Salam dan hai readers,
Harapan Azu semoga semua kawan-kawan di luar sana sudah merancang perjalanan pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Haji yang jatuh pada hari Ahad ini iaitu 6 November 2011.
'PLUS menasihati orang ramai yang bercadang untuk
menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada cuti Hari
Raya Aidiladha supaya mematuhi Jadual Cadangan
Waktu Perjalanan' seperti Jadual di atas.
Bukan nya apa, tujuan jadual ini semuanya untuk memudahkan perjalanan kita dan semua pemandu agar tidak mengalami kesesakan atau 'jam' yang teruk. Memang semua nak pulang ke kampung, tetapi biarlah dengan tenang dan tidak tertekan dengan lalulintas yang semakin penuh dengan kereta.
Bayangkan, kalau kita tak mematuhi jadual ini atau 'buat rancangan sendiri', mungkin kita terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalulintas di lebuhraya, bukan buang masa je, tapi buang tenaga, buang duit minyak, buat mak bapak di kampung risau..ha apa lagi ye..macam-macam lagi lah sebenarnya.
Insyaallah Azu balik ke Melaka sabtu ni. Sementara menunggu en hasben keje half day tu, sempatlah bersiap-siap dan dibantu oleh si kecik Aijaz. Petang atau malam tak pasti lagi kot bila tak sampai hati menengok muka en hasben yang baru balik dari kerja. Azu anytime boleh tolong drive balik kampung, tapi en hasben lebih memahami nampaknya..nampaknya layan dak aijaz tido lah kat belakang la..hehe
Akhir kata, Ikutilah saranan PLUS. Semoga perjalanan kawan-kawan semua selamat pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar untuk bekerja. Berhati-hati di jalanraya, INGATLAH ORANG TERSAYANG!
Share n Luv from Azu!
Sumber: MyMetro
No comments:
Post a Comment