The best follower!

Friday, December 2, 2011

Gambar Citta Mall~Pertemuan Minda dan Hati Menjadi Satu


Salam dan hai readers,


Hari Isnin, dimana kita cuti 1 Muharram. Memang jadi rutin hari minggu~opps rutin di hari cuti, kami satu family memang tak menang tangan mengemas rumah, basuh kain yang bertimbun, lap habuk ~habuk macam sebulan punye walau tiap-tiap minggu mencuci. Termasuklah si kecik Aijaz yang tumpang menyebok jugak. Tapi biarlah kan~besar esok Aijaz mesti rajin tolong ummie dan babah kemas rumah, ringan beban. Lega u~


Lepas selesai, barulah en hubby bercadang nak pergi IKEA. Masa keluar tu, hujan turun dengan mesra lebatnya. Dugaan kan musim akhir tahun ni~Terasa lama dalam kereta, patutlah bila tengok kereta tersangatlah banyak dan kami tersangkut layan jam. Azu dengan Aijaz sempat zzzZZ  jap, bangun-bangun je sudah terlepas IKEA. En hubby tak sanggup nak layan jam, tetambah bila tengok kami syok tidur kat belakang. Sabor jelah kan~

Perjalanan pulang ke rumah tu memang lalu Ara Damansara, Azu terus ajak en hubby singgah pasal satu shooping mall yang baru tak baru jugaklah opening dalam 5 bulan yang lepas. Kitaorang memang tak pernah sampai kat sini walaupun dok jalan hari-hari pergi ofis.~jalan yang sama maksud dengan memandu~hee

Menariknya ‘Citta’ mall ini ada pada namanya sendiri. Citta adalah dari bahasa kuno yang merujuk kepada minda dan hati. Citta yang bercita-cita untuk menjadikan tempat ini sebagai pertemuan antara minda dan hati menjadi satu ~alaa macam lagu Berdua Bersatu tu~ Ingin menjadikan tempat ini penuh dengan kejutan.

Tempatnya terletak di kawasan yang baru ingin dimajukan iaitu Ara Damansara dan berharap menjadi tempat kegemaran semua orang tak kira jauh ataupun penduduk di sekitarnya.

Berbekalkan parking lot beserta kod berwarna serta sangat luas di Basement dan Ground Floor memang beri kelebihan dan mesra pengguna supaya tidak mudah lupa tempat parking kereta.  


Kafe di tempat terbuka  yang ala-ala Barat dan Timur atau restoran high-class yang bisa membangkitkan selera makan pengunjung seperti kami tapi Milo Supreme Mcflurry dan Chicken McBites kat McDonald yang jadi pilihan hati. Aijaz pun suka sebab ada play kids yang jarang-jarang Azu jumpa kat McDonald cawangan lain. Restoran Chawan, Wondermilk, Chillis dan kedai roti PapaRich pun tidak menghampakan.




Mural crayon di tandas lelaki dan perempuan yang sangat menarik perhatian sebab Azu tak pernah jumpa shopping mall yang berkonsepkan interior kreatif dan unik macam Citta Mall ni. Bagi Azu, konsep ini sangat berkesan untuk menarik pelbagai golongan pengunjung terutamanya golongan remaja.



Sesiapa yang berminat dengan buku, boleh melapangkan masa di Times. Gaya dan konsep tetap sama macam Borders dan Popular. Seronok kan boleh lepak dan membaca buku sepanjang hari dalam kedai tu, tapi bila kena layan si Aijaz jugak pada masa yang sama, lebih baik beli buku dan baca di rumah kan..senyum~


Kedai perabot dan gajet elektronik menarik juga tidak dilupakan di Harvey Norman. Tapi kami tak pernah shopping benda-benda tu kat sini sebab harganya yang agak mahal. Selalunya kami cari jualan murah dekat Cavenzi ke atau IKEA dimana perabot atau peralatannya lebih moden dan simple. Kami pun simple, sederhana orangnya..heee~so tempat-tempat macam Harvey Norman ni kami Window Shopping je.

Rasa macam panjang sangat cerita Azu tentang Citta Mall ni kan. Selalu pergi shopping mall lain macam biasa je, tetiba singgah sini memang rasa sedikit ‘kalut’ dan teruja..haha. Apa lagi kawan-kawan, jom jalan-jalan dan singgah tempat baru macam ni. Jangan terlalu berharapkan kesempurnaan kerana tempat ini masih dalam pembikinan. Sekarang tengah Christmas Special. Mana tau ada offer dan penjimatan menarik?? Kalau nak tahu selanjutnya, boleh singgah lawan web Citta Mall ye di CITTA Adios~


Share n Luv from Azu~

5 comments:

En. Kronik said...

oke.. ade mase nnti nak g citta mall.. guwa nak bawak aweks bercuti. kui3..

azu said...

en kronik:wah cuti2 mall ngan aweks??gud idea tuu...haha

Ann said...

baru jek semlm lalu kt citta mall ni..nk g knduri kahwin tersesat smpai ke sane..hihihihi..nmpk dr luar besar jugak

Zuwairi said...

take noted!
citta mall lak pasni ;)

azu said...

Ann@zanyra: emm..nnti senang2 sggah la citta mall, jln2 sopping.he
zuewairy:hehe..jln jgn xjln..citta mall will be next!

Tabung2 nak travel!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sampingan je