The best follower!
Wednesday, August 10, 2011
Tuesday, August 9, 2011
Nak buat apa dengan Bonus Raya?
Salam dan hai readers,
Beruntung lah wahai staff-staff kerajaan Malaysia, kalau yang kerja swasta macam Azu masih tertunggu-tunggu cerita bonus. Kami tak dapat berita bonus seawal staff kerajaan tapi cerita best tu selalunya kami dengar bila dapat gaji akhir bulan. Tapi tak pasti lah dapat ke tak kan..sedey tapi berharap itu mesti!
Bila dengar berita bonus dapat tengah bulan ni di radio pagi tadi untuk staff kerajaan, hati jadi sedih memikirkan nasib dapat bonus ke tak di hari raya ni. Syarikat swasta selalunya bagi bonus berdasarkan pencapaian, kerajinan dan usaha ataupun kalau bernasib baik dapatlah bonus kesian dari boss. Bagi Azu, bonus itu sesuatu yang sangat indah~hehe mana taknya, duit tu boleh buat macam-macam..nak belanja shopping untuk hari raya pun boleh, bagi duit raya pada mak dan abah, untuk anak-anak buah..nak SAVING??~waa itu lambat sikit lar.
Terpikir jugak kan kalau dapat bonus akhir tahun, memanglah macam durian runtuh atau pun bulan jatuh ke riba. Yelah, duit bonus itu kita boleh beli perabot baru, langsir baru~langsir kawin dulu masih melekat kat rumah, baju baru~baju pegi opis dah boring lar, dah selalu pakai. Beli handbag atau kasut baru~wah memang best.. Tapi itu semua hanyalah impian..tapi memang tak mustahil kan!
Bila dapat bonus dulu-dulu, memag tak terkata gembiranya. Tapi yang paling utama mesti ajak Hubby pegi restoran best-best pasal Azu memang suka makan~tapi ingat ye kawan-kawan makan jangan gelojoh pasal bonus masih banyak lagi!hehe. Aijaz pun mesti mintak baju raya banyak-banyak~ummie belanja dulu ye, pastu baru bagi Aijaz~budak kecik tak boleh pegang duit banyak-banyak..hehe
Ape pun dapat bonus memang satu nikmat yang tidak terkata hebatnya. Tapi Azu akan sedih dan kecewa sekiranya bonus habis dengan cepatnya. Haha, biasalah tu kan..lumrah alam! Kawan-kawan jangan ikut perangai Azu yang boros bila dapat bonus ye!
Share and Luv from Azu!
Monday, August 8, 2011
Bolehke Berhenti Merokok?
Salam dan hai readers,
Azu taknak highlight sangat pasal isu ni sebab tajuk ni agak sensitif untuk dibincang bagi sesetengah pihak. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang berdedikasi~cewahh he~maklumla kita akan sambut hari kebangsaan tak lama lagi kan, ingin Azu berkongsi buat semua yang sudi membaca. Mengikut kajian DUNIA:
Sekitar 6 juta orang mati setiap tahun di seluruh dunia bermula tahun 2010 kerana rokok dan penyakit tembakau berkaitan, mengikut World Health Organization termasuk lebih 438,000 orang Amerika, 650,000 orang Eropah dan 1.2 juta orang di China.
Satu bilion lelaki dan kira-kira 250 juta wanita menggunakan tembakau setiap hari di seluruh dunia, menurut kajian yang dibentangkan di 14th World Conference on Tobacco or Health.
Berita terkini di Mymetro hari ni bersetuju dengan kajian yang telah dilakukan terhadap perokok-perokok di Malaysia iaitu:
95% perokok mampu berhenti merokok dalam bulan Ramadan
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pelbagai usaha dilakukan demi perokok-perokok di Malaysia. Kementerian Kesihatan juga turut menganjurkan Kempen Berhenti Merokok secara besar-besaran menerusi program baru iaitu:
Nafas Baru Bermula Ramadhan dengan slogan 'Ramadhan titik permulaan untuk Berhenti Merokok'.
~isk rokok pembunuh senyap~
Azu berharap dan terus berharap agar sesiapa yang berkenaan boleh berhenti merokok dan bahagia dengan cara hidup yang lebih sihat.Tetambah di bulan Ramadhan ni..Pahala besar tau..insyaallah!~dah lama tak keluar iklan kat TV..abah, cikgu kata merokok tak baik untuk kesihatan...rindu pulak iklan tu..tapi berapa ramai yang ambil iktibar darinya? Walau perit untuk membacanya, namun perit lagi keperitan orang-orang di sekeliling kamu untuk menghidu asap nya..Wassalam. Selamat Berbuka, tinggal 4 jam lagi. yeay!
Share and Luv from Azu!
Subscribe to:
Posts (Atom)




