The best follower!

Monday, August 29, 2011

Saat Terindah Berbuka Puasa di Kampung..

Salam dan hai readers,

Alhamdulillah diberi kesempatan pada Azu, En hubby dan Aijaz untuk berbuka puasa bersama-sama keluarga di kampung. Setelah menyusuri perjalanan balik ke kampung dari Shah Alam-Perak taklah terlalu jauh. Semangat yang hadir dalam diri membuatkan perjalanan balik ke kampung rasa macam sekejap je~tertidur di samping aijaz tu tak kira kot. Hehe

Aijaz macam biasalah tak kira perjalanan jauh atau dekat bila tiba masa di tidur, memang tak amik masa lama untuk tidurkan dia dalam 'baby car seat'. Susu siap sedia, bantal peluk satu~bukan bantal busuk tau..he.itu dah cukup untuk tidurkan aijaz walaupun tanpa buaian atau peralatan khas dalam kereta. Ha, zikir-zikir Lailahaillah merupakan nyanyian utama Azu untuk menidurkan Aijaz. Mudah kan~


Bila sampai je rumah opah dan tokwan Aijaz, kami disambu girang oleh opah Aijaz atau mak Azu serta kakak dan keluarga yang kebetulan singgah di rumah. Apa lagi Aijaz pun dapat flying kiss dari cikno nye..hehe, kesian gak tapi siapa herankan..ummie aijaz lagi suka!


Bila dah tiba di kampung, memang tak menang tangan membantu mak Azu di dapur. Sehinggalah tiba saat-saat berbuka puasa dimana cucur pedas kegemaran menjadi haruman di hidung kami..haha


~cucur pedas, udang sambal masak petai, siput lala rebus dan mcm-mcm lagi!~

Inilah rupanya juadah berbuka di akhir-akhir ramadhan. Semoga dengan kehadiran syawal nanti tidak membataskan waktu kita untuk bertemu semula dengan Ramadhan akan datang! Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari Azu sekeluarga!

Share n Luv from Azu!

Friday, August 26, 2011

Seronok ke Raya Berdua?

Salam dan hai readers,

Menghitung hari setiap detik waktu menjelangnya hari raya beberapa hari lagi, terkenang pulak Azu saat-saat Azu beraya berdua dengan en hubby. Sudah dua tahun Azu beraya dengan en Hubby dan akan menjadi tahun kedua tahun ini beraya bersama si kecil Azu, Aijaz Nazeef.

~tahun pertama raya di Perak~

~pastu di melaka kat Pantai Tanjung Bidara, bersama adik ira dan anak-anak buah yang lain~

Memang seronok bila beraya berdua ni, haha bukannya apa..seronok macam honeymoon ja kan. Kemana-mana pun berkepit macam belangkas. Kalau bab-bab persiapan raya ni memang selalunya mewah. Shopping 3-4 helai baju raya, tudung raya, kasut raya berpasang-pasang untuk pastikan 'matching' di hari raya nanti bersama en hubby. Bila di pagi hari raya pulak, persiapan diri dan en hubby mestilah tip top kan. Bersalam-salaman bersama en hubby sambil mintak duit raya..hehe.

Tapi kenikmatan itu cuma di tahun pertama sejak kami beraya berdua. Kenikmatan berganda untuk kami berdua bila dikurniakan cahayamata terindah 2 bulan sebelum Hari Raya tahun lepas. Biarpun masa senggang kami berdua semakin sempit kerana melayan si kecil namun kegembiraan bersamanya bisa menolak semua itu. Kali pertama kami sebagai ibu bapa buat si kecil bukannya perkara mudah tapi kerana pertolongan ahli keluarga yang lain membuatkan kami lebih tabah menghadapinya.


