Monday, July 25, 2011

Apa Lagi Pencapaian Bayi Umur Setahun?

~aijaz di samping hadiah toys sempena 1 tahun~

Salam dan hai readers,

Selamat hari lahir kepada bayi anda dan si kecik Aijaz! Bolehkah kawan-kawan percaya sepanjang tahun telah pergi meninggalkan kita oleh kerana kita melahirkan si anak? Banyak yang telah berlaku dalam kehidupan kita. Kalaulah kita mempunyai satu ringgit bagi setiap lampin kotor, tiap-tiap baju bayi itu berlumuran bekas makanan, dan disertai dengan senyuman manis bayi yang berharga, kita akan mampu untuk membeli sejambak bunga besar untuk diri sendiri dan menyakinkan bahawa setiap ibu bapa berhak menerimanya! Si manja anda mungkin sudah bertatih sekitar sekarang, atau di ambang peristiwa fizikal yang penting. 



Langkah seterusnya ialah berjalan bebas, bercakap dan menjadi kanak-kanak yang sering bertanya ingin tahu. Anda akan suka melihat bayi anda suka bergaul beliau berkembang dan perbendaharaan kata - tetapi mempersiapkan diri, orang-orang di sekitar perlu sabar dan jangan menyakiti mereka sekiranya bayi kita gagal menurut arahan!

Pencapaian budak setahun ni memang mengkagumkan! jom baca2!

Langkah-langkah pertama bayi

Kebanyakan bayi setahun sudah memulakan langkah-langkah awal mereka. Sekiranya bayi belum menunjukkan tanda-tanda ingin berjalan, tunggulah beberapa minggu atau 2-3 bulan lagi kerana kita mesti ingat perkembangan anak-anak adalah berbeza-beza!



Permainan baru bayi

Pada masa ini, permainan bayi anda mula berubah dari permainan yang membangunkan kemahiran motor halus (dia sudah mahir mencengkam dengan ibu jari dan jari telunjuknya) dan mula beralih kepada permainan yang melatih otot-otot yang lebih besar. 

Memang, bagi bayi anda, perbuatan menolak, membaling dan melanggar semua benda dan membuatnya jatuh merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Kekadang bayi setahun ini memang sengaja menjatuhkan objek ke bawah dan kita akan mengambilnya semula untuknya. Cukuplah 2 kali, Azu tak ambil dah barang tu, sebaliknya bagi objek lain untuknya..! Belum tengok lagi si Aijaz melaga-lagakan kuali kat dapur Azu!Seronok mendengar bunyinya kott! ~hari-hari Azu menanamkan rasa sabar dalam diri untuk anak kecik ni..;)

Memudahkan waktu tidur

Memang bukan perkara mudah untuk menidurkan budak setahun seperti Aijaz terutamanya di waktu siang! Sengaja Azu dan hubby bermain-main dengannya sampai letih, suapkan makanan untuknya, ajak si Aijaz membaca majalah-majalah Azu ~buku ABC kain Aijaz dah hilang, jadi majalah Azu jadi mangsa koyak si Aijaz..huhu.. itu semua dilakukan untuk memudahkan proses tidur siang bersama Aijaz! Atau jadikan rutin masa untuk si kecil tidur dengan mudah..cubalah kawan-kawan!


Sukar berpisah
Kalau dulu, menangis adalah perkara biasa setiap kali Azu tinggalkan Aijaz dengan babysitter, tapi sekarang si Aijaz mungkin lebih baik dan memahami. Terpulang juga sebab ada sesetengah budak-budak setahun pantang ditinggalkan oleh ibu bapanya. Azu cium si Aijaz sekali dan galakkan si Aijaz amin/salam tangan Azu dan tinggalkan dia dengan segera bagi mengelakkan dirinya sedih ditinggalkan!

Lebih memahami bahasa

Bayi setahun sudah mula memahami perkataan-perkataan yang keluar dari mulut kita. Kalau kawan-kawan perasan atau tidak, apa yang kita katakan bagaikan emas yang keluar bagi si kecil kita! Mana tidaknya, sekarang si kecil sudah mampu memberi respon mudah dari pertanyaan kita seperti ' dimana mulut kamu?' atau ' bagi ummie handphone kamu?'. Seronok kan bila dia bagi hp pada kita dan mengambilnya kembali...;)

Pelbagai cara si kecil menyatakan tidak pada pertanyaan kita. Mungkin dia marah dengan perkataan mudah aaaa atau dia cepat-cepat memalingkan muka atau tangannya ke arah lain.~ hiii geram!

Memberi nama kepada benda-benda

Sentiasalah bercakap dengan anak-anak kita kerana setiap butir bicara kita akan diproses dan dimasukkan satu persatu dalam otak anak anda dan si kecil akan belajar mengingati semula apa yang akan selalu didengar dan dilihat berulang kali.~Azu nak bawa buku kecil pertama Aijaz yang ada pic buah, sayur bila ke pasar bersama Aijaz. Banyak yang dia akan belajar nanti!!


Apa perkembangan anak-anak yang lain pulak..Mana yang bujang ke dah kawin ke, info ini diharap boleh memberi serba-sikit tips dan boleh dijadikan panduan untuk bakal-bakal ibu bapa..menerusi pengalaman, Azu berkongsi untuk semua!

Share n Luv from Azu!

2 comments:

sudi-sudi lah komen ke kritik ke..:)