The best follower!

Thursday, September 29, 2011

Layan Jam Sepanjang Jalan gara-gara Empire Shopping Gallery Meletup!

Salam dan hai reader,

Semalam 28 Sept 2011, tepat 3:45 pagi terjadi letupan di tingkat bawah pusat membeli-belah Empire Shopping Gallery yang dipercayai dari kebocoran gas di tingkat bawah, kata Timbalan Pengarah Jabatan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd Sani Harul. Letupan itu menyebabkan impak besar-besaran di sepanjang jalan 300m dari pusat membeli-belah.


Jabatan Kerja Raya dan perunding pembinaan sivil juga dipanggil untuk mengkaji tiang dan struktur dalam seluruh bangunan untuk menilai jika bangunan mengalami kerosakan struktur yang serius. Kesan paling teruk telah mengakibatkan 40 kedai runcit dan premis perniagaan telah rosak oleh letupan.

Memang menyedihkan. Mana taknya, shopping mall tu memang tempat feberet Azu & en hasben dengan Aijaz kalau jalan-jalan area Subang Jaya. Nampaknya sekarang, kene blacklist dari senarai feberet. Bukan apa, baik kita elak dari tempat-tempat yang mengundang bahawa. Memang la malang tak berbau, ajal tak kenal siapa. Tapi lebih baik sediakan payung sebelum hujan kan...hah semua peribahasa dah keluar untuk entry yang julung-julung kali dari Azu ni kan..hehe~

 ~Selalu kereta Azu duduk kat depan traffic light tu, tapi sekarang??~

~TGI Friday's, Subang Jaya berhampiran tempat kejadian~

Lagi tertekan bila diorang dah buat operasi..yelah selagi belum dikenalpasti punca sebenar kejadian..diorang tu polis, bomba, engineer sivil dan thah sape-sape lagi telah menyebabkan orang awam seperti Azu  'syok' melayan jam kat situ. Nak ikut jalan lain, lagi jam..jalan tulah jalan alternatif Azu ke opis pagi-pagi. Nampaknya, ada orang kene bangun pagi-pagi sebelum subuh ni...hehe sapa lagi kan..hai nasib badan~

Okeylah..harap dapat share lagi dengan kawan-kawan lain. Share n Luv From Azu..sayang semua..rindu kat blog ni bila dah lama tak menjengok!~

Sumber: The Star Online

Friday, September 23, 2011

Jumpa Ronald McDonald LIVE !!

Salam dan hai readers,

Blog yang telah lama ditinggalkan namun masih tetap di hati Azu sampai bila-bila. Banyak aktiviti baru namun kekangan masa di depan laptop membataskan Azu update entry baru azu. Ha, walaupun macam tu, Azu masih berusaha mencuri masa dan peluang bila terfikir betapa seronoknya berjumpa dengan Ronald McDonald secara LIVE semalam!!hehe~

Yang paling seronok sudah tentu si kecil Azu iaitu si Aijaz~kekadang konfius jugak siapa sebenarnya yang exited...adakah ummie atau babah si Aijaz?


Azu pun mula-mula tak tahu nama asal maskot McD ni. Bila order dan dapat makanan, En hasben bersama Aijaz terus ke tingkat atas dan ternampakla maskot ini dan ramai kanak-kanak mengerumuninya. Ingatkan 'Birthday Party', dia pun turun semula lantas terpandanglah notis di papan nota McD tu. LIVE with Ronald McDonald!! Okeh. Semangatla kami naik atas semula..hehe.Jom kita tinjau-tinjau 

 Siapakah dia Ronald McDonald?

Ronald McDonald adalah tokoh badut maskot utama restoran segera McDonald's. Dalam iklan TV, badut ini tinggal di dunia fantasi bernama McDonaldland, tempatnya bertualang bersama teman-temannya Mayor McCheese, the Hamburglar, Grimace, Birdie the Early Bird, dan The Fry Kids. Namun belakangan ini, McDonaldland sebahagian besarnya sudah tidak digunapakai lagi. Ronald lebih sering digambarkan bermain bersama anak-anak di dunia nyata.