Alhamdulillah. KurniaanNya iaitu Aijaz Nazeef telah kami mengajar kami banyak perkara dan memperbaiki kelemahan dan kekurangan kami sebelum ini. Kalau dulu, belanja memang tak hengat~itu Azu kecuali en hubby.hehe. Persiapan hari raya juga dibuat sesimple yang boleh kerana perbelajaan si kecil turut menjadi keutamaan kami sekarang. Kalau boleh biar si kecil dapat baju raya, kasut dan segala-galanya terlebih dahulu sebelum kami. Kegembiraan si kecil adalah kegembiraan kami. Sukar digambarkan dengan kata-kata kan..? Bila dah jadi ibu bapa...itulah perasaan yang kami alami~

Hari Raya akan tiba tak lama lagi, semua baju raya si Aijaz. Tak lupa sampin dan songkok raya turut lengkap buat Aijaz Nazeef beraya buat kali kedua dalam hidupnya. Persiapan kami tidaklah terlalu mewah tapi masih tetap bergaya seperti raya sebelumnya. Pentingnya mestilah sedondon kan~Paling menyeronokkan bila tahun ni kami akan beraya dulu di kampung Azu di Perak selepas tu baru di Melaka. Tahun depan kita beraya di Melaka dulu ye en hubby!~hehe..Biar ape pon hari Raya beramai-ramai lagi seronok kan!

Semoga perjalanan kami selamat dan Azu doakan buat semua kawan-kawan yang lain supaya berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung dan semoga selamat sampai ke tempat yang dituju. Amin~

Salam Hari Raya dan Lebaran buat semua. Ampun dan maaf kiranya ada salah dan silap kata sepanjang kita berblogging ye. Salam Blogger untuk semua!

Kalau ada masa dan kesempatan sila singgah2 Syawal~eh tak sabar nak raya dah ni..heh. Jemput singgah di blog baru Azu~segalanya tentang ibubapa, bayi dan kanak-kanak.. 


atau LIKE PAGE FB BB2U di 


Terlalu banyak ingin dikongsi bersama kawan-kawan semua! Semoga masa dan kesihatan mengizinkan~Insyaallah

TERKINI Samsung Galaxy Tab 10.1 KLIK SINI

Jom kunyah MAMEE MONSTER di hari raya! KLIK SINI

Share n Luv from Azu..

Wednesday, August 24, 2011

WORDLESS WEDNESDAY~Bad Action 240811


~kids, don't u ever action like this~

sila singgah menyinggah blog si kecil yang baru. tq

Monday, August 22, 2011

Berbuka Puasa Dalam Kereta..Makanan Paling best di SS18

Salam dan hai readers,


Pengalaman mendewasakan kita tapi kadang-kadang sebaliknya pada Azu. Senario yang biasa kita tengok dikalangan orang kita akan tergesa-gesa beli juadah dan segera balik ke rumah atau masak dengan sepantas yang mungkin~nak rasa tak boleh pasal puasa kan..Boleh jadi masakan kita terlalu masin, manis atau tawar dengan jayanya...tapi mesti kita akan terlalu exited kalau sedap kan kan?

Bila terleka dengan urusan dunia, kita jadi lupa untuk bersedia ke arahnya..haha itulah Azu. Mana tidaknya..tengah sibuk-sibuk mencari baju raya pilihan hati namun terasa frust akhirnya bila tak jumpa pilihan hati. Bila dah sebok cam gitu memang tak perasan siang malam dah, tup-tup dah hampir nak masuk waktu Maghrib. Ape lagi, kelam kabut lar kami cari Pasar Ramadhan terdekat iaitu Subang Jaya SS18. 


Agak-agak 5 minit lagi kot nak berbuka, Azu terpaksa tinggal dalam kereta bersama si kecik Aijaz yang sedang tidur keletihan melayan ummie nya 'window shopping'~alasan ja tuuu. Ape lagi, babah Aijaz dengan segera mencari juadah berbuka untuk kami berdua~untuk si Aijaz akan makan apa yang kami makan..budak nak besau le katakan..hehe

Bungkusan air mangga masih fresh harga RM2 je, tapi keaslian rasanya tetap dirasa sedap kami hirup dengan jayanya sebagai pembuka majlis~biasa ada kurma kat rumah tapi sekarang ni kami berbuka dalam kereta!! Nasi lauk ikan keli sambal dan ikan patin sambal~itulah kali pertama Azu jumpa masakan ikan patin sambal, mana taknya biasa kan ikan patin orang buat masak tempoyak ke goreng ja ka. Rasanya manis tapi macam pelik sikit la. Kalau orang tak pandai masak ikan patin memang cam ginilah rasanya.



