The best follower!

Monday, November 21, 2011

Perlawanan Hangat Harimau Malaya VS Garuda Sukan Sea ke 26


Salam dan hai readers,



Bersatu dan Bangkit!! Itu Slogan dari Penganjur Sukan SEA ke 26 di Jakarta dan Palembang - Indonesia. Biar semua menjadi saksi di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan tak kira penonton Malaysia dan Penonton Indonesia. Siaran Langsung di TV bakal menjadi siaran no 1 pilihan semua yang akan menyaksikan perlawanan bola sepak antara Harimau Malaya dan Garuda sempena Sukan Sea ke 26 malam ini. Azu bakal menjadi salah seorang dari penonton dari TV~harapan MENANG menggunung buat pemain Malaysia @ Harimau Malaya!

Azu memang tak pernah ketinggalan menyaksikan perjalanan Harimau Malaya dari awal sehingga akhirnya Malaysia bertemu semula dengan Indonesia untuk merebut pingat Emas demi negara masing-masing. Masing-masing ada kelebihan tersendiri namun diharap langkah skuad Harimau Malaya yang dipimpin oleh Ong Kim Swee lebih panjang untuk memburu kejuaraan di arena bola sepak di Sukan Sea ke 26 sepertimana kemenangan di Laos 2 tahun yang lalu.

Azu harap tiada sebarang insiden berlaku sebelum ataupun selepas perlawanan. Insiden yang menakutkan telahpun terjadi dimana pada Kejohanan Piala Suzuki 11 bulan yang lalu, pasukan Negara terpaksa menaiki kereta perisai ke stadium di Barakuda, Indonesia dan untuk kembali ke hotel yang disebabkan masalah keselamatan antara penyokong-penyokong di stadium.

Seperti kita sedia maklum, sukan melalui Perlawanan Bola Sepak antara Negara ASEAN telah banyak memberi kerjasama erat bukan saja dari segi ekonomi, politik dan sosial malah telah menyatupadukan sesame kita kan..Harap kedua-dua pasukan dan penyokong di stadium tetap dengan semangat kesukanan untuk menang yang tinggi, bukannya menang sorak dan bergaduh hingga manjatuhkan maruah negara masing-masing.

Azu tetap bersemangat walaupun Harimau Malaya menang atau kalah. Aijaz tak ketinggalan dengan gaya Khairul Fahmi Che Mat! Semangat lebih penting!!


Share n Luv From Azu!

Sumber: Image, Google, The Star Online, Berita Harian

5 comments:

||aLeaSaRa|| said...

hye sis!hrp sgt msia menang sbb dah byk indon malukan msia dr pelbagai kes :|

owh sedih hr ni kena ot tak dpt tgk bola huwaaa!

azu said...

aleasara: msia menang mmg harapan semua rakyat msia tu..semangat sukan je bole elak tu sume kan..xpe la aleasara..keje tetap plg utama kan. doa byk2 msia juara!

TwIstiEs*meSti Mau* said...

haha..kena rath sang garuda..haha
malysia boleh!!!
hmm
jemput singgh ye:)

Nory Zoulkefle said...

wahh...aijaz ade bakat utk gantikan Khairul Fahmi Che Mat..hehe

Farrah Hasna said...

malaysia menang!! yeah

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je