The best follower!

Thursday, June 2, 2011

Perfected d art of taking ur own pics? Be the #CutestThing & grab the crown from Churpie the Churp Churp Bird

Perfected d art of taking ur own pics? Be the #CutestThing & grab the crown from Churpie the Churp Churp Bird

Wednesday, June 1, 2011

14 Langkah Terbaik Agar Anak-Anak Cintakan Buku!


Salam dan hai readers,



Purata seorang membaca 2 buah buku setahun di Malaysia, kita sepatutnya AMAT BIMBANG! Percaya atau tidak? 28 juta rakyat M'sia tak suka baca buku KLIK SINI  Itu kata-kata Mohd Mujahid Ismail yang sudi berkongsi 14 cara menggalakkan anak-anaknya minat & cinta untuk membaca di ParenThot. Jom kita baca2!

1. Jadikan Membaca satu Kebiasaan

Libatkan anak-anak dalam aktiviti yang perlukan buku atau alat bacaan. Praktikkannya setiap hari supaya menjadi sebahagian dari kehidupan. No Books, no Life! ~prinsip baru untuk Azu, anda bagaimana?

2. Teruja nak Pergi Pesta Buku

Update anak-anak dengan berita terbaru tentang pesta buku atau ‘book fair’ yang berhampiran. Pesta Buku 2011 baru-baru ni KLIK SINI  Jangan exited sangat bila tau ade sales kt sogo je, terus meluru pergi! ~macam kenal je orang tu!:)

3. Potong Saluran ASTRO atau Tutup TV

Siapalah sanggup nk potong line astro kan? Tapi kalau betul anda sanggup, anak-anak akan abis idea nak buat apa kat rumah, at last cari mainan atau buku untuk dibaca! Tutup TV pada masa-masa tertentu dalam setengah jam untuk membaca buku. Jadikan kebiasaan setiap hari sehingga anda akan menyedari anak anda tidak hairan akan program tv yang anda tonton!

4. Pergi ke zoo dengan buku bergambar binatang!

Belikan buku dengan gambar binatang sekiranya anda bawa anak-anak ke zoo. Bandingkan binatang yang dilihat dengan gambar dalam buku, anak-anak anda akan teruja! Dirumah nanti, pasti anak-anak akan menggambarkan betapa besarnya si gajah!

5. Tutup TV semasa waktu puncak

Tutup TV dalam pukul 8 malam (waktu istirehat bersama keluarga) untuk duduk dan membaca. Anak-anak akan beri sepenuh perhatian untuk membaca atau mendengar cerita buku dari kita! Tak rugi kalau tak tengok 
berita 8 malam kan.:)

6. Belikan Buku Ipad atau Buku Ipod dan Aplikasi Interaktif

Ada banyak buku dan aplikasi interaktif untuk anak-anak. Sebahagian besar aplikasinya adalah agak murah dalam US $ 0,99 - iaitu sekitar RM3.50. Teknologi ini adalah peranti untuk anak-anak lebih maju ke hadapan!
  
7. Makan buku, Tidur Buku dan Minum Buku

Ubah kebiasaan rutin kehidupan keluarga anda. Galakkan anak-anak membawa buku dimana saja mereka pergi iaitu di setiap sudut rumah atau kunjungan ke tempat menarik yang lain setiap hari.

8. Buku, Buku, dan Buku

Beli buku atau apa saja yang berkaitan dengan buku. Bila dah ada koleksi buku, belikan rak buku supaya buku yang banyak dapat disusun dengan cantik serta dapat dicari dan dibaca pada bila-bila masa saja.

9. Buku sebagai Hadiah Hari Jadi


Sungguh bertuah sekiranya anak-anak anda dapat buku sebagai hadiah hari jadi. Itu menjadikan buku sebagai hadiah paling bermakna setiap tahun baginya. Selain hadiah berupa buku, hadiah tak berupa buku boleh 
disertakan. Itu cara yang boleh menggalakkan anak-anak mencintai buku!