Teringat bila bapak mertua ajar Azu bagaimana caranya nak siang ikan patin dengan betul dan berkesan tapi meninggalkan bau atau rasa yang kurang enak. Emm memang bukan perkara mudah bila nak siang seekor ikan patin ambil masa hampir 15 minit. Korang cuba tengok betul-betul betapa banyaknya urat-urat dalam seekor ikan patin. Contohnya, nak siang ikan kembong memang senang kan bila kita buang isi perutnya, potong insang dan ekornya dipotong sedikit. Kalau korang perasan ada urat-urat hitam tu besar-besar kan lalu mudahlah bila kita nak membuangkannya. Bila tengok urat-urat halus ikan patin, mau tercegil bijik mata Azu membeleknya. Kalau baca tulisan kecik tu Azu luluslah. Kalau abah suruh Azu cuba semula, Azu nak surrender boleh tak..~menantu paling bagooss kan..kiki

Haha. Azu memang mengaku abah mentua Azu masak ikan patin memang best, mawellless~Insyaallah Azu akan cuba satu hari nanti...tapi tak tahu bila~heee


Ha, bukan itu je juadah berbuka kami dalam kereta hari tu, kebab Arab spesel pun menjadi faberet Azu sampai sekarang.. Kali kedua pergi kat situ jugak, punyelah ramai yang beratur sampai 2 payung penjaja kedai sebelah dilanggar nye. Siap ada korner-korner diorang buat bila malu dengan penjaja kedai tu..Azu tersengih kelucuan tapi sedih gak pasal tak dapat join diorang beratur sekali. En hubby memang tak suka bab beratur lama-lama dan panjang cam keretapi tu. Tapi itulah penangan kebab Arab yang sangat sedap, lagi sedap dari Pocketfull KFC yang sedap jugak tu. Orang yang jual tu rupanya macam orang Arab kot, tak pon orang Palestin ke..hehe Azu agak ja tau. Kalau penjaja Melayu dapat buat kebab macam tu, memang respekkk abiss! Daging ayam yang lembut diselangi dengan lemak mayonis dan rasa cam Thousand Island pon ada. Itu yang buat terangkattt tu!!

Ha, cerita tak habis lagi, tengah syok-syok mengadap juadah istimewa kami di 'dalam kereta', nampak sorang penjaja air tu buang air tembikai kedalam longkang berhampiran. Uissy dah la membuang merata-merata, pastu membazir sungguh. Boleh bagi sedekah kat kami yang tengah mengadap kelaparan dan kehausan ni. Kalau tak pon apa salahnya sedekah ja kat penjaja sebelah-sebelah yang jual makanan tu~alaa cam bertukar-tukar juadah la, bagi jiran sebelah rumah pun ok pa. Entahla kadang-kadang orang kita membazir tanpa kita sedari ada insan-insan lagi yang lebih memerlukan kerana tak ada makanan dan minuman untuk berbuka..Alangkah kesian!~


Tips, cerita dan pengalaman kadangkala tak bermakna jika tidak dikongsi bersama-sama kan~

Share and Luv from Azu!

Friday, August 19, 2011

Kisah sayu Wajib Baca! Bolehkah saya Pinjam 25 Dollar?

Salam dan hai readers,


Hai semua, kebanyakan daripada anda mungkin telah terjumpa e-mel ini. E-mel yang sama telah ditujukan kepada saya lebih dari 2 kali sejak beberapa tahun lalu. Setiap kali saya membaca e-mel ini, ia membuat saya bangun dan sedar kepada panggilan itu bahawa kita perlu meluangkan masa yang berkualiti dengan orang-orang yang dicintai tidak kira bagaimana sibuk kita leka dengan kehidupan kita bekerja. Tidak kira bagaimana kita menguruskan masa kita, kita cenderung untuk meletakkan perkara-perkara yang terakhir yang paling penting dalam senarai keutamaan kami. Saya berharap kisah ini akan memberikan anda kesedaran dengan panggilan itu juga:)  Kisah selanjutnya boleh klik di bawah.


Jom baca lanjutan dari artikel ini..Jom singgah-singgah Ramadhan ke page baru Azu iaitu


atau 


Jemput datang buat ibubapa baru ke lama ke atau bakal berkahwin ke dan sudi-sudilah membaca menambah ilmu di dada! Jika berminat boleh follow BamBam2u! Semuanya tentang bayi dan tips buat ibubapa! Terima kasih atas sokongan anda!

Salam Ramadhan n Luv from Azu!

Putih Telur yang Menakjubkan!

