The best follower!

Wednesday, November 16, 2011

Orang Malaysia Paling Ramai Dengar Radio?


Salam dan hai reader,



Terlebih dahulu, Azu nak melahirkan rasa bangga dengan kajian yang dikeluarkan ni. Walaupun bancian ini tidaklah mengharumkan nama Malaysia sangat tapi tempiasnya tetap ada kan terutamanya kepada rakyat Malaysia yang secara langsung terlibat dalam bancian ni. Hehe~ bukannya apa. Sebab utamanya pasal Azu adalah salah seorang dari pendengar siaran radio setiap pagi memandu ke ofis dan setiap petang apabila memandu pulang ke rumah. Pheww~

Asia Pasifik: Rakyat Malaysia paling ramai dengar siaran radio

15/11/2011 10:22pm

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Rakyat Malaysia merupakan pendengar radio paling ramai di Asia Pasifik dengan purata masa pendengaran 21 jam dan 34 minit seminggu, menurut Pengukuran Pendengar Radio (RAM) Nielsen.
Nielsen berkata, berdasarkan bancian baru-baru ini, didapati sembilan dari 10 pengguna di Semenanjung Malaysia berumur 10 tahun ke atas mendengar radio.
"Purata masa untuk mendengar siaran radio di Malaysia adalah yang tertinggi di kalangan enam pasaran Asia Pasifik yang diliputi bancian berkenaan,” kata kenyataan Nielsen.
Bancian berkenaan mewakili 3,000 individu sebagai sampel yang dijalankan dari 7 Mac hingga 2 Oktober lalu.
Nielsen juga berkata, perbelanjaan pengiklanan di radio antara Januari dan September 2011 meningkat kepada 8.9 peratus (RM315.3 juta) berbanding tempoh yang sama tahun lalu, yang mewakili 4.4 peratus jumlah keseluruhan perbelanjaan pengiklanan di Malaysia tidak termasuk rampai iklan. – Bernama


Bancian yang dikeluarkan ini pastinya mempunyai faktor utama kan. Pastinya pemandu-pemandu di Malaysia tertekan kerana terpaksa melayan 'jam' atau kesesakan lalulintas di sepanjang perjalanan ke ofis. Di samping itu, dengan bilangan kereta yang semakin bertambah turut menyumbang. Emm, siapalah yang harus salahkan bila kita terpaksa layan kesesakan ini setiap pagi?? Haha, Tepuk dada tanya diri sendiri okeh..

Share n Luv from Azu!

Sumber: Utusan Malaysia

4 comments:

Muhammad Naim Abdullah said...

SALAM

naim skong entry ini.

EkaTikah said...

huhu, betul kot statement tu..tikah pun sebelum tidur mesti dngr radio dulu...hehe :)

nory zoulkefle said...

sokong..setiap pg ondway pi opis mesti dgr Hot.FM (panggilan hangit)...heheh

SoLy SoLicious said...

waahh.. sy pun suke dgr radio..hee

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je