The best follower!

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Malaya Bolot Emas tapi 2 Penyokong Garuda Mati Dipijak

Salam dan hai readers,


Syukur alhamdulillah atas kejayaan Harimau Malaya membenamkan Garuda dengan Gol Penalti 4-3. Kejayaan yang diharapkan oleh jutaan rakyat Malaysia mahupun di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan atau penonton di Malaysia sendiri. Azu juga salah seorang dari jutaan penonton itu. Walaupun menyaksikannya di TV berseorangan tapi suasana hiruk pikuk nya macam di kedai mamak sebab jiran sebelah memang anak beranak layan bola sepak. Paling tak best bila sepakan penalti diorang jerit dulu baru Azu join jerit sama pasal Azu tengok siaran ASTRO. Ketinggalan betul kan. Malu sorang-sorang~huh


Skuad Malaysia juga selamat sampai di LCCT 8.15 pagi tadi bersama Jurulatih Ong Kim Swee. Pulang membawa sinar harapan rakyat Malaysia iaitu pingat EMAS. Walaupun bilangan emas tak dapat mengatasi Indonesia dalam Sukan Sea kali ke 26 ini, namun kemenangan menggondol EMAS dalam Bola Sepak memang amat membanggakan seluruh warga Malaysia. Syabas!


Namun, paling Azu tak seronok dan sangat sedih bila dapat berita kematian 2 penyokong Indonesia akibat rempuhan dan kesesakan dalam stadium. Seperti yang dilaporkan, rempuhan maut pada sukan-sukan utama, acara-acara muzik dan agama adalah perkara biasa di Indonesia. Keganasan dalam perlawanan bola sepak apabila tidak berpuas hati dan membuang objek berbahaya ke dalam padang selepas perlawanan turut menjadi kebiasaan. Azu tak ingin menyokong atau membantah kenyataan ini, biarlah kenyataan ini bisa difahami oleh semua sedalam-dalamnya. Biar damai dan selamat. Itukan lebih baik.


Sebelum perlawanan juga dilaporkan oleh media dimana satu insiden ngeri iaitu 2 lelaki Indonesia telah membakar sebuah pondok tiket di stadium apabila semua tiket habis dijual. Azu harap insiden ini tak akan berlaku di Malaysia kerana ini semua adalah tindakan yang merugikan orang lain juga diri sendiri. Semoga menjadi iktibar buat semua, maaf juga andainya ada ayat-ayat atau gambar yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak kerana ini sebagai ingatan buat semua supaya kejadian ini tidak berulang lagi.

Share n Luv from Azu!

Sumber: The Star Online, AFP, Oh! Aduhai website

5 comments:

Nory Zoulkefle said...

kesiann kan?...huhu,,

Ir. Jamal said...

Innalillah..mati sebab tengok bola. Mohon dijauhkan, Nauzubillah..

Biar la kita nie mati berjihad dijalan Allah. InsyaAllah,AMIN

azu said...

nory: kesian..tempat cmtu mmg berisiko..100 ribu org dlm tuu
jamal:setuju la jamal, mati tengok bola mmg tak berbaloi kan..

Unknown said...

tahniah malaysia..kesian pyokong indon tu:(

azu said...

farrah hasma: mmg kesian..tp nk wat cane kan..ramai bersesak dlm tu..xsedar je bole pijak org lain

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je