Salam dan hai readers,

Info kesihatan yang wajib dibaca buat semua. Kadang-kadang kita tak tahu betapa bermaknanya segalanya disekeliling kita sehingga kita membaca artikel ini. Selamat membaca!



Seorang lelaki muda yang menyiram rumput dan membersihkan belukar dengan racun perosak mahu memeriksa kandungan tong untuk melihat berapa banyak racun perosak masih tinggal di dalamnya. Beliau mengangkat penutup dan menyalakan pemetik api lalu wap radang telah hampir melemaskan dan membakar dirinya. Dia melompat dari trak lalu menjerit.

Jirannya yang segera keluar dari rumahnya dengan kebetulan bersama sedozen telur, dengan segera memecahkan telur tersebut, mengasingkan telur putih daripada kuning. Jiran Perempuan yang membantu untuk menyapu putih telur di muka orang muda tersebut. Apabila ambulan tiba dan apabila Pakar Perubatan EMTs melihat lelaki muda itu, mereka bertanya siapa yang telah melakukannya. Semua orang menunjuk kepada wanita yang bertanggungjawab. Mereka mengucapkan tahniah kepada beliau dan berkata: "Anda telah menyelamatkan mukanya." Pada akhir musim panas, orang muda tersebut membawa sejambak bunga wanita itu dan mengucapkan terima kasih kepada beliau. Mukanya seperti kulit bayi.


Ubat terbaik penyembuhan untuk luka terbakar:

Perlu diingat ini rawatan luka terbakar yang dimasukkan ke dalam pengajaran penting oleh anggota bomba mengaplikasikan kaedah ini. Pertolongan cemas terdiri semburan air sejuk di kawasan yang terjejas sehingga panas berkurangan dan berhenti membakar lapisan kulit. Kemudian, disapukan putih telur pada kulit yang terjejas.

Salah seorang daripada wanita terbakar sebahagian besar daripada tangannya dengan air mendidih. Walaupun sakit, dia mengalirkan air sejuk di tangannya, kemudian dipisahkan 2 putih telur daripada yang kuning, menyapunya sedikit dan seterusnya mencelupkan tangannya dalam penyelesaian. Putih telur kemudian kering dan membentuk satu lapisan pelindung.

Beliau kemudiannya mengetahui bahawa putih telur adalah kolagen semula jadi dan yang berterusan semasa atau sekurang-kurangnya satu jam untuk melindungi lapisan atas kulit dengan lapisan putih telur.

Pada waktu petang dia tidak lagi merasakan apa-apa kesakitan dan keesokan harinya agak sukar dia mengesan sebarang kesan terbakar. 10 hari kemudian, luka tidak ditinggalkan sama sekali dan kulitnya telah dapat kembali ke warna asal. Bahagian yang terbakar adalah benar-benar dipulihkan semula.

Terima kasih kepada kolagen dalam putih telur, plasenta yang penuh dengan vitamin.

Maklumat ini diharap dapat membantu semua orang...

Share n Luv from Azu!

Thursday, August 18, 2011

Pemilihan Jantina Bayi: Pelik tapi Ajaib!

Salam dan hai readers,



Pernah dengar tips untuk menentukan jantina anak kita? Memang pelik tapi tak salah kan untuk mencuba. Cuba mempengaruhi apa jantina bayi anda? Bayi Lelaki ke Bayi Perempuan?? Cubalah kaedah yang lebih luar biasa...!

Jom baca lanjutan dari artikel ini..Jom singgah-singgah Ramadhan ke page baru Azu iaitu


Jemput datang buat ibubapa baru ke lama ke atau bakal berkahwin ke dan sudi-sudilah membaca menambah ilmu di dada! Jika berminat boleh follow BamBam2u! Semuanya tentang bayi dan tips buat ibubapa! Terima kasih atas sokongan anda!

Salam Ramadhan n Luv from Azu!

Monday, August 15, 2011

Susah Jugak Ye Jadi Setiausaha Yang Prihatin..


Salam dan hai readers,



Lawak ni agak macam serios ja, tapi nice to share..haha.suke~

Polis sedang menyiasat kematian misteri seorang ahli perniagaan terkenal yang telah melompat dari tingkap pejabat 9 tingkat.

Nancy, setiausaha sulit ahli perniagaan tersebut  yang menggiurkan hanya mampu menyatakan tiada penjelasan khusus untuk tindakan bosnya tetapi berkata bahawa bosnya telah bersikap agak pelik sejak dia mula bekerja untuk dia, sebulan yang lalu.

