The best follower!

Tuesday, April 19, 2011

Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat berkuatkuasa 1 MAC 2012



Salam dan hai readers,
Bila dengar berita ni, membuatkan azu lebih berhati-hati untuk berikan botol susu bayi kepada si kecil azu, Aijaz Nazeef. Pemilihan dan penjagaan botol susu yang lebih teliti penting bagi mengelakkan sebarang kesan jangka masa pendek atau jangka masa panjang pada si cilik kita. Jom baca fakta selanjutnya. (pic: aijaz pakai botol MAM dgn 'BPA free')
TIGA tahun lalu, Program Toksikologi Nasional Amerika mengeluarkan laporan bahawa bahan kimia dikenali sebagai bisphenol A (BPA) mungkin menyebabkan masalah hormon, termasuk baligh lebih awal di kalangan kanak-kanak dan ketumbuhan barah. Kandungan bahan kimia BPA lazimnya ditemui pada botol susu bayi. Bertambah buruk lagi apabila botol air yang digunakan untuk minum ketika hamil juga mengandungi kimia ini. Terdapat kebimbangan pendedahan terhadap BPA boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan sama ada dari segi neorologi atau tingkah-laku. Bayi turut mengalami risiko yang sama jika kajian ini didapati benar.
Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil keputusan mengharamkan penggunaan botol bayi mulai 1 Mac 2012. Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang membuktikan penggunaan botol polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat digunakan oleh golongan yang berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
Dalam tempoh (1) tahun ini, sekiranya pengguna masih menggunakan botol susu polikarbonat, pengguna perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada BPA.
Apa itu Bisphenol A (BPA)?
Menurut Pegawai Perubatan Hospital Pantai Ampang, Dr. Hanafiah Bashirun, BPA adalah bahan kimia industri yang digunakan untuk mmbuat botol susu bayi polikarbonat agar botol tersebut keras dan lutsinar. Baru-baru ini kajian Universiti Malaya mendapati percampuran bahan BPA dengan kandungan botol susu berkenaan pada suhu tertentu memberi kesan kepada kesihatan bayi dan kanak-kanak.

Panduan Penggunaan:
a) Kenalpasti Botol Bayi Polikarbonat
Botol Susu Bayi Polikarbonat bersifat Keras dan Lutsinar dimana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
i. Nombor 7
ii. Nombor 7 dan PC
iii. Nombor 7 dan ‘Other’
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA Free’ atau ‘Bebas BPA’.
(pic: anak panah tnjk kod BPA free - sorry xclear, yg ptg di bwh botol MAM)
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
Bagi ibu bapa yang sedang menggunakan botol susu mengandungi BPA, adalah dinasihatkan agar menukar botol tersebut kepada botol ‘bebas BPA’. Jika masih ingin menggunakan botol lama, Dr. Hanafiah menasihatkan agar mereka melakukan langkah berikut :-
  1. Steril botol susu bayi mengikut arahan pengendalian pada label atau yang diberikan oleh pengeluar, jika ada.
  2. Jika tiada panduan, pengguna perlu merendam botol susu polikarbonat dalam air yang mendidih selama lima hingga 10 minit.
  3. Elak menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
  4. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus lembut bagi mengelak permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
  5. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan jika ada kesan calar atau rosak, ia perlu diganti.
  6. Jika tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap enam bulan.
Kesimpulannya, sebagai ummie kepada si Aijaz serta kepada semua ibu-ibu mahupun bapa serta keluarga perlu dan jika mampu WAJIB pastikan bayi serta anak-anak anda menggunakan botol bayi tanpa BPA untuk mengelakkan kemudaratan kepada si manja kita. Share n luv from azu!
Sumber:
Sumber : Utusan Malaysia
Artikel dimasukkan pada 15 April 2011

Monday, March 21, 2011

Perhubungan dan kasih sayang

Salam dan hai buat semua,

Saya suka berkongsi dengan semua tentang perhubungan. Perhubungan sudah pastinya dikaitkan dengan suka, duka, kasih, benci dan pelbagai rasa hadir dalam diri kita kan?

Perhubungan kita dengan Pencipta.

