubungan kita dengan mereka adalah sangat mempengaruhi emosi harian kita.Betulkan? Kadangkala sesibuk mana pun kita menjadikan kita terlupa tanggungjawab kita terhadap keluarga. Tapi itu semua bukan alasan untuk kita merenggangkan hubungan kita dengan mereka mereka yang sangat mengasihi kita. Perbaiki hubungan anda dan jadilah orang terbaik dalam hidup mereka. Bolehke?

Jadikan perhubungan sesuatu yang amat istimewa dalam hidup kita. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada sesiapa yang menyayangi diri kita kerana satu prinsip hidup. jika ingin orang sayang pada kita, sayangilah orang lain!

Terima kasih kerana sudi membaca, sayang awak semua!

4 comments:

Unknown said...

salam perkenalan..

azu said...

hi farrah!salam perkenalan jugak..time kasih

Unknown said...

tertingal satu paling penting..perhubungan dengan angota badan kita sendiri..pernah dengar,

azu said...

bro: sangat betul!kalo sakit badan, ape pon xboleh!

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je