Kata Nancy "Selepas minggu pertama saya bekerja, "Saya telah menerima satu kenaikkan gaji. Pada akhir minggu kedua beliau memanggil saya ke pejabatnya dengan memberikan saya sehelai dress malam warna hitam yang indah, lima pasang stoking nilon dan berkata, 'Ini adalah untuk seorang setiausaha yang cekap yang indah.'


"Pada akhir minggu ketiga dia memberikan kepada saya cerpelai yang comel dan hebat. Kemudian, petang ini, beliau memanggil saya masuk ke pejabat nya sekali lagi, memberikan saya gelang berlian yang sangat hebat dan bertanya kepada saya jika saya boleh mempertimbangkan untuk berasmara dengannya dan bertanyakan kosnya. "

"Saya memberitahunya bahawa saya bersetuju oleh kerana dia telah begitu baik kepada saya, maka saya caj beliau dengan hanya 500 dolar, walaupun saya telah mengenakan semua lelaki lain di pejabat dengan 1000 dolar. Selepas itulah dia terus melompat keluar tingkap."

Opps~juz for serious laugh only! kiki 


Share and Luv from Azu! Salam Ramadhan ke 15..Alhamdulillah~

Friday, August 12, 2011

Seat Belt ‘Z’ Terbalik dan Terkini Mengikut Undang-Undang

Salam dan hai readers,


Jom dapatkan berita terkini tali pinggang keselamatan yang terbaru!


Undang-undang baru akan berkuatkuasa pada 1 Sept 2011 di semua negara.

Majlis Keselamatan Lebuhraya Antarabangsa dan Kebangsaan atau The International & National Highway Safety  Council telah melakukan ujian beberapa kali terhadap rekaan baru tali pinggang keledar.
Keputusan menunjukkan bahawa kemalangan boleh dikurangkan dengan sebanyak 95% apabila tali pinggang dipasang dengan betul.

Pemasangan yang betul ditunjukkan di bawah .......

-
-
-
-
-
-
-
-
-



Sila sampaikan kepada keluarga dan rakan-rakan.
INI MUNGKIN MEMBANTU menyelamatkan nyawa!
-
-
-
-

 Ini benar-benar dapat menyelamatkan nyawa dan mengurangkan tekanan darah si suami sebanyak 40%!

Saya TAHU awak tersenyum.

YEAH ......, awak tersenyum LAGI!hehe..Azu pun senyum jugak..;)

Berbaloikah 111 entry dengan 142 follower??

Salam dan hai readers,

Sudah lama agaknya Azu berfikir dan berfikir bila entry yang Azu post hampir setiap hari tak sama dengan jumlah follower Azu. Pernah terdetik di fikiran Azu yang Azu akan pastikan jumlah entry Azu mesti sama banyak dengan follower. Tapi macamana dengan follower ribu riban tu kan? Jenuh jugak lah nak cukupkan kouta.~bukan kuota isteri tau!huhu


Bukannya apa, follower blog Azu adalah pembakar semangat Azu untuk terus berblog dengan jayanya. Mungkin itu pendapat Azu buat masa sekarang ataupun mungkin esok lusa Azu akan post entry sebanyak-banyaknya tidak kira berapa ramai follower Azu kan. Itu jalan yang terbaik kerana kalau kita bagi info bermanfaat buat semua, kita pasti dapat lebih dari itu. Tak kiralah apa rezeki tu yang penting halal kan? Bila tak ada entry dari Azu, itu tandanya Azu tengah melayan 2 insan yang tetap berbunga dihati~


Kekadang bila post sesuatu entry, terdetik jugak ada ke orang baca entry Azu ni? Jalan terbaik Azu mengenal pembaca Azu ialah dia suka komen setiap entry Azu tak kiralah entry itu tentang apa kan. Bila si dia sudi membaca, kritik atau bagi pandangan itulah sebenarnya pembaca blog kita. Bukan hanya membaca, menghayatinya dan terus keluar tanpa beri salam kat tuan punya blog tu kan kan? Shout-shout kuat2 dalam blog Azu, komen banyak-banyak, follow kalau berminat! Senang je kan nak say hello? Azu mesti dengar punye..


