The best follower!

Friday, July 8, 2011

SAYA NAK JADI PROTEGE JAMALUDDIN.NET


Salam dan hai readers,

Azu sangat berminat nak jadi protege Jamal. Jadi, inilah cerita seba-sebab kenapa Azu nak jadi protege Jamal dan diharap Azu dapat peluang keemasan itu!! Jom kawan-kawan blogger, kita join sekali! Klik jangan tak klik! SIAPA NAK JADI PROTEGE JAMALUDDIN.NET?

Isi : Cerita kenapa korang nak jadi protege Jamal dan kenapa Jamal patut pilih korang

Azu seorang blogger yang sangat baru~baru 3 bln aktif. Walaupun dah mendaftar sejak 2008, tapi  tak pernah buat apa-apa kat blog ni. Bukannya malas, tapi sangat buta dengan dunia blog-blog ni. Tambahan pula dulu tak ada broadband dirumah. Ha, sekarang sudah ada. Apa lagi?? Azu masih tetap sibuk dalam dunia rumahtangga seperti mengemas rumah, memasak, menjaga si kecil namun tetap berusaha mencuri sedikit masa untuk berkongsi info dengan yang lain.

Sejak-semenjak rajin update blog ni, Azu boleh post 2 entry dalam masa 1 hari. Insyaallah, ada masa dan peluang, Azu akan lebih rajin meng'update' kan blog yang Azu sangat sayang seperti diary Azu dulu.

Kalau dulu Azu suka menulis diary, simpan sendiri-sendiri tapi sekarang Azu berminat ingin berkongsi cerita, bacaan dan pengalaman bersama penulis-penulis mahupun pembaca yang sudi singgah di blog Azu. Seronok kan rasanya berkongsi cerita dengan orang yang dapat memberi komen mahupun kritikan kepada setiap entry yang Azu post. Azu dapat memperbaiki salah silap Azu dan membina keyakinan untuk terus menghasilkan blog yang terbaik untuk semua. Terima kasih kepada Blogger-blogger lama dan pro kerana memberi peluang kepada blogger macam Azu~huh ini macam part serios ja. Thank you very much!

Untuk makluman Jamal, Azu suka blog yang boleh memberi tips berguna untuk menaiktarafkan blog Azu, yelah berdikit-dikit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu..bersenang-senang le kemudian. Tapi, sekiranya Azu berjaya satu hari nanti, bukan senag-senang yang Azu pilih tapi Azu ingin berkongsi dengan blogger lain pula.

Azu sangat berharap setiap entry yang Azu post sentiasa mendapat tempat di hati search engine macam goggle, yahoo dan lain-lain. Walaupun Azu tak ada produk tersendiri untuk dijual kepada semua, tapi Azu akan berkongsi info serta pengalaman terbaik yang Azu ada untuk rujukan semua. Kadangkala pendapat kita berbeza, namun itulah rempah ratus untuk kita bertukar-tukar pandangan serta memberi tip berguna kepada blogger baru yang lain untuk maju ke hadapan..~cewaah. Impian pasti dilaksanakan! Insyaallah..


Semoga kalian dapat menaikkan taraf blogger-blogger Melayu terutamanya ke tahap yang lebih membanggakan setanding dengan yang lain.

Sekian, itulah sebab kenapa Azu ingin menjadi protege Jamal. Opps, layak ke Azu? Tak cuba tak tahu kan, jom kawan-kawan, kita join ramai-ramai! SIAPA NAK JADI PROTEGE JAMALUDDIN.NET

Share n Luv from Azu!

Thursday, July 7, 2011

Keputusan Ujian Pap Smear~Negatif

Salam dan hai readers,

Alhamdulillah, lega rasanya bila tahu keputusan ujian Azu negative Pap Smear!~bukannya tak lulus peksa, tapi itu maksudnya tiada sebarang ketidaknormalan pada pangkal rahim Azu. Kata doktor dia akan call sekiranya terdapat ujian tersebut positif. Walaupun doktor tak telefon~tu tandanya negatif atau ok lah, Azu tetap berdebar-debar nak amik result.

Semuanya bermula sebulan yang lepas Azu tekad nak buat ujian pap smear. Doktor dah pesan suruh Azu buat ujian pap smear 6 bulan selepas Azu deliver baby ~oh itu 6 bulan yang lepas…terlepas sudah. Ummie Aijaz sibuk sangat sampai lupa pesan doktor.  Azu memang tak tahu apa-apa tentang pap smear, yang Azu tahu ujian pap smear ini akan dibuat pada kaum wanita sahaja~Azu ni kekadang cetek ilmu, sampailah tiba masanya Azu akan baca sehinggalah Azu faham.


Apakah Pap smear?

Pap smear (juga dikenali sebagai ujian Pap) adalah satu prosedur perubatan di mana sampel sel dari pangkal rahim (akhir rahim yang meluas ke dalam faraj) wanita yang diambil dan diletakkan (berlumur) pada slaid mikroskop. Sel-sel yang diperiksa di bawah mikroskop untuk melihat pra-malignan (sebelum-kanser) atau malignan (kanser) sebarang perubahan berlaku.

Bagi Azu, Pap smear adalah ujian saringan yang mudah, cepat, dan agak tidak menyakitkan~rasanya ibu yang pernah melahirkan anak tahu perasaan yang tidak sakit ini. Kepekaan Pap smear - yang bermaksud keupayaan untuk mengesan setiap ketidaknormal (luar biasa) - manakala yang baik, juga tidak sempurna, dan beberapa "negatif palsu" (yang tidak normal hadir tetapi tidak dapat dikesan oleh ujian) akan berlaku. Oleh itu, beberapa wanita mendapat kanser pangkal rahim, walaupun melalui saringan Pap biasa.

Pap smear tidak bertujuan untuk mengesan kanser seperti ovari, vagina, atau rahim yang lain. Kanser organ-organ ini boleh ditemui semasa peperiksaan gynecologic (pelvis), yang biasanya dilakukan pada masa yang sama sebagai Pap smear.

Siapa yang patut melakukan Pap smear?

Kehamilan tidak menghalang wanita daripada mempunyai Pap smear. Pap smear boleh diambil dengan selamat dilakukan semasa mengandung.

Ujian Pap smear tidak diperlukan untuk wanita yang mempunyai histerektomi (dengan penyingkiran serviks) untuk keadaan benign. ~tulisan senget tu boleh search detail kat google.Wanita yang mempunyai histerektomi di mana pangkal rahim tidak dibuang, yang dipanggil histerektomi subtotal, harus terus membuat pemeriksaan mengikuti garis panduan yang sama seperti wanita yang tidak mempunyai histerektomi.

Negatif Pap Smear atau normal servix adalah selamat namun harus terus berhati-hati kerana doktor berpesan pada Azu uyang Azu harus mengambil  ujian tersebut sekali setahun. Biasanya akan dilakukan oleh perempuan yang sudah berkahwin kerana lebih berisiko. Walaupun takut masih ada, tapi Azu harus lakukannya demi orang tersayang!

Share n Luv from Azu!

Sumber: medicinenet.com

Wednesday, July 6, 2011

WORDLESS WEDNESDAY~Sweet 060711


~ Allergic of hat~

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je