Friday, July 22, 2011

Alhamdulillah, Rezeki di Hari Jumaat!


Salam dan hai readers,

Syukur Alhamdulillah di panjat ke hadrat Ilahi atas kurnia dan rahmatnya, Azu masih di sini iaitu bekerja dengan tekun~tekun sangat la. Tapi yang penting kerja mesti siap, kalau bos tanya semua ada, tak ada yang kurang. Itulah tandanya pekerja berdedikasi.~Tu bukan slot puji diri sendiri tapi bangga dengan kawan-kawan lain sebab berpeluang bekerja di sektor kerajaan yang menjanjikan pelbagai peluang elaun dan sara hidup di hari kemudian. opps related ke ayat Azu ni~haha takpelah.

Kalau kerja swasta macam Azu ini tiap-tiap bulan berusaha untuk menyimpan untuk masa depan diri dan keluarga~walaupun kadang-kadang tak cukup~Azu tetap bersyukur. Bak kata en hasben, kita kena belanja yang termampu je..Ayat-ayat tu selalu keluar bila poket kosong lah tapi bila poket penuh ayat-ayat ini akan keluar dari mulut kecik en hasben ' Sikit-sikit dahla, jimat-jimat sikit '. Azu angguk tanda sangat setuju, selalunya En Hasben yang ingatkan Azu yang kuat pelupa!!

Kalau orang tanya~Azu ni jenis macam mana ye? Azu ni low profile orangnya, kalau dulu Azu lah pelajar yang suka bertanya soalan walaupun Azu tahu jawapannya..~itu namanya overacting! Azu paling gemar bersembang-sembang masa study dan bersosial dengan geng-geng yang Azu sayangi~sosial tu macam berjalan-jalan ke bandar, shopping ala-ala pakai duit PTPTN la..haha..sebut pasal PTPTN ni, kadang-kadang terfikir sampai bila lah Azu nak habis bayar..takkan sampai tua kerepot kot. Bulan-bulan bayar, bakinya cam sama je, tak kurang-kurang amountnya!sob2~Tapi sekarang, lebih baik diam dan mendengar kerana SILENT IS GOLDEN!

Harapan Azu dengan duit gaji Azu dapat bayar kereta yang Azu naik ke tempat kerja sekarang, berpeluang untuk membayar PTPTN dengan jayanya, berkesempatan melancong ke luar negara yang menjadi impian Azu setiap hari~sempat pergi Bandong ja, menyimpan untuk masa depan diri dan menampung perbelanjaan keluarga sekiranya diperlukan.~harap impian Azu termakbul. Doakan Azu ye kawan-kawan..tq2

Harapan di hari Jumaat yang sesuci hari ini supaya Azu , en Hasben dan si kecik Aijaz menjadi keluarga bahagia yang menyayangi satu sama lain hingga ke hujung nafas, semoga en Hasben tabah bekerja demi sesuap nasi untuk kami, dan harap si kecik Aijaz menjadi anak yang soleh dan berjasa kepada Ummie dan babahnya bila besar nanti.~Terima kasih en Hasben dan Aijaz Nazeef! Terima kasih kepada yang mendoakan kejayaan Azu.

~Amin~

Share n Luv from Azu!

10 comments:

  1. amiinn,,doa sesama sentiasa di murah kan rezeki , ^_^ ..

    ReplyDelete
  2. kurma ini mmg manis...tapi tuan tanah nie lagi manisss....hihihi...salam kenalan..

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah..semoga begitu la hendaknya kan...AMIN..(^^,)

    ReplyDelete
  4. MM:haha..semanis madu!salam kenal jugak!
    Ezad S:insyaallah..amin tq2!

    ReplyDelete
  5. haha...Amin..semoga menjadi apa yg dikatakan...huhu..

    ReplyDelete

sudi-sudi lah komen ke kritik ke..:)