Salam dan hai readers,
Memang tak pernah jemu mengunjungi negeri ‘Hang Tuah’ ni. Serata rakyat Malaysia dan pelancong yang datang dari jauh memilih Melaka sebagai destinasi pelancongan kerana kepelbagaian tinggalan sejarah yang tidak pernah membosankan walaupun dah melawat banyak kali. Macam kenal je orang tu??Hehe. Lagi ligatlah aktiviti melancong kalau bertemu jodoh dengan orang Melaka kan..ehem2~
Teringat kecik-kecik dulu, mak Azu memang selalu bawa kami jalan-jalan di Melaka. Bila tengok perubahan di Melaka, memang lah banyak berubah tapi bangunan bersejarah masih dikekalkan. Tarikan terbaru Melaka iailah pembukaan Muzium Kapal Selam yang diselia oleh Perbadanan Muzium Melaka (Perzim). Koleksi artifak sejarah negeri ini bertambah lagi dengan wujudnya muzium kapal selam yang sudahpun mempunyai 23 muzium.
Lokasi Strategik
Lokasi nya yang terletak berhampiran dengan pantai Klebang Besar dan diletakkan di kawasan yang sangat luas merupakan Pelan Pembangunan Muzium Kapal Selam atau Kompleks Pelancongan Klebang Melaka. Wow, itu baru pelan jangka panjang. Belum lagi tengok betapa hebatnya satu kapal selam gergasi ini diangkut dan dipindahkan dari jumboship milik Belanda ke atas tongkang yang berlabuh di sebelah jumboship di Melaka oleh Felda Transport Services Sdn Bhd. Alaa, hebatnya macam kita tengok Discovery Channel atau National Geographic tu.
Pelan Pembangunan Muzium Kapal Selam atau Kompleks Pelancongan Klebang, Melaka
Bayangkanlah mengangkut kapal selam yang bertan-tan beratnya??
Tiket Masuk dan Kawasan Lawatan
Tiket masuk untuk dewasa hanyalah RM 1 dan kanak-kanak pula RM 0.50 je. Itu harga bulan lepas Azu pergi. Adoii, murah kan. Budak besar Aijaz tu free je. Nak tahu kenapa agak murah? Hal ini mungkin disebabkan kawasan lawatan hanya di luar kawasan dan persekitaran kapal sahaja. Kabin dalam kapal selam masih belum dibuka untuk tujuan pameran. Maka, pameran bergambar betul-betul di bawah punggung kapal selam diadakan untuk memudahkan kita melihat gambar-gambar dan keadaan sebenar dalam kapal selam tersebut.
Harga tiket kanak-kanak hanya RM 0.50. Harga Promosi untuk menggalakkan kunjungan semua.
Angin sangat kuat, maklumlah di kawasan lapang yang sangat luas. Emm, seram jugak dok bawah punggung kapal selam tu. Tapi, jangan risau., masih selamat~hee
Parking dan Persekitaran Kapal Selam
Parking sangat mudah diperolehi sebab jalan masuk kesana masih belum diturap dan kita boleh memilih untuk parking dimana sahaja asalkan di luar pagar. Pintu masuk ke dalam kawasan kapal selam ini agak belum disempurnakan dengan sewajarnya kerana hanya zink besi yang jadi pintu penghalang. Emm, agak-agak Azu mungkin bila badan kapal selam itu sudah dibuka untuk tontonan umum, tiket akan jadi lebih mahal dan pintu zink itu akan lebih sempurna kan kan? Maklumlah, maintenance kapal ini perlu diselenggara dengan sewajarnya untuk kunjungan pelawat dari pelbagai negara. Bila siap sepenuhnya nanti, pasti lebih ramai yang datang melawat~
Perkhidmatan naik kuda berbayar turut berada berhampiran tak jauh dari kedudukan kapal selam. Selepas puas mak bapak habis pusing dan melawat di sekeliling kapal selam, lepas tu bolehla bawak anak-anak naik kuda. Kalau Aijaz dah besar, mesti Azu bawa Aijaz naik. hehe..Azu pun takut tapi mau~
Keropok Udang Geragau Special dari Melaka
Ha, ada jual keropok udang geragau special dari Melaka. Dari pintu masuk ada seorang budak bagi rasa sikit dari bekas yang di bawa. Sedap, rangup, tak pedas sangat dan rasa lain dari keropok biasa. Balik tu apa lagi, terus beli sebungkus pek besar. Satu bungkus besar dalam 1000g RM 10, 3 bungkus kecil dan 300 gram setiap satu harganya RM10 jugak. Paling suka makan keropok tu adalah si kecik Aijaz..tak sampai sesaat dah minta lagi, ditelannya kopok tu kot~huh
Gerai Layang-layang Cantik dan Menarik
Perjalanan pulang kami taklah begitu membosankan bila melayan jalan tak berturap tu. Sebelah kiri jalan sebelum keluar ke jalan besar kami ternampak serombongan gerai menjual pelbagai jenis layang-layang yang besar dan menarik. Kami tak singgah sebab cuaca agak panas walaupun angin sangat kuat. Jadi kami singgahkan kereta di seberang jalan tengok orang main layang-layang pelbagai rupa dan bentuk. Nampak dalam gambar macam ada satu je kan~Diorang main jauh-jauh, agaknya takut terbelit tali layang-layang kot..hehe..bestnya, dah lama tak main layang-layang..zaman budak-budak memang best kan~isk
Oh, rasanya setakat itu dulu perkongsian Azu dan keluarga pergi melawat Muzium Kapal selam, tarikan terbaru di Melaka. Semoga kawan-kawan pembaca lain dapat singgah melawat salah satu keindahan di negeri Hang Tuah ini. Azu seronok sebab banyak lagi tempat lain Azu akan melawat di Melaka. JOm jalan-jalan tengok gambar lain pulak~
nice pic~kredit to en hasben
Salam sayang dari Azu Lady’s Finger! Terima kasih sudi singgah~
Sumber: Kosmo, Online
What a waste it was for me because when I was in Malacca, I did not see this kapal. Maybe I should make another trip again.
ReplyDeleteada ke tak gambaq kat dalam kapal selam? mesti bergaya siut
ReplyDeleteNavaneetham Krishnan: Ask direction to Klebang, Melaka, there u shud find this huge kapal.U must visit it, its amazing~
ReplyDeleteHcworld travels N Photo: sory, xde pic tu pasal dalam kapal selam blm dibuka utk tontonan umum..mybe dlm proses maintenance. tp dpt tgk pic dlm kabin kapal. pameran pic tu betul2 bwh kapal selam tu. datanglah!
wow..menarik gak ..baru buka ek kak,tempat ni???
ReplyDeletemenarik la,kalo nak masuk kena bayar x?
ReplyDelete