Haha..bukannya nak emo pagi-pagi ni, cuma menikmati keindahan alam buat seketika~pagi ni agak mendung, jalan tak jam..memang semangat nak bekerja hari ni.. bila bercerita tentang siapa Azu, Azu bukanlah blogger tegar yang setiap waktu mengadap blog ini, tapi Azu hanya seseorang yang suka berkongsi apa saja cerita, pengalaman mahupun info berguna buat semua yang berminat! Azu akan terus bersyukur dan berusaha menjadi lebih baik. Insyaallah~

Berbaloi atau tidak, itu bukan persoalannya kan..Terima kasih buat semua follower Azu. Kamu pembakar semangat Azu untuk terus berjuang~berjuang untuk apa??...untuk menjadi sebahagian dari kamu..iaitu memberi sebanyak-banyaknya dan berjuang demi orang lain yang dahagakan semangat dari kamu! chaiyok!~

Share n Luv from Azu!

Thursday, August 11, 2011

Bila Mak Tanya "Bila Nak Balik Bukak Puasa di Kampung?"

Salam dan hai readers,


Sayu rasa hati Azu bila mak Azu tanya 'Bila Nak Bukak Puasa di Kampung'. Sedih ada, sebak pun ada~memanglah Selangor dengan Perak tu tak jauh macam KL-London, tapi bila peluang nak balik tu tak ada..Azu hanya mampu menjawab, " tak balik la mak ". Tapi yang paling syoknya bila Azu jawab 2-3 hari sebelum raya insyaallah sempat nak bukak puasa dengan mak abah sekali dan terus sambut hari raya pertama di kampung. Ceria pulak suara mak Azu....

Itulah kegembiraan sebenar ibubapa kita bila dengar kita nak balik dan berbuka di kampung. Bila keadaan tak mengizinkan atau kadang-kadang alasan yang mampu kita beri pada ibubapa yang sentiasa menunggu kepulangan anak-anak tersayang. Tetambahla pulak Azu ni kan anak bongsu dan satu-satu anaknya yang jauh dimata tapi dekat di hati~Kakak-kakak dan abang yang lain semuanya tinggal area taman mak abah Azu ja. 

Bila orang tanya apa bestnya berbuka di kampung? Dengan panjang lebar lah Azu menjawabnya..tapi Azu cuba ringkaskan disini ye~kalau panjang-panjang nanti, ramai yang tak sempat buka puasa petang nanti, hehe. Sebab kenapa Azu sangat suka berbuka puasa di kampung adalah kerana beberapa sebab. Antaranya ialah:

i) Mak masak sangat sedap - Mana taknya, kan orang kata air tangan ibu itu berkat dan sangat nikmat rasanya. Azu masih ingat lagi bila Azu dah Tingkatan 3 tapi masih suka mak suapkan nasi kat mulut Azu. 'Makan sendiri tak sedap'..Itulah alasan terbaik yang mak Azu tak dapat terima. Tak dapat terima pun mak masih suapkan makanan tu terus ke mulut Azu~hehe nampak macam mengada-ngada kan tapi itulah realiti yang Azu tak dapat tolak bila mak masak sedap-sedap.

ii) Suasana di kampung - Entah kenapa, walaupun kampung Azu tu ada taman, suasana nya tetap dirasa macam di kampung sebenar. Memang tak dengarlah bunyi ayam berkokok, tapi pokok nyiur pendek depan rumah tetap penyeri suasana di kampung Azu.

iii) Dapat sembang dengan abah - Azu memang jarang dapat bersembang dengan abah pasal telefon itu memang kerapkali diangkat oleh mak. Lagipun abah Azu ni jarang ada di rumah. Bila telefon siap tanya mak kat mana abah dan jawapan mak tetap sama "abah kau kat kebun la, abah kau tidur atau pegi masjid atau yang paling best 'mak tak tau le mana abah ko'..Sabo jelah tapi itu kan jawapan lali yang Azu selalu dengar. Abah Azu ni takde hp sebab kata abah, dia malas nak pakai hp sebab orang bergaya macam mak je pakai hp. Azu tersengih je la~

iv) Berbuka puasa ramai-ramai - Memang seronok kan bila kita dapat berbuka puasa dengan keluarga besar, masak dan berbuka sama-sama. Semua keluarga kakak-kakak dan abang Azu akan berkumpul di rumah mak abah sekali. Memang harap kami dapat berkumpul sekali semua ahli keluarga di bulan Ramadhan ni. Itulah saat yang paling menggembirakan hati Azu di kampung.