Pekerjaan sebagai badut Ronald McDonald banyak dilakukan orang sebagai mata pencarian tetap. Mereka mengenakan kostum Ronald McDonald, dan mengunjungi kanak-kanak di hospital. Ada juga penginapan Ronald McDonald House, dan tempat orang tua dapat menginap ketika mereka harus menjaga anak yang sedang dirawat di hospital.

 ~suka si aijaz tengok Ronald McDonald tu bercerita kisah si tikus dan si singa, lepas ini ummie kene make up macam tu bila nak tarik Aijaz minat baca buku..hehe~

~Sumber Ronald McDonald: Wikipedia

Thursday, September 15, 2011

Ko GILA ke, sesuka hati Nak LANGGAR kereta aku?

Salam dan hai readers,


Syukur alhamdulillah kerana Azu dikurniakan kesihatan yang baik, anak yang mendengar kata seperti Aijaz~dalam usaha mendidik ni walaupun sesukar mana serta en hubby yang penyayang. Kalau bukan kerana Nikmat dan kurniaNya, Azu tak sempatlah nak keluar entry tak puas hati macam hari ni..yelah mana tau Azu di hospital ke kerana accident, atau Azu di balai polis ke kerana membuat aduan sakit hati kat driver GILA hari ni. 

Ya Allah, tenangkanlah hati aku. Mulut Azu tak habis-habis sumpah seranah driver saga hitam tu sepanjang la bermula eksiden tu sampaila Azu sampai opis. Kalau mulut ni terkumat kamit berzikir ke, dapat jugak pahala untuk Azu kan~ Insiden ni bermula di trafik light tu. Kereta Azu di lane kanan, selepas lampu hijau, Azu jeling-jeling gak ke cermin sisi dan pastikan tiada kereta dan bagi signal dengan jayanya untuk masuk ke lane kiri untuk naik ke flyover menuju ke Petaling Jaya.

Tiba-tiba tercengul satu kereta saga hitam metalic menghimpit di kiri kereta Azu. Aik, tadi takde kete, tetiba ada pulak. Mungkin kete tu muncul dari belakang kete Azu agaknya. Bila Azu dah berada di lane kiri dan si saga tu sebok jugak nak himpit di celah divider dan kete Azu, terlopong jugak lah Azu, dia ingat dia naik kete budak kecik ke atau naik basikal ke nak tembus celah sempit tu? Takkan la Azu tetiba nak himpit ke kanan bila Azu dah mula naik flyover sempit tu, tak pasal-pasal Azu jadi mangsa langgar divider. Huh

Memang sahla Azu berjaya naik dulu kan. Si mamat yang tak puas hati tu menghimpit kereta Azu dengan sangat rapat macam nak langgar kereta Azu, siap bagi highbeam lagi. Azu drive laju-laju sikit, takut dia emergency ka, bini dia nak bersalin ka. Nampak muka bini dia cam masam-masam mencuka je kat sebelah. Azu syak diorang tengah gaduh ni. Si mamat tension, ape lagi amik kesempatan drive laju-laju pulak. Bila turun dari flyover tu, Azu masuk lane kiri nak bagi laluan pada si mamat saga tadi, dengan tak disangka-sangka dia meluru ke sisi kanan kereta Azu dengan gaya  macam nak rempuh kereta Azu dan lari. Syukur Azu dengan pantas membelok ke kiri dengan pantas, nasib takde kereta lain di kiri Azu. Ni gambar yang Azu sempat amik bila dia meluru laju ke depan~nak lari konon nye tu. No Plate for sure Azu amik. Harap korang tak nampak la no plate tu..biar Azu settle sendiri dengan dia satu hari nanti..;(

Ya Allah, Azu berdoa yang Azu tak jumpa  kereta dan si mamat saga ni lagi. Kalau jumpa jugak, Azu dengan senang hati akan menasihati dia, jangan sesuka hati nak langgar kereta orang lain kalau awak tak kisah kereta awak kemek demi melayan perasaan geram awak sendiri. 