10. Membeli buku murah untuk bacaan ‘on the spot’

Belikan buku murah untuk bacaan mereka ‘on the spot’ setiap kali semasa ibu-ibu membeli barang-barang keperluan bagi mengelakkan anak-anak bosan menunggu.


11. Buku sebagai Mainan Baru

Fikirkan Buku baru sebagai Mainan Baru. Buku adalah keutamaan untuk anak-anak melainkan mainan akan dibeli sekiranya ia boleh menggalakkan anak-anak berfikir lebih banyak.

12. Kita sebagai ibu bapa juga perlu Membaca setiap hari


Kita sebagai ibu bapa adalah contoh terbaik untuk anak-anak. Ingat, jika kita suka membaca setiap hari, anak-anak pasti terikut sama!

13. Menulis Buku Sendiri

Menarik kan sekiranya kita dapat bercerita tentang penulisan kita sendiri dan menggambarkan anak-anak sebagai superhero atau watak utama dalam cerita kita. Itu boleh menarik perhatiannya untuk membacanya!



14. Pergi ke kedai buku jika berkunjung ke Pusat Membeli belah

Mengapa tidak kita singgah ke kedai-kedai buku sekiranya anda membeli belah atau berjalan-jalan bersama keluarga? Pembaca-pembaca di dalamnya akan memberi inspirasi untuk duduk membaca berjam-jam 
lamanya!

Kesimpulannya, kata Mohd Mujahid Ismail lagi, sebagai ibu bapa, kita berperanan membentuk anak-anak minat dan cinta pada buku. Maka, tunggu saja bakal pemimpin, bakal ilmuan dan generasi masa hadapan yang menghargai betapa pentingnya ilmu dan mewujudkan masyarakat berpengetahuan. Buku adalah caranya!

Share n luv from Azu!

Sumber:
Pic: google

Rakyat Malaysia 28 Juta Tak Suka Baca Buku!

Salam dan Hai readers!


Azu tahu tajuk ni bukan perkara pelik atau pertama kali anda dengar kan. Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ni sekitar Lembah Klang terutamanya Tren LRT, Perhentian Bas, Perpustakaan Negara (PNM), Universiti, Pusat Beli Belah jelas menunjukkan rakyat Malaysia memang tak sukakan buku!


 (Pic atas: Tinjauan Utusan Malaysia di tren LRT, xde seorang pun membaca buku, majalah atausuratkhabar!)

Statistik tahun 1997 menunjukkan rakyat Malaysia membaca satu muka surat dalam setahun dan ‘meningkat’ dua muka surat tahun 2002! Peningkatan yang tidak mengujakan..ye ke?

Pelbagai inisiatif dijalankan seperti ‘Kempen Membaca Kebangsaan’ dan Membaca 1Malaysia, ‘Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan’ anjuran PNM dan Keretapi Tanah Melayu (KTMB). Terbaru, kempen Baca@LRT dilancarkan menghubungkan lebih 100 peminat buku dan pembaca tegar menerusi laman social Facebook. Namun, kempen tersebut gagal menarik minat hati rakyat Malaysia!

Kenapa dan mengapa semua ni terjadi?

Terus-terang Azu memang tak sempat nak membaca di rumah, tapi bila Azu keluar jalan-jalan dengan family, Azu memang suka singgah kedai buku seperti  Borders, MPH, Popular untuk membaca. Memang teruja tengok ramai pembaca buku disana, tambah exited lagi bila tengok kanak-kanak bersila di samping buku disisi. Tapi amat menyedihkan, dalam purata  10 orang pembaca, Melayu cuma 2 orang!


(pic ats: harap si kecil Aijaz minat membaca macam babah nya!)

Bagi Azu, biar secanggih mana pun teknologi, buku tetap no 1, buku boleh dibeli, dibaca, disimpan sebagai koleksi kegemaran dan boleh dibaca semula! Maklumlah, impian Azu nak memiliki sebuah bilik bacaan di rumah pasti akan tiba jua, insyaallah!

Share n Luv from Azu!

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je