Rasanya itulah yang paling utama kenapa Azu suka berbuka di kampung. Saat-saat terindah bersama keluarga besar hanyalah di kampung. Bayangkanlah kegembiraan ibu bapa kita bila kita pulang ke kampung dengan hati yang girang, mereka apatah lagi kan~


Kerapkali Azu membayangkan perasaan bila Azu meningkat dewasa~opss dah besar rupanya serta meningkat umur menjadi tua, Azu dan suami pasti mengharapkan anak-anak selalu pulang ke kampung bersama-sama bersembang dan ceria menghidupkan suasana muram di rumah bila anak-anak jauh di perantauan~harapan dan doa Azu sampai bila-bila~insyaallah, amin.

Share and Luv from Azu!

Wednesday, August 10, 2011

Cara Terbaik Menghapuskan KANSER!

Salam dan hai readers,




Artikel yang sangat baik mengenai KANSER. Azu berkongsi untuk panduan semua dan bukan sahaja untuk bacaan pesakit KANSER ! 


Selepas beberapa tahun memberitahu orang bahawa kaedah Kemoterapi ialah satu-satu CARA SAHAJA UNTUK Menghapuskan KANSER, Johns Hopkins (http://www.jhu.edu/) akhirnya memberitahu Satu Cara Alternatif.

Perkembangan Terkini KANSER dari John Hopkins:

1. Tiap-tiap orang yang mempunyai sel-sel kanser dalam badan. Sel-sel kanser tidak muncul dalam ujian standard sehingga mereka telah didarabkan kepada beberapa bilion. Apabila doktor memberitahu pesakit kanser bahawa sel-sel kanser yang sebelumnya didapati tiada lagi dalam badan mereka selepas rawatan, ia hanya bermaksud ujian tidak dapat mengesan sel-sel kanser kerana mereka belum mencapai saiz yang dapat dikesan.



2. Sel-sel kanser berlaku di antara 6 hingga lebih daripada 10 kali dalam seumur hidup seseorang.

3. Apabila sistem imun orang yang kuat, maka sel-sel kanser akan dimusnahkan dan dicegah daripada membiak dan membentuk tumor.

4. Apabila seseorang mempunyai kanser, ia menunjukkan orang yang mempunyai pelbagai kekurangan pemakanan ... Ini mungkin disebabkan oleh genetik, alam sekitar,makanan dan faktor-faktor gaya hidup.

5. Untuk mengatasi kekurangan pemakanan yang pelbagai, perubahan diet dan termasuk suplemen akan menguatkan sistem imun.

6 .. Kemoterapi melibatkan merebaknya sel-sel kanser berkembang pesat dan juga pantas memusnahkan perkembangan sel yang sihat di dalam sumsum tulang, saluran gastro-usus dan lain-lain, dan boleh menyebabkan kerosakan organ, seperti hati, buah pinggang, jantung, paru-paru dan lain-lain.

7. Sinaran di samping merosakkan sel-sel kanser juga melecur, parut dan kerosakan sel-sel yang sihat, tisu-tisu dan organ-organ.

8. Rawatan awal dengan kemoterapi dan radiasi biasanya akan mengurangkan saiz tumor ... Walau bagaimanapun penggunaan kemoterapi dan radiasi yang berpanjangan tidakmenyebabkan lebih banyak kemusnahan tumor.

9. Apabila badan mempunyai beban yang terlalu banyak toksik kemoterapi dan radiasi sistem imun sama ada terjejas atau musnah, makaorang tersebut lebih terdedah kepada pelbagai jangkitan dan komplikasi.

10. Kemoterapi dan radiasi dapat menyebabkan sel-sel kanser bermutasi dan menjadi kebal dan sukar untuk memusnahkan. Pembedahan juga boleh menyebabkan kanser sel untuk merebak ke bahagian badan yang lain.

11. Satu cara berkesan untuk melawan sel-sel kanser ialah dengan tidak memberinya makan yang boleh menggalakkannya membiak.

