Salam dan hai readers,
Pengalaman melangkah masuk ke dalam perpustakaan Selangor bagaikan masuk ke dalam bangunan kerajaan bertaraf dunia yang mampu memukau pandangan setiap orang yang singgah menjengah. Sejak dapat email tentang Pepustakaan itu seminggu yang lepas, dan sudah sekian lama tinggal di Shah Alam..sekarang baru Azu tahu adanya perpustakaan moden bertaraf dunia di Shah Alam, Selangor iaitu hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor. Harap Azu tak ketinggalan sangat~huh
Bangunan yang anda lihat pada gambar di atas merupakan sebuah perpustakaan yang letaknya di Seksyen 13, Shah Alam. Jika anda pertama kali melihatnya, pasti anda tidak menyangka bahawa bangunan tersebut adalah sebuah perpustakaan kerana bangunannya yang nampak sangat mewah.
Perpustakaan tersebut bernilai RM70 juta dan baru sahaja dibuka sekitar bulan Julai lalu. Melihat keadaan dalamnya menerusi gambar-gambar kat bawah ni, boleh kami katakan yang ianya adalah sebuah perpustakaan di Malaysia yang bertaraf dunia. Ya, bertaraf dunia. Anda lihatlah sendiri.
~wah wah eskalator pun ada!~
Tiba hari minggu memang hari yang Azu nanti-nantikan, Azu akan pastikan kami satu family iaitu Azu, en hasben dan si kecik Aijaz berkunjung ke perpustakaan ni. Idea yang baik menggantikan hobi Azu yang suka window shopping di hari minggu kan..wa wa wa..tapi Azu tetap puas hati sebab Azu sangat sukakan buku!! Biar si Aijaz membiasakan diri dengan membaca buku dan meluaskan pandangannya untuk masa depan, insyaallah~
~tasik yang indah berhampiran~
~kad ID untuk kanak-kanak 0-12 tahun, mudahlah nak pinjamkan aijaz buku nanti, dewasa pakai IC je~
Kedudukan perpustakaan ni agak tersorok sedikit jadi sangat perlu PENUNJUK ARAH sebaiknya diletakkan bermula dari bulatan batu 3 [ Stadium Melawati ] depan Petronas Station supaya mudah mencarinya. Lebih baik lagi dimulai dari Sekitar Bangunan PKNS / Mesjid Negeri / Bulatan Kayangan....Insyaallah.
Info tambahan:
- Perpustakaan ini merupakan hadiah Sultan Selangor kepada rakyat Selangor.
- Menyediakan perkhidmatan XD theater / 6D theater.
- Menyediakan ruangan khas untuk setiap peringkat umur.
- Dilengkapi dengan ruangan bermain untuk kanak-kanak.
- Semua komputer yang disediakan di perpustakaan ini berjenama Apple.
Share n Luv from Azu!