Perhubungan mutlak yang tidak akan terputus sampai bila-bila. Kita berhubung dengannya melalui bersujud dan mensyukuri nikmatnya. Kita memperoleh kesihatan yang baik, dapat makan, minum, tempat berteduh. Semuanya merupakan nikmat yang tidak terhingga nilainya berkat hubungan yang baik dengan pencipta Nya.

Perhubungan kita dengan Ibu Bapa.

Tanpa ibu bapa, siapalah kita. Perumpamaan yang membuat kita terfikir sejenak siapalah kita tanpa ibu dan bapa. Tanpa kasih sayang dan didikan yang sempurna, sudah pasti kita merempat di tepi jalan atau masih tinggal di peleseran atau di pusat-pusat kebajikan, menjadi seorang yang tidak berperikemanusiaan, tidak bermoral dan sebagainya. Bersyukurlah kepada siapa yang punya ibu bapa serta keluarga yang sentiasa dilimpahi kasih sayang.

Perhubungan kita dengan Pemimpin

Malaysia tiada gempa bumi seperti di Jepun, tiada gunung berapi seperti di Indonesia, tiada rusuhan seperti di Urumqi, Xinjiang, tiada kekejaman tentera seperti di Burma, tiada pergolakan seperti di Selatan Thailand,yang ada mungkin demonstrasi kecil-kecilan di Malaysia. Kita patut berbangga warganegara lain gigih datang mencari rezeki tanpa mengira susah payah demi sesuap nasi buat keluarga di kampung. Kita sepatutnya lebih berusaha di negara sendiri kan?

Perhubungan kita dengan orang paling rapat dengan kita.

Orang paling rapat dengan kita mungkin adik-beradik, kawan-kawan, kekasih, suami/isteri atau anak-anak. Sejauhmana perhubungan kita dengan mereka adalah sangat mempengaruhi emosi harian kita.Betulkan? Kadangkala sesibuk mana pun kita menjadikan kita terlupa tanggungjawab kita terhadap keluarga. Tapi itu semua bukan alasan untuk kita merenggangkan hubungan kita dengan mereka mereka yang sangat mengasihi kita. Perbaiki hubungan anda dan jadilah orang terbaik dalam hidup mereka. Bolehke?

Jadikan perhubungan sesuatu yang amat istimewa dalam hidup kita. Bersyukur dan berterima kasihlah kepada sesiapa yang menyayangi diri kita kerana satu prinsip hidup. jika ingin orang sayang pada kita, sayangilah orang lain!

Terima kasih kerana sudi membaca, sayang awak semua!

Saturday, March 19, 2011

Warna ku Dunia ku

Salam sayang dan hai buat semua!

Pasti kamu semua ade warna kegemaran kan? yup sudah pasti..saya ada banyak warna fav especially PUTIH..semua org kata putih ni suci dan bersih, bagi saya putih melambangkan kebebasan. Kebebasan yang tiada had nya. Bayangkan kita bole mencorakkan segalanya di atas kertas putih tanpa secalit garis pun. Banyak perumpamaan lain, bayi yang lahir umpama kain putih, kita sebagai ibu bapa akan mencorakkan bayi tersebut..baikkah dia nanti, nakal kah dia nnti. siapa yang menduga?



Haa.. tu baru putih..ade byk lg tentang warna putih dari sekilas pandang saya tapi warna lain jgn dilupa. HIJAU. bila mata memandang terbit cahaya hijau dari jauh, timbul kedamaian dalam hati..contohnya kita nampak hutan rimba..sejuk dan mendamaikan, hijau juga teman setia si bunga melantunkan warna hijau menyerlahkan keindahan sang bunga.

Belum lagi saya cerita bab warna BIRU, warna itu terlalu indah. warna langit, warna laut..sungguh tidak ternilai kurniaan Ilahi, subhanallah. ciptaannya yang menggamit hati ini menggengam setia dan kasih di hati, lalu mengenali seseorang jejaka yang kini bergelar suami dan abah pada anak saya. Warna feveret dia jugak, sharing is caring kan?;)

Bersyukurlah atas kurniaannya memberi pelbagai warna dalam kehidupan kita, memberi peluang kita menikmati keindahanNya, merasai sentuhanNya, menggamit kasihNya melalui kesucian cintaNya pada kita...sekalian Manusia! Alhamdulillah.

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je