The best follower!

Wednesday, October 19, 2011

Menakjubkan..Perpustakaan Selangor Bertaraf Dunia!

Salam dan hai readers,

Pengalaman melangkah masuk ke dalam perpustakaan Selangor bagaikan masuk ke dalam bangunan kerajaan bertaraf dunia yang mampu memukau pandangan setiap orang yang singgah menjengah. Sejak dapat email tentang Pepustakaan itu seminggu yang lepas, dan sudah sekian lama tinggal di Shah Alam..sekarang baru Azu tahu adanya perpustakaan moden bertaraf dunia di Shah Alam, Selangor iaitu hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor. Harap Azu tak ketinggalan sangat~huh





Bangunan yang anda lihat pada gambar di atas merupakan sebuah perpustakaan yang letaknya di Seksyen 13, Shah Alam. Jika anda pertama kali melihatnya, pasti anda tidak menyangka bahawa bangunan tersebut adalah sebuah perpustakaan kerana bangunannya yang nampak sangat mewah.

Perpustakaan tersebut bernilai RM70 juta dan baru sahaja dibuka sekitar bulan Julai lalu. Melihat keadaan dalamnya menerusi gambar-gambar kat bawah ni, boleh kami katakan yang ianya adalah sebuah perpustakaan di Malaysia yang bertaraf dunia. Ya, bertaraf dunia. Anda lihatlah sendiri.










~wah wah eskalator pun ada!~


Tiba hari minggu memang hari yang Azu nanti-nantikan, Azu akan pastikan kami satu family iaitu Azu, en hasben dan si kecik Aijaz berkunjung ke perpustakaan ni. Idea yang baik menggantikan hobi Azu yang suka window shopping di hari minggu kan..wa wa wa..tapi Azu tetap puas hati sebab Azu sangat sukakan buku!! Biar si Aijaz membiasakan diri dengan membaca buku dan meluaskan pandangannya untuk masa depan, insyaallah~






~tasik yang indah berhampiran~

~kad ID untuk kanak-kanak 0-12 tahun, mudahlah nak pinjamkan aijaz buku nanti, dewasa pakai IC je~

Kedudukan perpustakaan ni agak tersorok sedikit jadi sangat perlu PENUNJUK ARAH sebaiknya diletakkan bermula dari bulatan batu 3 [ Stadium Melawati ] depan Petronas Station supaya mudah mencarinya. Lebih baik lagi dimulai dari Sekitar Bangunan PKNS / Mesjid Negeri / Bulatan Kayangan....Insyaallah.


Info tambahan:
- Perpustakaan ini merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor.
- Menyediakan perkhidmatan XD theater / 6D theater.
- Menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur.
- Dilengkapi dengan ruangan bermain untuk kanak-kanak.
- Semua komputer yang disediakan di perpustakaan ini berjenama Apple.

Share n Luv from Azu!

9 comments:

Ir. Jamal said...

Wah..macam menarik je perpustakaan nie...

InsyaAllah kalau ada masa lapang nanti boleh la Jamal datang sini ....

:-)

Oil and Gas Blog

shazlynn fazlynn said...

wah cantik betul...mewah gila heheh;) kalau pi selangor nak singgah lah hahah ;)

Myalycia said...

cantiknya... mmg raja berjiwa rakyat.. kt xprnah pg.. nnt nk pg la..

fiQRa said...

perghhh gila ah.. besar tak hengat..rasa nk pegi jugak lah :)

Unknown said...

tak pernah tahu kewujudan perpustakaan ni

azu said...

Jamal:sggh menarik la jamal.dtg tau!;)
shazlynn:mmg mewah.tarikan utama tu!
Alycia:pg la sggh Alycia, junjung sultan selangor!
fiq'ra:sgt besar dan teruja!!
Bean moreno:azu pn bru tau..rpnya dh rasmi since julai thn ni. dtg ye!

NiGhTiNaNgLe_FARA said...

jum join ga nih...

http://kpopfa93.blogspot.com/2011/10/25-things-random-giveaway-by.html

Faaein Talip Roy said...

perghh.. kalau ada diizinkan-Nya.. saya teringin nak pergi sana.. memang nampak exclusive habislah... teringat dekat IRC UTP.. ^^,

||aLeaSaRa|| said...

owh dulu mmg duduk shah alam seksyen 18..memebesar di sana ngeee ^^

owh tak tau pulak ada lagi library,dulu study library yg dkt ngan PKNS tu je.kite ni ulat buku...mesti pergi ni...tq 4 this info ye:)

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je