The best follower!

Wednesday, September 14, 2011

Susah Betul Nak cari Restoran Melayu Bila Musim Raya nih..

Salam dan hai readers,


Bila ramai orang lain mengunjungi rumah terbuka di hari raya, kami pulak sibuk cari kedai makan untuk santapan tengahari kami. Walaupun bukan satu Shah Alam kami cari, tapi kedai-kedai makan feberet kami area tu satu pun tak de yang buka. Azu tahulah sekarang musim Hari Raya, tapi tak kesian ke kat kami yang pusing satu Shah Alam ni.Opss terlebih sudah..

Hampir seharian terperap kat rumah ~ dengan alasan tidur tak hengat, kami keluar dengan perut yang sangat berkeroncong dan berdondang sayang. Bukannya tak mahu masak, tapi lauk basah licin kami habiskan malam sebelum tu..masak nasi goreng dengan udang dan sayur bayam~opss sayur bayam itu dilempar-lepar aje pasal itu je ada dalam peti ais kan~hee

Cari punya cari tanpa jemu..akhirnya kami jumpa gak dengan restoran TAT Nasi Ayam. Seksyen 15 Shah Alam iaitu10 minit je dari HOme Sweet HOme kami. Walaupun en hubby tak suka nasi ayam dan Azu makan apa saja~heehe, kami tetap singgah dengan lapar yang amat sangat. Nak pegi KFC, McD, Pizza Hut adalah dekat-dekat tu, tapi mana maunya..pasal perut kami ni perut orang melayu..pio punye..kalo ajak makan breakfast n fast memang oke punya lah ~macam tu pulak?..Sabor jelah kan. Aijaz pon nampak tak keruan layan perut lapar dari tadi..tengoklah gaya dia yang kitaorang kadang-kadang memang tak 'terlayan'!

 ~budak tengah lapar, cam ginilah gayanya~

~kita pun lapar, apetah lagi si kecik ni bila disuapkan nasi ayam~

Bila sudah kenyang, memang sudah dijangka nasi ayam yang menyelerakan tadi yang penuh satu pinggan kini dah licin, tinggalkan tulang je sebagai bukti makanan yang sedap dan menyelerakan. Alhamdulillah dan diucapkan terima kasih kerana membuka kedai makan buat kami. ~Lega bila perut sudah siap diisi kan..hehe. Baru kami perasan rupanya kedai makan itu baru sebulan dibuka, tengah promosi nasi ayam dia. Selain itu ada jugak jual laksa spesel, mee kari dan sate (petang sahaja). Harapan kami biarlah restoran Melayu macam ni terus berjuang dan tetap buka terutamanya hari perayaan macam ni dan bila restoran lain masih tutup kerana sumber rezeki kan dimana-mana, bila-bila masa. Asalkan rajin buka kedai!

~air laici dia memang best pasal 6 ketul jugak rasanya~

Share and Luv from Azu!

2 comments:

Bro ahmad said...

sedapnya..kalau tak bukak kedai makan..kfc comferm bukak hmm

Eddy Dce said...

bestnya makan nasi ayam...dah lame x makan nasi ayam...hehe... :)

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je