Bagaimana KANSER merebak dan membiak? Seterusnya Mengatasinya.

a. Gula ialah Penyumbang KANSER. Dengan mengurangkan gula, ia memotong satu bekalan makanan penting untuk sel-sel kanser. Gula gantian seperti Nutrasweet, atau dibuat dengan Aspartam adalah berbahaya. Menggantikan secara semula jadi adalah lebih baik seperti madu atau cengkih tetapi hanya dalam jumlah yang sangat kecil. Garam mempunyai bahan kimia yang ditambah untuk menjadikan ia berwarna putih. Alternatif yang lebih baik ialah Bragg aminos atau garam laut.

b. Susu menyebabkan badan menghasilkan mukus, terutamanya dalam saluran gastro-usus. Kanser suapan pada mukus. Dengan mengurangkan susu dan menggantikannya dengan susu soya tanpa gula, sel-sel kanser sedang kebuluran untuk membiak.

c. Sel-sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Diet berasaskan daging adalah berasid dan ia adalah yang terbaik untuk makan ikan dan ayam sedikit daripada daging lembu atau daging babi. Daging juga mengandungi antibiotik ternakan, hormon pertumbuhan dan parasit yang semua adalah berbahaya terutama kepada orang yang menghidapi kanser.

d. Diet yang dibuat dari 80% sayur-sayuran segar dan jus, bijirin penuh, biji benih, kacang dan buah-buahan yang sedikit membantu meletakkan badan kepada alkali kepada alam sekitar. Kira-kira 20% daripada makanan yang dimasak termasuk kacang. Jus sayur-sayuran segar menyediakan enzim hidup yang mudah diserap dan boleh turun ke tahap normal dalam masa 15 minit dan meningkatkan pertumbuhan sel-sel yang sihat. Untuk mendapatkan enzim hidup bagi membina sel-sel yang sihat perlu lah minum jus sayur-sayuran segar (kebanyakan sayur-sayuran termasuk taugeh) dan makan beberapa sayur-sayuran mentah 2 atau 3 kali sehari. Enzim adalah dimusnahkan pada suhu 104 darjah F (40 darjah C) ...




e. Elakkan kopi, teh, dan coklat yang mempunyai kafein tinggi. Teh hijau adalah alternatif yang lebih baik dan mempunyai ciri-ciri malawan kanser. Minum air yang ditapis, atau ditapis, untuk mengelakkan dikenali toksin dan logam berat dalam air paip adalah yang terbaik. Air suling adalah berasid perlu dielakkan.

f. Daging mempunyai protein yang sukar dihadam dan memerlukan banyak enzim pencernaan. Daging yang dihadamkan akan terus tinggal di usus dan akan membawa pembentukan toksik yang berlebihan toksin.

g. Dinding sel kanser telah meliputi protein yang sukar dicernakan. Dengan menahan atau kurang makan daging akan membebaskan lebih banyak enzim untuk menyerang dinding protein sel-sel kanser dan membolehkan sel-sel pembunuh badan untuk memusnahkan sel kanser.

h. Sesetengah makanan tambahan membina sistem daya tahan (IP6, Flor-ssence, Essiac, anti-oksida, vitamin, mineral, EFA dan lain-lain) untuk membolehkan pembunuh sel-sel badan sendiri untuk memusnahkan sel-sel kanser. Lain-lain makanan tambahan seperti vitamin E diketahui menyebabkan apoptosis, atau kematian sel diprogram, iaitu kaedah badan yang normal untuk melupuskan sel-sel yang rosak dan yang tidak diingini, atau tidak diperlukan boleh dibuang.

h. Kanser adalah penyakit minda, badan dan semangat. Satu semangat yang proaktif dan positif akan membantu melawan kanser dan terselamat. Marah, tidak memaafkan dan tekanan akan meletakkan tubuh ke dalam persekitaran yang tertekan dan berasid. Belajar untuk mempunyai semangat kasih sayang dan memafkan. Belajar untuk berehat dan menikmati hidup.

i. Sel-sel kanser tidak boleh hidup di dalam persekitaran oksigen. Bersenam setiap hari, dan membantu pernafasan yang mendalam untuk mendapatkan lebih banyak oksigen selular peringkat. Terapi oksigen adalah satu lagi cara yang digunakan untuk memusnahkan sel-sel kanser.

(SILA FORWARD KEPADA orang yang anda sayang) Ini adalah satu artikel yang perlu dihantar kepada sesiapa penting dalam hidup anda.

Share and Luv from Azu!

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je