The best follower!

Tuesday, October 18, 2011

Kanak-Kanak 3 tahun Digilis Depan Mata

Salam dan hai readers,


Berita malam semalam amat mengejutkan Azu. Satu insiden ngeri berlaku di negara China semalam dimana seorang kanak-kanak perempuan bernama Yue Tue berumur 3 tahun yang terbaring selepas dirempuh dan digilis oleh van sebanyak 2 kali. Siap langgar dan mengundurkan vannya. Lepas tu blah cam gitu je. Kemudian, sebuah kenderaan lain turut menggilisnya sekali lagi di luar kedai milik keluarganya di bandar Foshan, China. Dilaporkan seramai 18 orang saksi turut menyaksikan insiden itu namun hanya mampu memandang kanak-kanak tersebut. Saksi ke 19 iaitu seorang yang bekerja sebagai pengutip sampah di sekitar kawasan tersebut dengan pantas mengangkat kanak-kanak tersebut selepas menyaksikan kejadian ngeri itu.



Pemandu tu seharusnya berhati-hati bila melalui ruang sempit itu kerana ramai orang lalu lalang berhampiran. Ibu bapa juga berperanan memastikan anak-anak selamat dan tidak melalui kawasan yang membahayakan.Saksi yang berada di tempat kejadian turut bertanggungjawab kerana mereka saksi utama kejadian tersebut dan mampu menyelamatkan kanak-kanak tersebut sebelum terlambat. 

Semoga semua mendapat iktibar dari kejadian ini termasuklah Azu sendiri terutamanya ketika memandu kereta. Teringat bila nak parking kereta di rumah Azu, sempat lagi budak-budak di kawasan perumahan Azu tu bermain sorok-sorok di celah-celah kereta yang lain. Semoga anak-anak tersebut jauh dari bahaya seperti video tu. Siapa nanti yang harus dipersalahkan? 

Share n Luv from Azu!

Sumber: Mymetro

4 comments:

JAMALUDDIN ABU BAKAR said...

Jamal tak boleh tengok video nie..memang sadis gile..

:-(

KaK LimAh Si SupiR said...

dasat gile kannn..memg kejam!

UYC said...

mcm hape je.. :(

azu said...

jamal: xsggup tgk jugak..tp kebenran msti dicari!
kak limah supir:kejam.rpnya ade citer dsebaliknya..
UYC: mmg xbetul..buta kut!

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je