The best follower!

Friday, September 23, 2011

Jumpa Ronald McDonald LIVE !!

Salam dan hai readers,

Blog yang telah lama ditinggalkan namun masih tetap di hati Azu sampai bila-bila. Banyak aktiviti baru namun kekangan masa di depan laptop membataskan Azu update entry baru azu. Ha, walaupun macam tu, Azu masih berusaha mencuri masa dan peluang bila terfikir betapa seronoknya berjumpa dengan Ronald McDonald secara LIVE semalam!!hehe~

Yang paling seronok sudah tentu si kecil Azu iaitu si Aijaz~kekadang konfius jugak siapa sebenarnya yang exited...adakah ummie atau babah si Aijaz?


Azu pun mula-mula tak tahu nama asal maskot McD ni. Bila order dan dapat makanan, En hasben bersama Aijaz terus ke tingkat atas dan ternampakla maskot ini dan ramai kanak-kanak mengerumuninya. Ingatkan 'Birthday Party', dia pun turun semula lantas terpandanglah notis di papan nota McD tu. LIVE with Ronald McDonald!! Okeh. Semangatla kami naik atas semula..hehe.Jom kita tinjau-tinjau 

 Siapakah dia Ronald McDonald?

Ronald McDonald adalah tokoh badut maskot utama restoran segera McDonald's. Dalam iklan TV, badut ini tinggal di dunia fantasi bernama McDonaldland, tempatnya bertualang bersama teman-temannya Mayor McCheese, the Hamburglar, Grimace, Birdie the Early Bird, dan The Fry Kids. Namun belakangan ini, McDonaldland sebahagian besarnya sudah tidak digunapakai lagi. Ronald lebih sering digambarkan bermain bersama anak-anak di dunia nyata.

Pekerjaan sebagai badut Ronald McDonald banyak dilakukan orang sebagai mata pencarian tetap. Mereka mengenakan kostum Ronald McDonald, dan mengunjungi kanak-kanak di hospital. Ada juga penginapan Ronald McDonald House, dan tempat orang tua dapat menginap ketika mereka harus menjaga anak yang sedang dirawat di hospital.

 ~suka si aijaz tengok Ronald McDonald tu bercerita kisah si tikus dan si singa, lepas ini ummie kene make up macam tu bila nak tarik Aijaz minat baca buku..hehe~

~Sumber Ronald McDonald: Wikipedia

2 comments:

KaK LimAh Si SupiR said...

ahaha..nt bile dh make mcm ronald mcdonald jgn lpe post kat sini..ekekkekke :P

azhariahzuber said...

kami pun teruja. selama ni tangkap kat patung dia je

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je