The best follower!

Monday, April 25, 2011

Masalah Obesiti di kalangan Kanak-kanak

 
Salam dan hai readers,


Kekadang Azu pelik kenapa dulu2 xde pun masalah kanak-kanak obesiti ni (rujuk pic ats: Azu d zmn kanak2 bbdg pic di sblh..lebey kurang je kan). Azu akui la Azu mmg kuat makan, tp Azu kecik cm gini gak. (mmg bersyukur tp xnk kurus sgt, huh) Nak minum weight gain cm Ayang Azu (tu kakak Azu no 2) dia pnh try tp xnaik2 gak pas bertin2 minum. Cm xberbaloi pulak nk try. Pnh tnya kata Doc kami ni metabolism tinggi, senang lawas..xsmpt jadi lemak..hoho. 


Jom kita belek2 apa sebenarnya OBESITI?
Obesiti menggunakan pengukuran Body Mass Index (BMI). Apa yang dimaksudkan BMI ialah nisbah berat (dalam kilogram) dibandingkan dengan ketinggian (dalam meter) seseorang.

Contoh:
Ali beratnya 80 kg dan ketinggian 170 sm
BMI = 80kg / 1.7X1.7
= 80/ 2.89
= 27.7

Daripada ukuran BMI kanak-kanak atau individu itu, dia boleh dikategorikan sebagai kurang berat, normal, berat berlebihan, obesiti atau obesiti yang teruk.

Kelas BMI
Kurang berat: Kurang dari 18.5kg/m2
Normal 18.5-24.9
Berat berlebihan 25-29.9
1. Obesiti kelas 1 30 - 34.9
2. Obesiti kelas 2 35 - 39.9
3. Obesiti keterlaluan Lebih 40

Tahukah kamu wahai readers yg budiman,
World Health Organisation (WHO) menganggarkan bahawa pada 2015, lebih kurang 2.3 bilion orang penduduk di dunia mengalami masalah berat badan yang terlebih dan daripada jumlah tersebut kira-kira 700 juta orang akan mengalami masalah obesiti.

Adakah Bayi Boleh Menjadi Obesiti?


Siapa kata bayi tak obes? Perlu diingat pada Azu sendiri dan semua bahawa tanggapan bayi yang gemuk (pic ats: tgk pipi si Aijaz..mcm dipam2!) dan comel adalah sihat, tetapi ikut penyelidikan menunjukkan dewasa yang obes bermula dari bayi yg punyai berat berlebihan. (riso kan si Aijaz..jgn montel sgt tau..montel kt pipi ja ok). Mungkin ada ibu bapa mulakan makanan pejal kalori tinggi, minuman dgn gula yg tinggi beri kesan bayi obes. Cara untuk mengelakkan bayi obes adalah penyusuan secukupnya sehingga usia lebih 6 bln.

Apakah Punca Obesiti?

i) Genetik dan Keturunan – dari ibu bapa atau keluarga
ii) Faktor Persekitaran – makanan segera
iii) Cara Hidup Kanak-kanak – menonton TV, bermain komputer, kurang bersenam
iv) Faktor Psikologi – tekanan dan kemurungan pada kanak-kanak
v) Masalah Metabolisme - Ini disebabkan metabolisme yang rendah.(betul la cakap Doc yg Azu tnya tu.tq2)  Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanak-kanak itu menjadi obes.

Memang Tak Disangka..Di Malaysia, peningkatan masalah obes kalangan kanak-kanak berumur antara tujuh hingga 10 tahun menunjukkan peratusan yang membimbangkan iaitu daripada 6.6 peratus kepada 13.8 peratus. Keadaan ini lebih kritikal apabila mereka meningkat dewasa.

Penyakit Yang Boleh Disebabkan Masalah Obesiti

i)   Kencing manis
ii)  Masalah jantung
iii) Darah tinggi
iv) Sleep apnea atau tidur dengan mengalami kekurangan oksigen semasa tidur.
v) Masalah reflux (GERD) dan perbagai lagi masalah lain.

Ha, itu antara faktor dan kesan buruk yang Azu boleh share bersama. Kesimpulannya, jom kita bawak anak-anak serta keluarga beriadah (pic sblh Aijaz kt plyground), berjogging (cm Aijaz selalu ajak abah nye jog kt tasik..hehe), disiplin dengan kurang menonton tv (Azu nk train Aijaz kurangkan tengok upin ipin..boleh ka?), pastikan anak-anak kita aktif dlm kokurikulum di sekolah dan jangan biarkan anak-anak dengan aktiviti sendiri tanpa perhatian.  Semuanya dengan harapan yg tinggi supaya anak-anak kita pada masa hadapan..TANPA OBESITI!

Share n luv from Azu!

Sumber:

6 comments:

alexayussida said...

salam akk..wahh hot momma nihh^^

betoll..skrg ramai bdak2 cepat obese,sbbnya terlalu terdedah dgn fast food..bahaya2..dan sbb2 yg lain juge..huhu

azu said...

salam alexa..hot ummie kt si kecik tu ja..!hehe.
betul3x.mak bapak mmg kene train ank2 mkn healthy foods klo x nk anak2 obes.sian diorg bila besar nnti.nway thanks alexa..sudi singgah!

miezaniera said...

wahh dh ada blog..bagus info nih ..tp anak ko mmg tembam..kalah anak aku hehehe nnti kene g gym hehehe

azu said...

hai miezaniera..hehe aku budak baru belajar blog la bai.esp dari ko y dh advance la.:) anak aku tembam kt pipi ja..bdn dh kurus, kuat jog kt tasik sek7.xjmpa ko pn kt sana?

Momoe said...

Amalkan sayu-sayuran sebelum benda benda manis. Dah follow!

azu said...

thanks momoe 4 te info.Baru Azu ingat,agaknya Azu susah nk gemok psl Azu suka mkn sayur kot kecik2 dulu.Tq sudi singgah & follow!

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je