The best follower!

Friday, November 4, 2011

Kemeriahan Hari Raya Aidiladha berbanding Hari Raya Aidilfitri

Salam dan hai readers,



Kalau tanya semua orang,  mesti Hari Raya Aidilfitri atau Raya Puasa lebih meriah dan seronok disambut berbanding Hari Raya Aidiladha atau Raya Haji/ Qurban. Bagi Azu, sama jugak lah. Hehe. Bukan apa, seperti sedia maklum, kita umat Islam akan berpuasa sebulan sebelum dapat raya sebulan kan. Manakala Hari Raya Haji/ Qurban ini lebih bermakna untuk bakal-bakal jemaah haji yang akan menunaikan ibadah haji di tanah suci, Makkah Al-Muqarramah.

Kedua-dua hari raya ini ada keistimewaannya tersendiri. Hari Raya Puasa ini meriahnya apabila sepanjang kita dapat berpuasa di bulan Ramadhan, kita juga dapat menunaikan solat Tarawikh di malam harinya, kalau bulan lain kita tak dapat peluang itu dimana setiap amalan pahala kita akan berlipat ganda di sepanjang bulan Ramadhan. Bila tibanya Hari Raya, kita akan bergembira kerana telah berpuasa sebulan Ramadhan dan dapat makan semula di siang hari. Seronok kan raya??

Raya Qurban ini bagi Azu memang amat istimewa. Pengalaman yang tak dapat Azu lupakan bila  Azu berumur 4-5 tahun kot, mak abah Azu pergi menunaikan haji di Makkah. Azu terlampau sedih ditinggalkan dengan keluarga kakak Azu. Hampir setiap malam Ramadhan semasa ketiadaan mak abah, Azu menangis je bila tengok umat manusia sedang tawaf Kaabah di TV. Azu mesti tercari-cari kot-kot jumpa mak abah Azu dicelah-celah jutaan manusia tu. Tapi, memang tak jumpa la. Raya Haji pun tak ade maknanya tanpa mereka. Kesian kan?huk huk

Keistimewaan yang lain adalah ' ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.~Wikipedia

Tapi, itulah peristiwa Raya Aidiladha yang tak dapat Azu lupakan. Sampai sekarang Azu ingat. Biasanya macam tahun-tahun lepas, Raya Aidiladha pasti disambut dengan ibadat korban iaitu menyembelih kambing atau lembu. Mak mesti masak sedap-sedap untuk makan di pagi raya. Kalau Raya Aidilfitri kita digalakkan makan di awal pagi sebelum solat sunat hari Raya Aidilfitri tapi berbeza sikit dengan Raya Aidiladha dimana kita digalakkan makan pagi selepas solat hari raya Aidiladha. Unik tapi menarik kan?


Tahun ini dijangka sambutannya lebih menarik sebab ade aktiviti bakar sate katanya..Jeng-jeng....haha. apa yang penting semoga kita dapat meraikan Hari Raya Aidiladha dengan rasa bersyukur dan insaf. Sapa yang join korban lembu tu bolehlah bersedekah kepada yang miskin atau yang lebih memerlukan.

Salam Hari Raya Aidiladha buat semua. Berhati-hati memandu dan semoga berbahagia di Raya..Pesanan Azu untuk semua kawan-kawan pembaca yang Azu sayang. Terima kasih menjengah ye.;)

Share n Luv from Azu!

Image: Google

3 comments:

Unknown said...

suke dedua raya

KaK LimAh Si SupiR said...

xlmbt lg kan nk ucap slmt hari raye ^_^

azu said...

Iffah: raya apepon kita mesti enjoy kan!!
kak limah: time kacihh..selamat hari raya gak..tak sabar nk tggu raya thn depan pulak..hehe

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je