Jaga diri, hiasi peribadi bila memandu di jalan raya wahai si mamat saga. Kalaulah saya ni pregnant ke ape ke, sampai cedera atau mati ke, awak nak bertanggungjawabkah..apa awak nak jawab kat family saya nanti?

Dengar jugak kata orang, driver perempuan memang bawak slow. Azu akui kerana wanita ni kan memang semulajadinya lemah lembut, memerlukan belas kasihan si gagah nya lelaki untuk melindungi mereka? Kalau lelaki macam mamat saga tu memang tak boleh diharap. Harap menjadi iktibar buat diri Azu dan semua.

Share n Luv from Azu...masih mengigil tangan Azu ni pasal mengelak kereta mamat gila tadi..huhhh

Wednesday, September 14, 2011

Susah Betul Nak cari Restoran Melayu Bila Musim Raya nih..

Salam dan hai readers,


Bila ramai orang lain mengunjungi rumah terbuka di hari raya, kami pulak sibuk cari kedai makan untuk santapan tengahari kami. Walaupun bukan satu Shah Alam kami cari, tapi kedai-kedai makan feberet kami area tu satu pun tak de yang buka. Azu tahulah sekarang musim Hari Raya, tapi tak kesian ke kat kami yang pusing satu Shah Alam ni.Opss terlebih sudah..

Hampir seharian terperap kat rumah ~ dengan alasan tidur tak hengat, kami keluar dengan perut yang sangat berkeroncong dan berdondang sayang. Bukannya tak mahu masak, tapi lauk basah licin kami habiskan malam sebelum tu..masak nasi goreng dengan udang dan sayur bayam~opss sayur bayam itu dilempar-lepar aje pasal itu je ada dalam peti ais kan~hee

Cari punya cari tanpa jemu..akhirnya kami jumpa gak dengan restoran TAT Nasi Ayam. Seksyen 15 Shah Alam iaitu10 minit je dari HOme Sweet HOme kami. Walaupun en hubby tak suka nasi ayam dan Azu makan apa saja~heehe, kami tetap singgah dengan lapar yang amat sangat. Nak pegi KFC, McD, Pizza Hut adalah dekat-dekat tu, tapi mana maunya..pasal perut kami ni perut orang melayu..pio punye..kalo ajak makan breakfast n fast memang oke punya lah ~macam tu pulak?..Sabor jelah kan. Aijaz pon nampak tak keruan layan perut lapar dari tadi..tengoklah gaya dia yang kitaorang kadang-kadang memang tak 'terlayan'!

 ~budak tengah lapar, cam ginilah gayanya~

~kita pun lapar, apetah lagi si kecik ni bila disuapkan nasi ayam~

Bila sudah kenyang, memang sudah dijangka nasi ayam yang menyelerakan tadi yang penuh satu pinggan kini dah licin, tinggalkan tulang je sebagai bukti makanan yang sedap dan menyelerakan. Alhamdulillah dan diucapkan terima kasih kerana membuka kedai makan buat kami. ~Lega bila perut sudah siap diisi kan..hehe. Baru kami perasan rupanya kedai makan itu baru sebulan dibuka, tengah promosi nasi ayam dia. Selain itu ada jugak jual laksa spesel, mee kari dan sate (petang sahaja). Harapan kami biarlah restoran Melayu macam ni terus berjuang dan tetap buka terutamanya hari perayaan macam ni dan bila restoran lain masih tutup kerana sumber rezeki kan dimana-mana, bila-bila masa. Asalkan rajin buka kedai!

~air laici dia memang best pasal 6 ketul jugak rasanya~

Share and Luv from Azu!

Thursday, September 8, 2011

Hari Raya yang menjanjikan kegembiraan!

