The best follower!

Thursday, November 17, 2011

Berjaya Air ke Pangkor dan Terbaru ke Langkawi!


Salam dan hai readers,

~Berjaya Air di Pulau Tioman, masa honeymoon dulu, wink~

Berita baik buat semua yang ingin menaiki pesawat ringan iaitu Berjaya Air ke destinasi pulau-pulau menarik seperti Pulau Pangkor dan akan menambah Pulau Langkawi sebagai destinasi baru esok. Azu tumpang gembira sebab 2 pulau itu memang pulau kegemaran Azu sejak kecil. Mana tidaknya, dari Azu kecil, keluarga Azu sering bercuti ke pulau-pulau indah itu yang menjanjikan permandangan dan cuti yang mengasyikkan. ~haha promosi pulau di negeri sendiri, boleh kan??~

Berjaya Land Bhd yang seterusnya adalah satu unit Berjaya Corporation telah menghentikan penerbangan domestic ulang-alik laluan Subang-Pangkor-Subang sejak Mei tahun lalu atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Pada masa ini, mereka hanya menawarkan penerbangan dari Terminal Subang ke Pulau Tioman, Redang dan Koh Samui dan dari Terminak Singapura ke Tioman dan pulau Redang.

Untuk pengetahuan semua, Berjaya Air menawarkan tambang penerbangan pergi-balik beserta kurang cukai dari RM 200 dan RM 260. Ia akan terbang 3 dan 4 kali seminggu masing-masing ke Pangkor dan Langkawi.

Dulu keluarga Azu meniaga baju-baju Pangkor, sebab tulah keluarga Azu sering mendapatkan barang-barang dari sana. Walau kami tak bercuti lama-lama pun, kami masih boleh balik hari pasal mak Azu berniaga kat pekan Lumut. Kalau kawan-kawan berhasrat nak pergi Pulau Pangkor dengan feri (45 minit je, tambang RM 6++ )pun boleh tapi kena melalui pekan Lumut-Manjung, Perak iaitu kampung Azu yang aman permai. ~Serios la kawan-kawan, bila Azu kecil dulu, mak Azu berniaga..Azu sorang-sorang pegi tepi laut tengok pemandangan indah laut yang tidak berpenghujung tu. Dulu-dulu tak takut nak kene kidnap ke ape ke pasal semua orang berniaga kat situ memang kenal Azu anak siapa. Kalo sekarang, entah la kan..

~jeti Lumut kalau nak naik feri ke Pangkor, tapi kalau naik flight naik dari Terminal Subang terus ke Pangkor~

Kalau pergi Pulau Langkawi pulak memang best pasal kita boleh shopping macam-macam barang  terutamanya coklat kerana bebas cukai.  Sangat murah, menyenangkan sambil menikmati pulau yang sangat cantik.

Setakat ini dulu cerita pasal kampung Azu ye. Nanti Azu promosi lagi kampung Azu yang cantiknya korang akan tahu bila dah sampai sini. Jangan lupa borong sotong dan ikan bilis yang sedap-sedap disini ye.

Share n Luv From Azu!

Sumber: B.K Sidhu, The Star Online

6 comments:

nory zoulkefle said...

teringin nak pegi langkawi...nak shopping kt sne ..

Zuwairi said...

teringin nak g pangkor lagi ;)

Ir. Jamal said...

Wah, lama dah Jamal tak singgah sini, sorry Azu..:-)

InsyaAllah malam nie Jamal nak bertolak ke Pulau Langkawi. Nak pergi bercuti rehatkan minda. Excited nie..hehe

>my blog...Oil and Gas Blog

azu said...

nory:klo nk holiday kt msia,mesti pegi langkawi!sopping tax free..he
zuewairy:pangkor still te best..azu blm smpat g pangkor laut..walo mahal, tp mmg happening!
jamal: its ok jamal.free2 sggah lagi ye.wah wah bestnya..hepy holiday jamal!sopping byk2 tau..esp cokelet la.hi2

SoLy SoLicious said...

pergh..menarik !!

Cute MuM said...

tak tau pulak ada flight ke pangkor..
macam best jer..
tahun lepas ada pergi lumut, adik ipar kawen..
tapi tak sempat nak pergi pangkor..
lain kali nak pergilah..

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je