Salam dan hai readers,

~bersama ayahbonda~

Alhamdulillah. Sudah 10 Syawal kita meraikan hari raya. Hari Raya adalah masa bergembira buat semua umat Islam setelah sebulan berpuasa. Terdengar ceramah di radio pagi semalam. Pada pagi hari raya, Chif/Ketua setan bersedih. Bertanyalah anak-anak buah si setan ni kepada si chif itu..Chif itu pun menjawab, aku sedih kerana pada 1 Syawal, semua umat Islam bergembira kerana Allah SWT telah mengampunkan dosa-dosa umat Islam terutamanya ketika takbir raya dilaungkan. Masyaallah..Subhanallah.

Walaupun Azu tak dapat join solat sunat hari raya di 1 Syawal tu, Azu tetap berasa hiba+kegembiraan melaungkan takbir bersama-sama diorang.~masjid depan rumah. Meriahnya masjid dengan kebanjiran umat Islam area rumah di kampung Azu. Orang lain tengah solat raya, Azu sibuk dengan make-up~takle tebal sangat, setakat ingin menghias diri di hari raya aje. Selain itu, melayan keletah si Aijaz yang berlari-lari kegembiraan bersama sepupu-sepupunya yang lain.


Lepas habis solat hari raya, ape lagi kitaorang makan bersama-sama juadah istimewa yang mak sediakan~Azu tolong la sikit-sikit terutamanya daging masak cili hitam~my fav dan sedap tak terkata, entry lain Azu cerita lagi tentang resepi istimewa tu ye..hee. Juadah istimewa mak seperti sup tulang lembu, kari lokan, rendang daging version perak..hehe jkalau cerita bab makan memang best kan!

Ha, sekarang tibanya masa untuk sesi salam dan bermaafaan sesama ahli keluarga yang tercinta. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesra-mesra kan. Seronok rasa hati bila semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama. Rasanya orang yang paling gembira pastinya mak dan abah Azu kan. Selain dapat berjumpa anak yang jauh, dapat juga duit raya..hehe..Alhamdulillah Azu pun dapat gak duit raya dari abang-abang.~bukan Aijaz je yang dapat tau, ummienya dapat jugak!

~aijaz nak simpan duit raya dalam hbag ummie..kiki~

Sesi yang sangat menarik adalah bergambar bersama semua family tersayang. Ada sorang ja anak buah yang tak ade pasal bekerja di pagi raya. Nak buat macamana kan..insyaallah rezeki bergambar tahun-tahun depan la pulak. Macam-macam aksi dari kami!!


Selalunya selepas semuanya selesai, hampir setiap tahun Azu akan ikut abah ke pusara nenek, atok dan arwah abang sulung Azu, tapi tahun ni hajat tak kesampaian bila Aijaz meragam nak tidur. Kalau tak tidur Aijaz dengan bapaknya Azu angkut sekali. Bukan apa, bila berkunjung ke pusara, hati rasa hiba, sedih mengenangkan orang tersayang..selain mengingatkan diri sendiri pada kematian~huhu sape tak takutt..

~pic tahun lepas semasa mengunjungi pusara~

Hari raya pertama memang kami duduk saja dirumah kerana rumah mak abah di kampung merupakan destinasi kunjungan paling utama dikalangan adik beradik dan anak buah mak. Masa itulah Azu dapat kenal dan bersembang dengan sepupu-sepupu dan mak saudara yang jauh selain dapat mengeratkan silaturrahimm.

Raya kedua kami bersiap-siap untuk beraya di kampung mak iaitu dari rumah dalam 20 minit dah sampai. Berkunjung di rumah sanak saudara memang patut menjadi amalan semua kan. Yelah setahun sekali je nak jumpa, masa ni jugaklah nak mesraaaa~Aijaz kutip duit raya je, seronok sakan!

~gelagat aijaz nak makan kueh raya~

Malam tu kami sekeluarga pengsan....

Ha, itulah kegembiraan hari raya pada Azu, agaknya cerita raya kawan-kawan lain pun lebih kurang sama cam Azu kan. Semoga kegembiraan ini berterusan sampai bila-bila. Insyaallah. Amin~

Share and Luv from Azu!

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je